SILA KLIK YA:)

Friday 30 November 2012

helo kesihatan. siapa sini kerap KENCING?

aku. aku. aku. ish kau sya. tanya orang rupanya kau. jadi ceritanya kau ni penderita kencing selalu lah kann? sobs. sedih hidup kau. 

memang sedih. kencingnya x menderita. tapi. bangun dari tidur mahu ke jamban itu yang derita langit ketujuh. sedap-sedap mata mahu lelap tiba-tiba ada air mahu keluar dari saluran urethra. baccat hoi. kadang-kadang sakit hati tengok orang sebelah seronok tidur, aku bangunkan suruh temankan aku. dengki sebab aku balik-balik bangun pergi jamban dia seronok tidur. 

aku pernah pergi klinik universiti aku dulu. hoi. bila kau ada universiti sya. yalah-yalah. universiti malaysia sabah. doktor cakap hal kencing selalu ini bagus. terkejung jugak aku dengar. sebab bagi aku seksa ya Tuhann. kau minum air setitik. setitik tu jugak yang keluar. manakan kau x rasa mahu tambling dalam jamban.

tu satu hal.

lagi. kau kena pakai pantyliner sentiasa. supaya keadaan di sana kering dan bebas dari jangkitan penyakit. kalau x ada pakai tisu atau tuala pun ok. jangan main-main dengan penyakit vagina makcik oi.

tapi.

ini bukan penyakit vagina. selalu kencing adalah penyakit pundi kencing terlalu aktif atau bahasa penjajahnya overactive bladder (oab). hoi. gila punya pundi. aku x bagi minum susu pun pandai aktif. kau hada? x hada kann.

Kajian yang dibuat, wanita di 11 negara di Asia 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah selalu mahu kencing tidak kira masa dan ketika.

mungkin pundi aku berumur 29. sebab. umur aku sekarang masih 26. bersangka baik.

Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, cakap OAB boleh di tengok dari tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia). macam belajar biologi gituuu.

ha. tu semua ada dengan aku. memang sah.

jadi.

ini penyelesaiannya.  Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru Solifenacin atau Vesicare. boleh tanya difarmasi depan kong fah tawau. dibangunan servay/parkwell tawau. bagi yang x suka makan ubat-ubat atau x percaya pada ubat boleh guna cara di bawah:


Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
Jauhi minuman kafein.
Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
Kekalkan berat badan yang ideal. 

sekian terima salam. lepas ini pergi farmasi beli ubat kau sya.

  • Wednesday 28 November 2012

    helo gelfren. apa sebenarnya maksud CANTIK?

    eh. kau tengok si ____________. cantik. kulit putih 'mengelembu'. glow in the dark lagi. mata besar macam bola yang masuk tiang gol Malaysia vs Singapura 3-0. bibir merah macam sudah makan sirih dijunjung. gigi rapi macam pagar sekolah. hoi. cantik sangat. 

    kalau cantik definisi mak aku pulak. mata mesti bolat. kening tebal. hidung mancung. ala. macam orang keturunan Arab. kalau versi korea lain jugak definisi cantiknya. kalau orang barat jugak lain. orang Islam yang memahami ciptaan Tuhan pulak kata semua manusia itu kejadiannya cantik sebab Tuhan yang buat. 

    tengok.

    semua definisi cantik itu berbeza. yang kau perabis duit kau beli pemutih muka tapi leher badan kau hitam kenapa? yang korean gelfren semua pergi bedah plastik buat kelopak mata dengan hidung mancung kenapa? yang bibir nipis kasi tebal. yang tebal kasi nipis. kenapa?

    supaya cantik.

    kau pastikan dulu definisi cantik kau bagaimana. jangan terpengaruh sangat dengan definisi cantik bagi orang lain. macam aku. biasa jugak telagah dengan mak. maka kata kawan aku tu cantik tapi aku kata x cantik sebab aku tahu perangai iblis dia. ada aura negatif kawan-kawan aku kata. ha. kan.

    kau putih melepak bagaimana, aku x pandang kau cantik kalau perangai kau 'miang' depan lelaki. mintak puji supaya lelaki-lelaki itu pandang diri kau. puipuipui. yang hitam manis aku pandang cantik sebab perangai dia cool relax. 
     
