SILA KLIK YA:)

Monday 28 January 2013

Perasan

kalau ada masa terluang aku ngan asri suka tengok movie. x kisahlah movie sundal bolong, american pie, sky high, young and dangerous atau kamasutra. eh?  

kita kan. kalau sudah tengok movie tu tengoklah. tengok dengan fokus dan fahami jalan ceritanya. aku begitu. kepala leher aku memang terpacak. sangat fokussssss.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

nungka dan tidak bagi asri. masa tu jugak dia buat kisah. aku mula-mula layan jugak. lama-lama naik darah sampai kepala aku. 

mahu dengar cerita abang atau cerita movie ni bang?
abang niiiii. dia ajak kita tengok movie tapi dia yang x tengok. bisiiing.
abang niii. janganlah sandar-sandar badan ayang. tengoklah movie bagus-bagus.

memang x makan saman. merajuk pulak tu. kena kalau movie feveret aku, cerita thriller ni kita mestilah lebihkan kefokusan kita kan. nanti tangan mangsa sudahpun kena potong sama penjahat kita lambat tengok. mana sedap mahu rewind. x sedappp.

sama jugak masa aku membaca. baca buku, majalah atau blog. adalah dia di sebelah aku pokpekpokpekk. lepastu, aku tanya balik.

apa dia bang?
apa tadi abang cakap?
kenapa bang?

tahu maraaaaaahhh. sebab kena ulang balik apa dia cerita. habis. time kita membaca tu jugaaaaak bantai cerita dengan kita. 

so. semalam dia meluahkan. memanglah kita laki bini ni kena ambik masa untuk kenal pasangan kita. ada benda dan hal-hal yang kita x perasan pun sebenarnya ada dalam diri pasangan kita. 

'ayang ni kalau buat benda memang fokusss sangat. fokus sampai x peduli apa yang jadi dengan sekeliling'

see? 

aku memang spesis spesis sangat fokus. sampaikan kalau aku tengah menaip atau buat kerja atau study, aku x boleh dengar muzik. tapi kalau tengok muvie sambil makan boleh. yang melibatkan otak ni aku x boleh buat dalam satu masa. 

macam kalau dengar lagu, aku mesti dengar liriknya apa lagu tu mahu sampaikan. sambil membaca nota? yang kita mesti fikir apa nota tu mahu sampaikan? ohhhhh. tidaaaaaaaaakkk mungkin. aku bukan spesis otak pandai. aku spesis bengong. so x boleh buat benda-benda macam begitu.

semalam jugak kami baru perasan satu hal.

masa tu asri jari asri kena jepit penyangkut tombol. pastu dia teriak sambil picit ibu jari dia kuat-kuat. picit okkkeh? bukan pegang. tapi picit. aku ketawa terbahak-bahak sampai sakit kepala. apakah motifffffmu memicit ibu jarimu sampai darah itu membuak-buak keluar abangku sayang? hahahahahahahadoiii.

aku ambik kain. pastu tekan sekuat hati aku dekat luka yang keluar darah tu. teriak lagi. adohaii laki aku.

kenapa aku ketawa?

sebab. masa dia buka pintu tu sambil jugak dia bercakap. pastu benda yang dia cakap sampai 10 kali ulang. benda tu aku sudahpun faham. tapi dia still mahu cakap. lepastu kelam kabut bukak pintu. aku pun heran apa dia mau kelam kabutkan. kami masa tu mahu pergi ambik baju aku yang sudah siap kena jahit. kelam kabut untuk apa? rumah makcik tu bukan jauh sangaaaat punnn bang. kan kena jepit. pintu pun tahu suruh abang bertenang.

'ayang ni memang x kelam kabut orangnya. kelam-kabut ada tempat. cuma satu ayang kelam kabut'

'apa dia bang?'

'masa itu

tu semua pun orang dalam dunia kelam kabut bang.

kalau naik motor pun macam tu. aku beberapa hari ni selalulah bawak motor. maklumlah. semangat sebab baru pandai. tapiii. yang duduk belakang aku ni asyikkk bercakap. aku kan baru belajar bawak motor. so aku kena fokus. x mahu bagi perhatian dengan benda lain. sampai aku sound.

