SILA KLIK YA:)

Tuesday 27 November 2012

helo wanita. apa kamu sanggup dipoligami?

aisheh. soalan bikin semua anggota badan bertindak balas. 

kaum wanita jantung berdebar kuat. air mata sedia banjir. hingus sedia meleleh. tangan kaki memang cukup tenaga untuk tendang semua yang ada depan mata. letak tong gas shell mahupun petronas, semua terbang. kaum lelaki pulak, bibir kuntum senyum sampai tiga ratus enam puluh darjah bertembung di belakang kepala. mata bersinar bagai bintang kejora. hidung kembang kempis. segar bugar. hari ceria. ha'ah. ceria kepalahotak kau.

eleh. emosi kau kan sya. bluek~

hoi. mahunya x emosi. laki beb. laki yang ditatang bagai air di atas daun keladi. perut digendutkan. tidur dinyanyikan. mandi diambilkan tuala. baju seluar dicucikan. pun digosokkan guna seterika panasonic lagi. bukan caphayam. kadang disuap lagi. anak dijagakan. mak bapak mentua dihormatkan. solat dimakmumkan. do'a diaminkan. pokok pangkalnya, semua ok dan beres.

habis. kenapa kau masih dimadukan? dicarikan lagi seorang wanita sebagai pembantu untuk kau tunai tanggungjawab kau sebagai bini? ini tidak adil tidak adil bagiku. ow ow.

begini.

menurut Karmila (salah satu watak dari novel pasrah kasih: tulisan mazia harris: 2005) 'tidak ada seorang pun wanita di muka bumi ini yang sanggup dimadukan. yang sanggup, hanya yang memahami hukum'.

di sini. aku tidak cerita pasal surah An-Nisa' yang membolehkan kaum lelaki kahwin lebih satu. sebab aku tahu semua sedia maklum siap hafal dengan maksud tafsiran ayat tersebut apatah lagi kaum lelaki. hafal mati dalam otak. tapi. aku bersuara atas nama jantina wanita aku. 

ha ha ha. amboi. sayang gila meroyan dengan laki kau aisya. 

aku setuju tahap angkat tangan lima jari dengan pernyataan karmila tadi. kalau kau faham hukum, inshaAllah. kuat untuk kau terima madu kau. kuat untuk kau percaya bahawa Tuhan itu bagi atas hikmah yang tersembunyi. misalan. kalau kau umur x panjang, ada jugak yang tengok-tengok anak kau. kalau madu kau spesis baik. kalau x. ermm...baik kau nasihatkan atau cadangkan wanita baik untuk dijadikan madu kepada laki kau. ok x? x ok? okbai.

hukum tetap hukum. kau suka atau baccat tahap tidak mungkin ada rundingan damai, ia tetap hukum. laki kau tetap boleh kahwin tanpa tanya kau. sah di sisi agama Islam. nah. tambling la kau dari kk sampai tawau.

maka. kaum wanita pandai-pandailah ambik hati laki. laki pulak, janganlah mintak puji mahu tambah cawangan lagi. sana kau jawab diakhirat nanti bro. baru kau enak. 

di sini aku tegaskan. tahu dan faham hukum itu tidak sama. dan sudah tentu ramai yang tahu laki-laki wanita sekalian alam boleh kahwin lebih dari satu dan tidak melebihi empat. jangankan empat bang, dua pun sayang x sanggup. ceraikan saja diri ini. sob sob sob. bhahahaha.

tapi.

tidak ramai yang faham hukum poligami. apatah lagi mendalami dengan hati suci. sucilah sangat. tujuan sebenarnya adalah untuk membantu wanita yang dalam keperitan hidup. atau susah hidup. sunnah kan? Nabi kahwin denga janda bro. hanya Saidatina Aisha isteri dara baginda. misalan: Nabi kahwin dengan Saudah seorang janda tua yakni isteri kedua baginda sebab angkat nilai suami Sudah yang sudah meninggal dunia dan untuk bagi perlindungan.
janda. dan tua. kalau janda. dan muda bergetah: bukan ikut Nabi. faham?

aku tahu poligami. dan alhamdulillah FAHAM. eh? bhahahaha.