    kalau gelfren cukur bulu kening aku x nampak cantik. sebab macam togel. krehkrehkreh. tapi. suka hati kaulah.

    tengok.

    definisi cantik kita berbeza. artis cantik bagi aku Fasha Sandha kalau dia x potong kening. Lisa Suri biasa saja. Neelofa pun biasa saja. cumanya badan dia sedap lelaki pandang. Nora Danish pun biasa saja. Yuna unik. Aisha? eh. krehkrehkrehh.

    semua gelfren sekarang sibuk putihkan muka. yang sedia cerah semulajadi pun mahu jugak. haih. apa lagi yang kau mahu? putih macam kain kapan? begitu. ha'ah. suka hati kaulah.
     
    gelfren. jangan obses tahap langit ketujuh dengan produk kecantikan boleh x? kasihani dirimu. syukurlah dengan betapa cantiknya kau sekarang. kalau makin cantik dengan produk x apa. kalau bawa bala?


    sumber
     
     begitu. jadi sekarang. cantik maksud kau bagaimana?

    Tuesday 27 November 2012

    helo wanita. apa kamu sanggup dipoligami?

    aisheh. soalan bikin semua anggota badan bertindak balas. 

    kaum wanita jantung berdebar kuat. air mata sedia banjir. hingus sedia meleleh. tangan kaki memang cukup tenaga untuk tendang semua yang ada depan mata. letak tong gas shell mahupun petronas, semua terbang. kaum lelaki pulak, bibir kuntum senyum sampai tiga ratus enam puluh darjah bertembung di belakang kepala. mata bersinar bagai bintang kejora. hidung kembang kempis. segar bugar. hari ceria. ha'ah. ceria kepalahotak kau.

    eleh. emosi kau kan sya. bluek~

    hoi. mahunya x emosi. laki beb. laki yang ditatang bagai air di atas daun keladi. perut digendutkan. tidur dinyanyikan. mandi diambilkan tuala. baju seluar dicucikan. pun digosokkan guna seterika panasonic lagi. bukan caphayam. kadang disuap lagi. anak dijagakan. mak bapak mentua dihormatkan. solat dimakmumkan. do'a diaminkan. pokok pangkalnya, semua ok dan beres.

    habis. kenapa kau masih dimadukan? dicarikan lagi seorang wanita sebagai pembantu untuk kau tunai tanggungjawab kau sebagai bini? ini tidak adil tidak adil bagiku. ow ow.

    begini.

    menurut Karmila (salah satu watak dari novel pasrah kasih: tulisan mazia harris: 2005) 'tidak ada seorang pun wanita di muka bumi ini yang sanggup dimadukan. yang sanggup, hanya yang memahami hukum'.

    di sini. aku tidak cerita pasal surah An-Nisa' yang membolehkan kaum lelaki kahwin lebih satu. sebab aku tahu semua sedia maklum siap hafal dengan maksud tafsiran ayat tersebut apatah lagi kaum lelaki. hafal mati dalam otak. tapi. aku bersuara atas nama jantina wanita aku. 

    ha ha ha. amboi. sayang gila meroyan dengan laki kau aisya. 

    aku setuju tahap angkat tangan lima jari dengan pernyataan karmila tadi. kalau kau faham hukum, inshaAllah. kuat untuk kau terima madu kau. kuat untuk kau percaya bahawa Tuhan itu bagi atas hikmah yang tersembunyi. misalan. kalau kau umur x panjang, ada jugak yang tengok-tengok anak kau. kalau madu kau spesis baik. kalau x. ermm...baik kau nasihatkan atau cadangkan wanita baik untuk dijadikan madu kepada laki kau. ok x? x ok? okbai.

    hukum tetap hukum. kau suka atau baccat tahap tidak mungkin ada rundingan damai, ia tetap hukum. laki kau tetap boleh kahwin tanpa tanya kau. sah di sisi agama Islam. nah. tambling la kau dari kk sampai tawau.