'shhhhht. diam bang. diam. nanti kita jatuh'

tapi. kejap lagi ada lagi suara dia. kalau jatuh, dia jugak paling panik. aku? paling ketawa.

kelmarin kami pergi memancing. duduk sama-sama berdekat-dekat. tiba-tiba dia berdiri. tiba-tiba okkkeh. bayangkan orang yang sedang duduk terus berdiri dengan tegaknya. aku tanya.

'abang kenapa?'

'abang macam tengok pancing abang bergerak-gerak'

kalaupun bergerak x payahlah sampai panik begitu bang. ingatkanlaaaah ada ular atau naga atau buaya. paniknya bukan main. 

panik ni memang dia sedia maklum saraf panik aku macam rosak. aku bukan bangsa panik. sebab dia pernah jatuhkan sekotak telur yang baru dibeli dari kedai. masih bau kedai okkehhh. tapi dia terhempaskan sekotak telur itu di lantai. aku tengok, dan ketawa. panik telur pecah? oh. kamoooon. 

pastu. suruh yang pecahkan tadi lap. asri lah, siapa lagi.

Monday 21 January 2013

Bibir

'ayang jelek. bibir ayang tebal'

mau Asri x bingung. tiba-tiba. x da apa pun. memang tiba-tiba aku rasa aku perlu cakap macam tu. sebab sebelumnya tu aku ada bergurau senda dengan seseorang. aku cakap taste dia x cantik masa dia tunjuk seorang gadis bawak motor. bedak tebal. lepastu dia balas. yang jelas pada telinga aku adalah 'bibir tebal'. kalau x pun samting about tebal-tebal.

jadinya sampai rumah hati aku berketuk ketuk. sedih. emo.

aku x kesah kalau siblings aku yang ejek aku. sebab aku kenal diorang. pun bibir tebal. ada bahan boleh kenakan balik. tapi kalau orang lain? aku x sampai hati mahu ejek fizikal diorang. betul x sampai. 

tapi sekali sampaiiiii hatiku. menangis merempan kau aku buat. 

masa aku di kampus dulu ada seorang kawan aku macam begini. perempuan. mulut serius longkanggg. tapi kau try kenakan dia. air mata dia mahu sebaldi. haktuih. ceritanya sampai ditelinga aku melalui kawan aku jugak yang memang salah satu hobinya menyampai-nyampai. 

menurut kawan penyampai aku ni, si kawan penghina itu telah menghina bibir aku. sambil menyampai sambil dia ketawa. dia pikir dia comel. kena taim tu aku emo terdengar hinaan kaaaaan. 

tapi sebenarnya, si kawan penghina ini pernah jugak menghina si kawan penyampai aku ni. tapi aku baik. x sampai hati rasanya mahu bagitau. biarlah hinaan terhadap dirinya ku bawa mati. krehkrehhh. 

budak ni memang jiwanya jiwa suka menghina. orang itu gemuklah. pendeklah. hitamlah. mekap teballah. dan sebagainya. dan dia jadikan gurauan. mungkin sebab dia mahu jadi perhatian tapi xda bahan. sebab tu sampai macam tu sekali. atau camana sebenarnya.

masa aku kerja di KKFM dulu pun macam tu. ada sorang pendengar tu juling. juling tu laaah yang jadi bahan gurauan budak-bdak ofis selama sebulan. aku macam 'kesiaaaaaaaaaan. x kreatif langsung sampai kecacatan orang lain pun mahu jadikan bahan'.

'sebenarnya kan sayang. orang yang suka menghina orang lain ni sebab dia tutup kelemahan diri dia'

itu balasan Asri.

ha'ah. si kawan penghina tu dia banyak jerawat batu. yang di opis tu pulak hurmmmmm. betul jugak. 

gurau dengan adablah kan. masuk jamban pun ada adab. dan kau kena kental laah. mulut celupar hati mesti kuat. ni kena hina balik, masuk jamban nangis. kuat taik kucing namanya. kalau kau buat x pulak kau pikir hati orang. esok-esok ada anak juling bibir tebal jerawat batu baru kau tau. kau jangaaaaan. doa orang yang rasa diri teraniaya tu makbul. dan. kau x payah hina apa yang Tuhan kau ciptalah kaaaan.

dan. bibir tebal itu hot. x percaya tanya Asri. hehehehehehehehehehehehe.

