SILA KLIK YA:)

Saturday 14 May 2016

Kisah negatif dan positif

10hb lalu pergilah training. semua kena training department aku ni. yang aku tahu siapa kena hari Jumaat training outdoor. main carik group dari bunyi2 haiwan. sapa kebetulan tercabut nama gajah, maka melalak lalaklah kau seperti gajah carik kawan segroup. sesungguhnya aku sangat benci hal-hal begitu sejak aku di bangku sekolah lagi. masuk asrama kau kenapa suruh kami masuk longkang busuk of course sambil mata tertutup kain. supaya apakah tujuannya. supaya kami tahan mentalkah kemudian hari? nehi nehi nehi kepala otak kau. lepas tu masuk universiti pun sama. cari orang kasut sama saiz dan tukarkan sebelah kasut kau dengan stranger tu. dan kau dan dia pun segroup. yeyeyeyee. seronoklah kenkononnya aktiviti macam tu. tapi aku memang tak buat pun. buat bodoo je duduk tepi. esoknya aku tak datang orentasi tu. kawan aku dah panik, woi kenapa ko tak pegi. aku tak bayar yuran utk tukar-tukar kasut.

jauh pulak aku mengimbau ye. jadi aku dapat hari Khamis, tajuknya lebih kurang kau positiflah dalam hidup dan kurangkan hal negatif. aku terus teranglah, aku memang tak pernah bagi positif pada 1st impression. supaya apa? supaya aku tak kecewa. aku takkan fikir hal yang baik-baik dan fikir orang yang baik-baik. kenal-kenal dulu pastu barulah aku cakap dalam hati, eh baik jugak si malaun ni. of course setiap orang tu ada baik dan buruknya kan. lepas aku dah tau dia baik, maka akan selalu baik lah pandangan aku dengan orang tersebut.

tapi. selalunya kalau first time aku jumpa orang tu, muka poyo garang nak mampss, orang macam ni laa yang baik dan sangat toleransi ya. berbanding dengan mereka yang kemain dengan kau sengih dan nasihat bla bla blaa. eh rupanya haram jadah perangainya. tak semua tapi majoriti beginilah dalam hidup aku.

kau tengok kan negatif kan aku ni? tapi ada perkara dalam diri aku yang aku suka. wahh. kemain statementmu membuat aku sendiri nak muntahh. aku jenis sangat pandai memendam dan sangatlah sekejap kalau marah. so potensi aku benci dengan kau tapi it's okey 👌  kita masih boleh kawan sangat tinggi yaa. tapi tak rapatlaa. just tegur ya ya betul ke jee. matang tak aku? wakakakaaa.

sekejap marah ni kau boleh tanya laki aku atau bapak aku. main bapak kauu. kejap je aku marah, diam tu tak sampai 5 minit. kemudian ketawa sebab macam alahai luculah kita ni. padahal entah apa yang lucunya pun. maybe sebab aku terror simpan dalam hati. sebab tu marah kejaaaaap je. tapi, kalau nangis aku memang akan menangis dengan serius lepas tu pergilah jauh sikit tinggalkan hal yang buat aku menangis tu. kononnya menenangkan diri sebab semua orang tak sayang aku suka kalau aku menangis. hek elee. kuat emosi rupanya kau. tapi kalau majlis perpisahan aku jarang nangislaa sebab macam untuk apa?!  woww. berlagak tough kau.

okeylah. aku bosan ni cuti 3 hari. nak muntah tengok tongtong tonggek sana tonggek sini.