    maka. kaum wanita pandai-pandailah ambik hati laki. laki pulak, janganlah mintak puji mahu tambah cawangan lagi. sana kau jawab diakhirat nanti bro. baru kau enak. 

    di sini aku tegaskan. tahu dan faham hukum itu tidak sama. dan sudah tentu ramai yang tahu laki-laki wanita sekalian alam boleh kahwin lebih dari satu dan tidak melebihi empat. jangankan empat bang, dua pun sayang x sanggup. ceraikan saja diri ini. sob sob sob. bhahahaha.

    tapi.

    tidak ramai yang faham hukum poligami. apatah lagi mendalami dengan hati suci. sucilah sangat. tujuan sebenarnya adalah untuk membantu wanita yang dalam keperitan hidup. atau susah hidup. sunnah kan? Nabi kahwin denga janda bro. hanya Saidatina Aisha isteri dara baginda. misalan: Nabi kahwin dengan Saudah seorang janda tua yakni isteri kedua baginda sebab angkat nilai suami Sudah yang sudah meninggal dunia dan untuk bagi perlindungan.
    janda. dan tua. kalau janda. dan muda bergetah: bukan ikut Nabi. faham?

    aku tahu poligami. dan alhamdulillah FAHAM. eh? bhahahaha.

    Monday 19 November 2012

    GAZA DI SERANG. APA PERLU AKU LAKUKAN?

    sungguh simpati kasihan dan sayat hati. kanak-kanak di Gaza, di buat macam boneka sahaja oleh Zionis. tapi, apa aku perlu buat?

    dan kalaupun aku mahu jadi sukarewati di Bumi Gaza, aku akan mati hanya dengan mendengar bunyi peluru dan bom. bukan mati di Bom. dan sebenarnya, aku takut untuk ke sana. takut dengan senjata-senjata darah sana sini.

    aku tidak tahu perang itu bagaimana rasanya. aku lahir selepas negaraku merdeka. tengok manusia buat demo di negaraku pun aku benci. aku hanya bilang mahu mati syahid, tapi hafaz Qur'anku yang hanya beberapa juzu' pun tidak mampu aku jaga.

    aku terlalu ingin ke sana. mendukung anak-anak yang tidak berdosa itu lari berlindung dari muncung senjata manusia syaitan. tapi. aku tidak punya daya. ibu bapaku di sini pun aku masih layan tidak layan.

    kadang juga terlintas di fikiranku. kanak-kanak itu mungkin sengaja dibunuh, kerana mereka generasi berguna untuk agama. kanak-kanak di Bumi Gaza ini menghafaz Qur'an sejak kecil. perlu dihentikan tumbesaran mereka. dan ya. hapuskan dengan membunuh mereka.

    dan.

    kita di Bumi aman Malaysia ini terperuk dengan berita anak-anak saudara kita dihujani bedilan peluru. apa kita perlu buat? menangis? ketawa? kasihan? urut dada?

    mungkin.

    kita perlu tingkatkan iman dan takwa kita. mereka itu matinya syahid. mati mempertahan agama dan negara. kita? belum tahu dan belum pasti.

    dan. 

    aku juga tidak punya wang berjuta-juta. untuk di dermakan. tidak punya aset untuk diberikan. lantas apa yang aku perlu lakukan?

    ya. doa. berdoalah kerana ia SENJATA orang mukmin.

    untuk derma boleh lihat di laman ini: www.amanpalestin.net

    http://palsolidarity.org/wp-content/uploads/2012/11/gaza.jpg

    semoga Allah ampuni dosa kita semua. aamiiin.

    Wednesday 14 November 2012

    ya Muharram

    Muharram itu apa?

    bulan pertama dalam sistem Takwim Hijrah

    Untuk apa?
    untuk tidak berperang/gencatan senjata. haram berperang. tidak boleh ada pertumpahan darah pada hari tersebut (1 Muharram)

    daripada Al-Hasan Al-Basri rahimahumullah pula berkata: Allah membuka lembaran baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.

    cara menyambutnya?
    bukan dengan menyanyi lagu nasyid 1Muharram. tapi dengan doa awal dan akhir tahun. begini bacanya:

    doa awal tahun dan akhir tahun

    gambar: sumber
    tapi. biasanya ada Imam yang baca. makmum tinggal aamiiin kan saja. krehkrehkreh. kalau yang x, jauh dari masjid surau solat di rumah, kena baca depan bini dan anak. tu lah peri pentingnya lelaki kena pandai baca doa. 

    boleh jugak kalau bini yang baca, sekali sekala ajar laki apa salahnya kann.

    mari pasang azam baru sempena tahun baru ini. semoga dengan izinNya segala amalan kita yang lalu diterima. mari beramal banyak-banyak pulak tahun baru nanti. 