Saturday 19 January 2013

Rambang #3

semalam aku pergi bandar Bintulu. orang sini x panggil bandar. diorang panggil 'pasar'. kamek pun baghu tauk. susah benaaar lidah aku ini mengucap kalimah bahasa orang lain. masa aku di Kota Kinabalu dulu, kawan sekeliling aku boleh lancar ikut sleng sana. aku sebijik patah pun x berjaya. kemungkinan besar ada saka sleng Bugis Tawau dalam tubuh aku nih. 

kalau aku cakap memang gunapakai sleng aku. kau paham atau tidak lantak kaulah. bahasa aku bahasa baku. tu diaaaa. tinggi sipat keTawauan. diorang guna sleng dioranglah. tapi biasanya kalau aku berurusan dengan orang edcated diorang automatik akan tukar bahasa Sarawak diorang ke Bahasa Melayu baku. kalau yang tidak educated tu lah yang bertok tek tok tek dengan aku. haa. sukahati kaulah. kalau aku x faham boleh tanya. tanya sampai kau penat. baru tau.

kelmarin kan. aku masuk pasaraya Farley. letaknya di Medan Bandar. begitulah yang aku paham. lepastu, aku dan asri masuk pasaraya Sing Kwong. lepastu, kami singgah beli nombor prepaid baru. semua memang beza. tapi ada satu persamaan.

penjaga kaunter macam cilaka.

kenapa ah? asal aku masuk pasaraya mesti penjaga kaunter perangai macam tahi. ya. x semua. segelintir saja. tapi segelintir nilah yang malar aku temui. sungguh sial.

yang segelintir nilaaaah yang perasan diri dia cantik kiut apa ntah. Masa dikaunter Farley aku tanya budak gadis tuh.

'dik. kalau mau apply member kad di mana?'

'kaunter sana'

dia tunjuk ntah di mana. sekadar tunjuk. pastu mata tengok lain. dalam hati aku memang berkata 'eh. apakah kau ni terencat?'

'lama x kalau apply?'

dia jawab dengan otak bodoh dia.

'kalo ghamai lamalah. kalau x ghamai kejaplah'

hoi bengap. tu budak tadika pun tahu. aku tanya proses apply kad tu. ni lah. kalau rambut kau tu yang kau asyik belai sakan. puiikkkk. ataupun kau sedang mengurat Asri yang ada di sebelah aku nih? kiutlah konon begitu? tarik rambut rebonding kau baru kau paham yang Asri tu laki aku? ngahahahah.

lepastu. masa ambik nombor prepaid celcom baru. 

'dik. ambik nombor ni. yang belakang dia 028 ngan 029'

ok. dia ambik. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. 

'jap yah. ada lagi tok nombor bagus tok saya tengok'

amboi amboi. ni aku yang mahu beli atau kau? aku masih. ok baiklah. sambillah dia membelek-belek. pastu kan. Asri ada tanya dia samting. tapiiiii boleh dia x peduli. asyik mengumpat dengan makcik penjual newspaper sebelah dia. 

mebi sebab Asri panggil dia 'Amoiii'. sebab tu dia x mau tengok. masa aku panggil 'Miss' laju pulak dia tengok. kau sangka kau comel kena panggil 'Miss' baru tengok. atau dia sebenarnya mintak perhatian dari Asri. kahkahkahkaah

'eh. xda dah tok number. kemaghin ada'

ha'ah. ada kepala hotak kauu. 

Friday 18 January 2013

Mak Mertua #2

kelmarin mak aji mertua aku tiba-tiba datang. tidak bersignal datangnya. tup tup terpacak depan pintu seketul mak mertua. dengan aku yang seksi tanpa batasan. arh. hantam sajalaaaah. 

'eh aji. masuklah'. sambil aku bukak pintu sambil tu jugak aku sengih mintak puji

mak aji dengan semangat berkobar terus ke dapur. nahhh. hambik kau. terus bukak peti ais. masa tu aku tengah rebus lada kering. untuk buat sambal ikan bilis. 

'buat apa?' 

tanya mak aji

'mahu buat sambal. tapi cemana ya mak aji?' 

yahhh. proses mengayat bermula

'sambal apa?'  

mak aji memang macam begini. kool gila.