    10 Muharram nanti kita cerita sambutan Muharram ajaran pengikut Wahhabi dan Syiah. untuk pengetahuan saja. bukan untk ikutan :)

    terima kasih sudi baca.

    Wanita dan Lelaki baik

    kau mesti pernah dengar:
     
    'wanita keji untuk laki-laki keji dan lakilaki keji untuk wanita keji. wanita baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki baik untuk wanita yang baik'

    dan pepatah ini biasa digunakan bila putus cinta. krehkrehkreh. x da maknanya. tapi, aku jugak biasa mempersoalkan kalau begitu kenapa ada laki baik dapat bini curang? dan kenapa ada bini baik dapat laki suka pukul-pukul? 

    ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

    Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayangi Aisyah.

    sumber: http://wanwma.com 

    ceritanya di sini. kalau perempuan itu kaki clubbing, mesti dia selalu pergi clubbing. jadi nanti berkenalan dengan lelaki clubbing jugak. sebab suka hidup ala clubbing-clubbing. kalau lelaki selalu pergi masjid, mesti dunianya banyak di masjid. dan inshaAllah peluang besar jumpa perempuan baik-baik. begitula secara tuntasnya. 

    tapi.

    kau jangan lupa, jodoh itu masih rahsia Allah. kalaulah semudah itu mencari jodoh, semua pun mahu yang baik-baik indah belaka. kalau x, kenapa status kau impikan wanita-solehah-yang-mampu-didik-anak-aku kelak? kalau baca Solat kau masih prungprangprokprek, masih playboy sana sini, masih kerja-kerjakan wanita lemah: tolong sedar diri kau. wanita idaman wanita solehah konon. puiiipuiiipuiii.

    kalau lelaki baik untuk perempuan baik, habis Firaun dengan Asiah tu pulak?

    haaa. tu yang aku cakap jodoh tu masih rahsia Allah. DIA bagi kau bini derhaka mungkin untuk uji keimanan. DIA bagi kau laki zalim mungkin untuk uji takwa kau. tiba-tiba bini jadi solehah. tiba-tiba laki jadi soleh. kan selesaaaa. masuk saja pintu syurga dari mana kau mahu. yang pasti semua ada hikmah. 


    tapi kalaupun kita sudah usaha dan pasangan masih degil, cerailah jalan terbaik. sebab itu Allah halalkan cerai walaupun itu perkara paling DIA benci. 

    lepas ni, kalau putus cinta jangan sebut pepatah tu. x sesuai. yang sesuai adalah:

    'lelaki baik akan terus datang jumpa bapak perempuan melamar dengan cara baik. bukan bawak anak perempuan dia dengan cara keji usung sana sini'

    semoga Allah ampuni dosa kita semua.
     

    Tuesday 13 November 2012

    Kek Pelangi

    pelangi-pelangi, alangkah indahnya. merah kuning hijau dilangit yang biru. pelukismu agung siapa gerangan. pelangipelangi ciptaan Allah.

    begitulah konon lagu mak aku ajar tiap aku baru bangun tidur pada waktu siang. sambil beliau menumbuk-numbuk bawang dalam lesung batu untuk masak tengahari. indahnya masa kecik dulu. masa besar ni apa kurangnya kan? indah belaka sebab dapat laki comel. ok. xda kaitan. 

    tadi aku bersama adik perempuan aku satu-satunya didunia selain adik sepupu aku yang aku anggap adik jugak; bermakna aku ada dua adik perempuan. satu adik kandung. satu lagi adik anggap kandung. harap tolong faham maksud aku. kami tolong menolong membuat kek pelangi. beauty kan hubungan kami. macam mesra gitu.

    okok jugaklah jadinya. tidak banyak kejadian yang tidak diingini berlaku selain (macam biasa) jari jemari aku terkena oven panas nyahh. aww. haih. cuai amat.

    dan. treng treng treng:


    pelangi turun selepas hujan batu. krehkrehkreh. bukanlah sedap tujuan utama kek nih kami buat, tapi melainkan untuk mengeratkan silaturrahim antara aku dan adik perempuan aku. 

    sengaja jugak kami kurangkan gula dalam kek supaya bapak tolong habiskan. benarlah pepatah emak:

    'emak x mau percaya sudah kalau ica yang buat kek'

    desing telinga sejuta kali. hahahahahahahahahahaha. well. membaked memang leceh. segala pun adik aku buat tadi. aku punya kerja gaul-gaul pewarna. memang serik. syukur jugaklah aku x obses dengan kek dan kuih muih. setakat karipap inti mee goreng: apa sangatlah kannn.

    haih. tangan keras macam batu. banting uli tepung bolehlaaaa ;)

    Anak

    cerita anak buah aku. umurnya dua tahun lebih. aku memang separa-separa suka kalau budak baby lagi. tapi kalau budak yang start-start naik nih aku suka sangat. perangai diorang senteng. itu pun kalau makcik pakcik dia senteng jugak. automatik anak buah jadi kawan. misalan:



    bagus kau jeles sebab anak buah kau x macam ni. misi alim pun ada jugak. misalan:


    ainul mardhiyyah. nasib baik pama kau x kesah kalau kau main kilik dengan makcik kau. kalau x, mau aku kena marah harihari bagi kau ajaran bengol. semoga besar nanti jadi anak solehah hendaknya ain. pandai baca nanti bolehlah kau baca blog makcik ni nakk.

    sekian. hepi cuti deepavali.

    Saturday 10 November 2012

    manusia luka



    pernahkah kau tahu
    disetiap senyum indah pria ada sendunya
    ha'ah
    mungkin sendu silamnya
    mungkin sendu lalunya
    mungkin sendu pahitnya
    mungkin sendu tawanya
    yang dia rindu?

    pernahkah juga kau tahu
    disetiap tawa malu perempuan ada tangisnya
    ha'ah
    tangis mahu disayangi
    tangis mahu dimanjai
    tangis mahu dilindungi
    tangis mahu dijiwai
    dia yang mahu semua rasa.

    maka
    bicaralah pada jiwanya
    bukan pada mulutnya
    bicaralah pada hatinya
    bukan pada tawanya

    sebab.
    mana kau tahu di tawanya itu ada tangisan?

    argh
    persetan pada hening
    kosong dan sunyi

    he'eleeh. jiwang pulak.

    testimoni manusia luka

    Benarlah. Jodoh itu di tangan Tuhan.

    benar. iya memang benar. sumpah benar. 

    JODOH ITU RAHSIA ALLAH. kau bercintalah gunung sanggup ku daki laut sanggup kurenangi. laut berapi pulak tu. pun x terbakar untuk kau seorang. padahal. isi kredit untuk telepon kau pun seminggu belum tentu-tentu. puipuipuipui. semua dusta belaka. eh! teremosi pulak aku mak.

    aku sebelum kahwin dulu selalu bertanya-tanya. siapalah laki aku. hemsemka dia? mata kecik atau bulat. hitam atau putih. kerinting atau x. mancung atau pesek. sambil tengok muka dekat cermin. kan kalau jodoh orang kata rupa ada iras-iras. ha'ah. iras jugaklah sikit-sikit aku dengan laki aku. iras kuat makan. 

    bercinta tu jangan cakaplah. semua failed. semua pun bukan jodoh. buang masa dan duit. puipuipui. dapat dosa bersampah-sampah. haih.