'ikan bilis. yang macam di rumah Sarina'

Sarina tu anak buah Asri. Kalau masak sedap sampai makan jari tidak kusedari.

mak aji lantas menggapai bawang merah dan putih. kupas dan cuci. sambil suruh aku tumbuk lada kering yang siap rebus tadi. lepastu. suruh aku goreng kacang tanah. then. mak aji campurkan semua lada, bawang dan kacang tanah tadi tumbuk jadi sebati. dalam masa yang sama aku perah santan yang Asri beli kelmarin malam. siap. 

pastu. masukkan santan dalam kuali biar selama tiga minit. mak aji nampaknya lincah sungguh buat sambal ikan bilis ni. aku yang memang lambat kalau buat kerja ni jadi termengah. pastu. masukkan yang ditumbuk tadi dan ikan bilis. kalau suka basah, goreng jangan sampai kering. kalau suka kering, gorenglah sampai garing. jangan lupa garam dan gula. siap.

mantap. aku memang suka sambal spesis begini.

lepastu aku tidak punya idea. mahu berborak borak tentang apa lagi. ni mak aji mertua. kalau mak aku, memang bawak mengumpat JKKK kampung pun layan. mak aji mertua bawak mengumpat? kena penendang perut aku oleh beliau kelak. harus solehah depan beliau. walaupun aku memang solehah hendaknya. kaaaaaan.

jadi. aku tiba-tiba dapat idea. kasi layan muvie. siap muvie hantu lagi. MANTRA ngan SENJAKALA. aku? tidur. 

aku bangun. mak aji siap cuci pinggan mangkuk bekas makan tengahari tadi. tengok. tengok. berjaya kan taktik aku? suakan muvie hantu. krehkrehkreh.

petang barulah beliau balik. itupun siap pesan ngan aku buang sampah dan siram bunga. 

'nantilah aji'. jawab aku sambil malas-malas. tapi. sambil cium tangan beliau okkkeh? mahu tidak tersentuh hati ibu beliau? kaaaan.

begitulah cara aku dengan mak mertua. kalau kau pemalas pendai-pandailah ambik hati. cium tangan dia. belikan makanan feveret dia. belikan susu untuk dia. atau tudung dalam yang biasa mak-mak aji gunapakai. yang ada kilat-kilat. sekurangnya kita ada usaha untuk jadikan dia macam mak kita.

Wednesday 16 January 2013

Rambang #2

arh.

betul rasa tidak sihat. kepala berat. hidung sumbat. biar. sekurangnya aku tahu Tuhan masih sayang aku. diberi aku sakit supaya dosa kecil aku terhapus.

pagi tadi jiran sebelah rumah aku yang aku ceritakan dalam entri rambang lalu tidak kerja. bising depan rumah. aku intai. terbongkok-bongkok dia menggunting bunga pagar. bukan setakat depan rumah dia, depan rumah aku pun dia tebas sekali. omaigod. bertuah badan aku dan asri dapat jiran baik. cucikan kain kami sekali boleh? 

pagi tadi juga aku edit header blog ni. tapi. tidak mampu memenuhi paras nafsu keinginan macam yang aku mahu. tahi betul. last sekali. ambil bunga ni jugak. haihhh

pagi tadi lagi mendung. mahu hujan tapi sebenarnya tidak. sampaikan kain ada sebesen aku belum cuci. lagipun belum larat rasanya. nanti pengsan depan besen. doa selamat kakak ipar aku semalam pun aku tidak hadir. jaga hati mak aji mertua, aku pergi jugak menjamah sedikit makanan. 'ayam likku/lengkuas' mak aji mertua aku sedap. asri macam biasa. kalau jumpa mak dia mesti terkinja-kinja. macam minta dukung. siap suap-suap mak dia keropok ayam. amboi kaaaan. anak bongsu dasar. *kutuk laki sendiri

makan tengahari ni masak simple. paling simple selama aku kahwin. telur rebus masak sos dan ikan sungai goreng. hambik kau simplenya. tapi tetap licin tanpa waswas. 

tengahari ni mendung lagi. macam pagi tadi. eh. berat kepala. sudah dulu yah.
 

Tuesday 15 January 2013

Mati

bila aku dengar tentang saudara yang aku kenal menemui pencipta. aku kelu. macam-macam perasaan berbaur. ya. aku jarang di uji dengan ujian kematian. Na'uzubillahiminzaalik. tapi. hakikatnya aku tahu aku pasti akan di uji juga. pasti. itu kalau bukan aku yang dulu menemui pencipta. kan.

haih

dengan dosa lalu yang asyik mengerling begini aku takut. sangat takut. kadang aku sentak. akhirat sana juga pengakhiran semua manusia. akhirat juga akhirnya. akhirnya di sana juga. janggal untuk terima dunia ini sebenarnya bohong. fana. dusta. eh. betapa hinanya aku. bodoh tentang hakikat hidup.