    sebab tu aku mahu beritahu. kalau jodoh kau sampai, memang sampailah tu. kalau belum, belum lah. mintak doa sambil usaha. usaha bukan maksudnya kejar-kejar lelaki dan kerja-kerjakan perempuan. usaha dengan pergi lamar wanita yang kau mahu. 
    perempuan, kalau jumpa lelaki yang mahu lamar kau dan terus tanya bapa kau: inshaAllah dia lelaki baik. kalau setakat perkenalkan kau dengan family dia: x payah harap sangat. kau jadi bahan eksperimen family dia. puipuipui. makan ongkos.

    dan.

    jodoh ni kau x jangka. sedang kau relax-relax makan sanggar tiba-tiba kau rasa: eh. aku rasa macam mahu kawinlah. ha! itulah yang dinamakan 'kau sudah sampai seru' tu. itulah dia. dan masa kau di nikahkan tu darah kau akan menyirap dan dalam hati kau: eh. aku sudah kawin? macam x percaya. percayalah. jangan x percaya pulak depan kau tu sekarang imam.

    jodoh ni memang semua sudah di atur Tuhan. kita usaha dan doa. semoga dapat jodoh baik dan comel. x payahlah emsem sangat. yang paling penting tahan kebal dari kena minyak ikan. supaya kau goreng ikan kelak x susah.

    dan.

    paling utama dari yang utama, jiwanya ada iman.

    itu sahaja. hari ni kan ramai orang kawin. tarikh cantik.10.11.12. aku x kisah tarikh. yang penting aku kawin. haha~

    testimoni manusia yang x percaya dia da kawin


    Thursday 8 November 2012

    balas cakap yang bikin kau nampak bodoh dan tolol

    aku beritahu awal-awal. ini entri bikin panas kepada yang pernah buat. dan mesti kala baca entri ni kau akan cakap 'suka hati akulah. mulut aku.  bukan kau'. ya ekleeeee. iyalah sangat mulut bangkai kau.

    aku ada pengalaman dengan slang atau aku gelar bahasa orang bengap tahap x tau nilai sedap atau x bahasa itu atau lebih senang cakap: bahasa cari gaduh.

    eh. x paham?

    kalau kena dengan pemuda pemudi aku boleh 'ha'ah'kan lagi. tapi ini kau balas dengan orang tua beb. orang tua yang sangat kasihan terpaksa beradaptasi dengan dunia kau.

    misalan ayat cari gaduh 1:

    pada suatu hari seorang pacik tiba-tiba datang depan muka kau. dan bertanya.

    pacik: nak. boleh tunjuk jalan rumah imam kg.kalabakan ni di mana?

    kau: BULI BA KALO KO PACIK. belok sana ... blablablabla.

    kalau kau cakap begitu dengan makbapak aku dan aku terdengar. siaplah kau. aku jugak kurang ajar. tapi x sampai keluarkan jawapan bodoh begitu.

    misalan ayat cari gaduh 2:

    aku: eh. kau tau x Amerika sekarang kena landa ribut taupan badai...prokpokpekpok...

    kau: HABIS? ADA AKU KESAH?

    terus terang aku ter-speechless kalau berhadapan dengan spesis begini. yang bahasa dia moden bukan alang-alang tahap mustapa kamal terkutuk. kau cakaplah kau tu bodoh dan tongol. x tau isu semasa. kan mudah dan cepat aku paham.

    misalan ayat cari gaduh 3:

    aku: eh. CGPA kau berapa?

    kau: alaaaa. ciput x banyak. x sampai 4.00 punnn. kau?

    aku: ha'ah. samalah result kita. pun x sampai 4.00

    kau: alaaaa. bagitaulaaaaaaa berapa? kau kan budak pandai. kesayangan dr.romley.

    sambil kau buat muka sambal sotong kau pujuk-pujuk aku. aku rasa macam mahu tumbuk batang hidung kau dan ganti dengan belalai gajah.

    misalan ayat cari gaduh 4:

    aku: mak aih. panas sungguh cuaca hari ini. hurr hurr hurrrr. sambil kipas muka.

    kau: alaaaaaaaaaaaaaaa. api neraka lagi panas. ini baru matahari. sambil kau sengih 'alim'.

    bongok. semua umat manusia pun tau neraka tu panas berganda. dari kecik lagi kena ajar. kau tu yang kena belajar bila masa yang sesuai jawab macam tu.

    cukuplah empat misalan. maaflah. meracau racan sikit ayat aku. kan namanya bikin panas punya ayat. lepas ni kena banyak mintak ampun dengan Tuhan.

    hehe.