haihh

aku sedaya juga mahu cool. nampak tenang kononnya mendengar berita kematian. tapi. nyata aku tidak kuat. sakit. padahal aku dengan arwah tidak rapat semesra. tapi kami pernah berbual bicara. aku kira itu yang bikin hatiku sakit. mengingatkan manusia yang pernah bergelak bersama aku sudah tiada di dunia. atau. sebenarnya yang bikin aku sakit kerana aku takut? 

haihhh

kepada aku. berita kematian adalah berita yang paling menginsafkan. selamat tinggal Malik Ridzuan. Tenanglah di sana. Bertemulah kekasih abadi. Kelak kami aku menurutimu juga.

Al-Fatihah.
 

Monday 14 January 2013

Rambang #1

aku ada kenal seorang kakak di sini. aku kategorikan beliau kakak bekoz beliau lebih banyak umur dari aku. dan aku masih kelihatan muda. haktuih. so kami pernah dua kali berborak borak cerita ceriti. dan tiba-tiba dia bercerita pasal diri dia. ohhho. rupanya janda anak satu. okeh. noted. so aku tanya mana bekas laki dia. apahal aku tiba-tiba jadi penyibuk ni -.-'. ohhho. bekas laki dia tu kahwin baru. dan mengujakan jugak sebab kakak ni adalah yang kedua. maknanya lelaki itu telahpun kahwin sebanyak tiga kali dan masing-masing ada seorang anak. hambik kau. adik beradik tiri seramai tiga orang. aku serius teruja sebab ini benda baru dalam hidup aku. 

lepas dengar kisah kakak tu aku terfikir something. eh. sampai tiga kali kahwin. kalau memadukan aku ok. ini menceraikan. apakah halnya kan? ini bukan menyibuk. ini adalah satu kajian. lelaki ni buat eksperimen? lepas ada anak then ketidakpuashatian pandai pulak muncul dalam diri? hebat. 

kenapa diorang cerai bang? 

asri jawab

sebab kakak tu kena uji dengan bekas laki dia. 

amboi kan. ingat perkahwinan macam kertas math? pandai pulak menguji ujiankan bini sendiri. bekas laki dia guna number lain and buat-buat kacau dengan bini dia. pastu bini dia layan. kedapatanlah sang bini bahawa dia suka melayan mesej-mesej dari lelaki lain. praktikal kan cara dia?  xpuas hati. gaduh and cerai. eh. cinta memang semudah itu? 

mungkin ini biasa terjadi. dalam drama dan filem. tapi ini depan mata aku. serius menakutkan.

kenapalah kau tergamak uji bini macam tu sekali. lepastu salahkan bini kau pulak. x pun kau tanya kenapa dia layan mesej macam tu? kalau perhatian kau cukup untuk bini, inshaa Allah dia setia di hati kau. kalau x. sori naik lori. dia kesunyian pastu carik tempat lepas kesunyian. kalau spesis x ada facebook, blog dan instagram? mesejlah tempat dia balas kesunyian. oh kamonlahh lelaki. kreatiflah sikit. haaiih.

tapi x pa. kakak tu sudahpun kahwin tiga bulan yang lalu. kakak tu cantik okehh. kira bukan jodoh diorang la tu. aku pulak yang teremo ni kan. tah apa la kau Sha. mengkaji konon. haktuih

sehari yang lalu aku dan asri pergi rumah kak Nanni. kakak ipar aku. so asri ada nampak pokok-pokok di tepi jalan. 

abang mahu dekat rumah kita nanti ada pokok cemeni. 

sambil tunjuk pokok. 

pokok apa ni sayang?. 

sambung lagi sambil tanya aku.






















pokok kayu. 

laju tangan asri cubit paha aku. padahal aku di belakang dia time tu. kena bonceng. kahkahkah.

haih. x lama lagi tinggal seorang-seorang lagi asri aku. aku ada GEMS di Kota Kinabalu selama 2 bulan. parktikal 6 bulan aku mesti mintak di Sarawak. mesti. x boleh jauh lama sangat. proses pembuatan anak terbantut. kaaaaaaaaaaaaaaan.
 