    Wednesday 7 November 2012

    Pasangan

    kita umat manusia memang dicipta berpasangan. begitu juga umat haiwan dan umat yang lain-lain. buku dan pen. kasut dan stokin. mata hidung telinga dan banyak lagilah. penuh satu entri kalau sebut semua.

    tapi.

    bukan semua pasangan itu membawak faedah. misalnya. pensil dan pengasah/pemadam. semua pun bijak paham apa yang berlaku kepada kegunaan pensil setelah pasangannya datang. badan pensil diratah riuk oleh pengasah. kesan kasih sayangnya di padam oleh pemadam. misalan kan. 

    tapi.

    mungkin pensil pun tidak tahu, itulah cara pasangannya memberi kasih sayang. itulah caranya dia mencintai. begitu juga kita umat manusia. bukanlah aku bilang yang kita seumpama pensil dan pasangan. tapi simboliknya begitu. manusia yang x bengap inshaAllah paham maksud aku.

    lelaki itu susah di fahami. perempuan itu susah di mengerti kan. masing-masing manusia berpasangan akan jumpa point sebegini selepas melalui fasa berpasangan. memang. sebenarnya dua-dua pun susah di fahami. sebab masing-masing mintak difahami.

    yang lelaki;

    1. syg. tolonggggglah faham. abg main game kejap eyh. sedangkan bini dia sibuk jaga anak tiga orang yang dia dan bini sama-sama berusaha buat. bini x bersalah kalau buang atau patahkan cd game tu. ok?

    2. bini tegur laki sebab x tolong dia di rumah. bukan tolong apa punn. setakat potong tumbuk bawang. calar sangat tangan tu kalau menolong bini. kalau tolong pompuan cantik tepi jalan kereta rosak ok pulak.

    3. syg. tolong faham abg tgh buat kerja ni. ambik anak ni. diamkan. sedangkan masa tu bini dia tengah susukan anak lain.

    4. syg. tolong paham. abg penat dri keja. habis, bini kau tu duduk rumah tanam tahi dalam jamban? bini kau tu pun penatla bang oi.

    itu misalan saja. xda kaitan pun dengan pasangan aku. pasangan aku inshaAllah cool.

    sambung...

    Saturday 3 November 2012

    gemuk atau kurus?

    assalaamu'alaikun dan helo :)

    kali ni mau mengentri pasal gemuk dan kurus. aku suda kurus dan sedang alami gemuk. bukanlah gemuk yang sangat. tapi gemuk dan gebu. lemak dan manis. aku tahu apa kelebihan dan kekurangan jadi gemuk dan kurus. aku tahu camana mau jadi gemuk dan kurus. ok.

    untuk jadi gemuk: makan. untuk jadi kurus: kurangkan makan.

    senang kan? sebenarnya. dak perlu bersukan pun boleh jadi kurus. tapi dak fit. kurus kita jadi kurus lemah. dak kuat. masa aku kurus berat badan 40 kg. rendah aku 149 cm. kelebihannya: pakailah baju adik baru lahir tetap muat punya. kekurangannya: dak dapat derma darah. derma darah memerlukan berat 45kg dan ke atas. dan inilah sebabnya kenapa aku jadi gemuk.

    berat badan masa last aku timbang 52kg. dahsyat. maha dahsyat. aku pernah menangis sebab seluar aku da x muat lagi. susah. memang susah sesuaikan diri dengan lemak x tepu. 

    aku mulakan misi naikkan berat badan masa lepas study. fikiran pun x banyak. makan pun semahunya tanpa pikir exam atau esaimen. sebab lain: aku mahu merasa camana derma darah. aku dengki tengok orang derma darah dan aku x boleh sebab berat badan x cukup. aku makan selalu. makan dengan kerap dan makan sebelum tidur. inshaAllah. gemuk.

    tapi. aku boleh kurus balik kalau aku mahu. ya: kalau aku mahu. masalah sekarang aku belum mahu. laki mahu. tapi aku belum mahu. ha ha ha.