Thursday 10 January 2013

Laptop

Argh. Bengangnya aku. Sambil tarik rambut tomboi. Mau x bengang. Laptop acer aku yang 4 tahun bersama dalam hidup aku ni, tiba tiba pandai white death. Mati keputihan. Eh. Maksud aku sedang aku relax online tiba tiba. Zaaaaaas. Putih kain kapan. Aku tekan ESC pun x da efek. SPACE BAR pun x da jugak. ENTER lagi x makan. Perfh. Hingar aku sekejap. Yang rosaknya time online dia datang. Kalau time tengok movie ok pulak.

Arghhhh.

Aku really sayang laptop ni. Sebab aku beli dengan family aku. Tahun 2008. Karamunsing KK tu aku yang punya. Habis satu bangunan carik laptop. Sefamily. Semangat tengah terkobar. Masuk U katakan. Cucuk keluar duit PTPTN masa pertama dapat pun di Karamunsing. Dengan bapak di sisi okkeh. Siap siap manatau ada perompak kann. Terus flying kick. Kau jangan main dengan bapak aku. Duit PTPTN berapa ribu la sangat kan mau dirompak. Perasan taik kucing kau Sha.

Kalau kawan kawan aku tengok laptop aku masih kekal ni kan,diorang mesti kagum bukan main. Dan. Semestinya tanya cemana aku jaga laptop. Eleh. Mintak rahsia.

Aku bagitau. Aku x akan benarkan game berupa Counter Strike, Fifa, Dota dan sama waktu dengannya di install dalam laptop aku. Lagi pulak aku memang x layan game berat begitu. Aku layan game Insaniquarium, Puzzle dsb. Kalau adik lelaki aku sentuh laptop aku kena ada masa. Macam satu jam kena offkan. X mahu? Jangan pinjam lagi.

Sampai mak aku cakap dengan aku.

'alaaa. Pinjamkanla cha. Nanti pun diorang ada jugak laptop. Kau ni dengan adik pun kedekut'

Aku jawab balik. Mesti jawab ok. Ada prinsip kalau jaga barang sendiri. Kan. Kan.

'ok. Bolehhhhh. Tapi kalau rosak mak tanggung belaja rosaknya yeeea mak'

Mak diam. Then turut sama turun padang larang adik adik aku pinjam laptop aku lama lama. Kahkahkah.

Aku dapati diri aku ni memang pandai jaga barang. Poikkk. Tapi memang betul. Baju kurung aku yang aku pakai masa tingkatan lima masih wujud okkkeh. Tapi tu lahh masalah dia. Bahagian pinggang skirt da x muat lagi. Sobsss. Aku gemuk. Ok sudah!

Dan dan kalau adik perempuan aku pakai tudung atau baju aku memang aku siasat. Manatau ada bintik hitaam atau taik manan. Kalau ada mesti kasik bahagian. X pun bising bagitau emak. Bukan kedekut. Tapi menjagaaa.

Kalau Asri mahu gunapakai laptop aku pulak mesti segan pinjam x mahu layaknya. Sebab aku asyik jeling jeling. Bukan jelingan biasa. Jelingan tajam berbisa berpanah berbom atom aku bagi. Nasiblah dia bijak bestari berilmu. Guna laptop time aku tidur. Pastu pandai pulak kecikkan volume supaya aku x dengar. Pintar yaaa anak Hajah Yari nii. Jap aku bangun cubit betis baru tauu.

Buku pun macam tu. Pokok dahannya semua benda inshaaAllah aku pandai jaga. X kisah buatan China atau Indonesia mahupun Malaysia. So. InshaaAllah jugaklah kan aku pandai jaga laki macam jaga barang. Eh?

Monday 7 January 2013

Kenduri

Semalam aku dari rumah ipar aku. Kakak asri yang ngam lahir sebelum dia. Ada majlis nikah sebelah rumah dia. Dan. Yang nikah tu anak buah asri. So otomatik anak buah aku jugakla kan. Walaupun aku x kenal. X pernah nampak langsung.

Ekceli asri ni pangkat atuk pada sesetengah orang di sini. Kalau dia atuk aku ni nenekla kan. But. Aku kena panggil kakak. Dan asri kena panggil 'puang' asri. Sebab diorang bangsawan. Aku punya susur galur bangsawan jugak. Tapi kami x gunapakai benda benda macam gitu. Moden konon. Poik.

Aku ada penyakit x suka terlibat dengan kenduri duri ni. Aku x berapa jugak mahu hadirkan diri ke majlis yang hingar bingar bingit. Mungkin sebab family aku dari aku kecik sampai ke umur begini  x pernah kenduri. Kalaupun mahu bagi makan orang atau sadaqah, we all bagi dekat masjid atau sekolah agama.