    aku pernah kerja sekejap. dua minggu jak berat badan aku turun. senang jak caranya. sebab kurang makan. aku x makan tengahari. kadang x makan malam. mahu kurus: kurangkan makan. kalau lapar makan buah. inshaAllah kuruslah semahunya. tapi aku belum mahu. aku masih rasa sedap gemuk begini. ha ha ha.  

    dan sebab aku tahu: kalau aku kerja/study nanti. aku akan kurus balik. sayang buang lemak sekarang. tengah gebu. ha ha ha.

    testimoni. ha ha ha
     

    Friday 2 November 2012

    Tawau dan Bintulu

    assalaaamu'alaikum dan hello :)

    di tengah malam nan hening pulak aku mengentrikan diri. hur hur hur. sunyi sepi. sebenarnya aku penat. penat main-main dengan anak buah aku. aku belum ada anak lagi. sila sabar peminat semua :) bhahaha. kalau Tuhan yang Maha Esa bagi aku anak: aku main-main dengan anak aku sampai dia pun x larat mahu main-main ngan aku. pastu. mesti laki aku marah-marah sebab aku buli anak dia. bhahaha. tapi, Tuhan belum mahu bagi lagi. SABAR :)

    ramai kawan-kawan aku bakal mendirikan rumahtangga. alhamdulillah. suka hati :) yang 'moden-moden' punya fikiran janganlah pandang kolot sangat dengan orang yang kahwin awal. satu: sebab jodoh da sampai. dua: sebab ramai peminat dan risau diculik. tiga: sebab mahu di jaga dan terjaga. sebab di atas adalah sebab sampingan. sebab utama adalah untuk memenuhi kehendak agama. hehe. usatazah sangat kannnn :)

    dan. ramai jugak kawan-kawan aku yang da dapat kerja 'bos-bos' dan ada jugak yang kuli-kuli buruh kerajaan serta swasta. x kisahlah kerja apa kannn. yang penting hujung bulan dapat beli beras dari hasil yang halaaaal. supaya berkat dan seterusnya menjadi sihat gebu macam aku. bhahaha. tidak murni sekali bahasa aku :)

    aku? aku sekarang duduk rumah jaga lelaki paling bertuah di muka bumi. bhahaha. nanti dia sudah bosan sikit tengok muka aku yang asyik habiskan makanan ni barulah aku kerja. bertindak mengikut arahan. supaya berkatlah hidup hendaknya. aamiiin.

    tapi sekarang aku cuti. tiap tiga bulan aku akan keluar bercuti di kampung aku. Tawau bumi peladang dan pedagang. sebab satu: aku kena cop passport. sebab dua: laki aku baik. bagi cuti buat kerja rumah. sebab tiga: rindu mengilai-ngilai dengan mak. sebab empat: rindu dengan anak buah yang ________. isi sendiri.

    aku memang kebaruan masa keluar dari Sabah then ke Sarawak. sebab kami naik bas. dari tawau sampai kota kinabalu. kota kinabalu sampailah bintulu. perjalanan yang sangat 'omaigod'. dua belas kali cop passport. keluar masuk Brunei Darussalam. aku rasa pelbagai rasa. perjalanan daripada kota kinabalu ke _________ (aku lupa nama tempat) pastu ke bintulu. perjalanan inilah yang buat aku bagai musafir di planet lain.

    kami didendangkan dengan lagu Murut. bukanlah aku menolak kewibawaan PM pasal 1Malaysia. tapi serius. bukanlah ketika itu masanya lagi tersebut diperdendangkan di kaca televisyen bas. ini bukan perjalanan seminit dua. ini sepuluh jam dua puluh jam. lagipun dalam bas aku dapati driver sendiri sahaja tahu bahasa itu -.- alangkah kejam driver tersebut. nasib bulan Ramadhan. masih dalam iman time tu. hehe

    ok. aku rasa aku mesti tidur. aku mengantuk. nanti kita sambung lagi. hari inihari jadi mak aku: nuraini padoma. doakan mak aku sihat dan panjang umur. ok.