Jadinya aku kekok. Sangat kekok. Kalau boleh aku mahu cuci pinggaaaaan saja. Tapi. Aku x mahu jugak. Sebab penat. Sakit belakang. Sobs. Tu la mak. X ajar aku cuci pinggan rumah orang time kenduri.

Banyak kali jugaklaa aku escaped semalam. Tapuk diri dari mak aji mertua aku. Hahahahahahahaaaa.

Dan.

Perbualan pasal emas, baju cantik kau beli di mana, tudung kau liplap beli mana, sapa jahit, anak kau anak aku berbeza, aku camni kenapa kau lain, si anu kereta baru. Otak aku bengkak dengan cerita begini. Serius.

Kan bagus kalau aku boleh lepak dengan pacik-pacik yang buat khemah. Cerita pasal zaman komunis. Atau jepun. Herfhh.

Saturday 5 January 2013

Bintulu

Hampir setengah tahun aku tinggal bintulu. Bandar kecik yang x sibuk. Sibuk lagi tawau rasanya. Sini kau x jumpa bas dalam bandar. Gerak pegi kawasan lain naik teksi atau pirate. Mungkin sebab orang bintulu ni kaya rayaaa.

Pasaraya ada dua sahaja dalam bandar. Yang femes. Park city mall dan satu lagi tu pasaraya lama. Aku lupa nama beliau. Di Park city Mall ni laaa ada orang lompat bunuh diri. Ngam aku ngan asri ada dalam mall. Tapi aku x tengok. Mesti berhantu mall ni. Heeee. Ngeri seram seriau.

Orang tempatan sini paling aku senang kenalpasti orang Iban. Sebab the tattoo yang diorang gunapakai. Dari tattoo flora sampailah ke fauna ada. Kalau yang hangat in love tu, tattoo nama gelpren. Putus padan muka x boleh padam. Jangan risaulahh. Diorang x kacau kau pun. Kalau kacau kau x payah layan. Kannnn.

Budak tempatan sini lagi suka guna bahasa ibunda diorang. Misal Iban. Kalau diorang jumpa bangsa sama kompom speaking. Kau yang x tahu faham tu jangan tersinggung. Buat bodoo walaupun kau yang di umpatkan. X pa. X sakit pun kena umpat.

Aku kagum orang Sarawak ni. Kagum yang serius. Diorang punya kenegerian super power. Diorang ada bahasa Sarawak. Yang digunapakai diseluruh Sarawak. Macam Sabah, Pantai Timur dan Pantai Barat bahasa x sama. Tawau baku. Ranau x baku. Sebutan huruf laaagi x sama. Ada yang sebut huruf 'k' macam dia telan huruf tu. Ada yang sebut dari rongga luar kerongkong. Macam aku. Relax sebut 'katak'. Not 'kataq' macam sesetengah tempat di Pantai Barat Sabah. Tapi. Itula power Sabah. Lain lain style. Banyak pulak tu lainnya kannnn.

Masa aku balik dari KK baru ni aku duduk sebelah dengan budak Miri. Aku paham semua patah perkataan dari mulut dia. Dia yang terkebil kebil pastu komen aku ni bercakap laju sangat. Aku jawab balik. Masa tu emas. Kena cakap laju. Puikk. Cover.

Kalau apply kerja syarat diorang utamakan orang Sarawak dulu okkey. Kau siapa kena diutamakan. Dengar dengar macam tu jugak kalau pasal gaji. Kalau orang Sarawak da x da yang layak, barulah bukak untuk orang asing guna passport macam aku ni. Kesian sungguh. Padahal Satu Malaysia jugakkk. Perfhh.

Tempat makan di bintulu x susah carik. Masa first time aku pegi bandar ni, aku terbelalak belalak jugakk. Khinzir panggang depan mata kau. Relaxx dia di situ menganga. Kah kah. Luar biasa bagi aku sebab x pernah jumpa fenomena begitu. Tapi. Lantak kaulah kann. Bukan restoran aku pun. Sini pun macam Tawau, KK. Sama. Ada yang minum arak tengahari. Aku pun x paham apa yang diorang panaskan sebenarnya. Setahu aku fungsi arak panaskan badan. Sebab tu orang putih, korea dan sama bangsa minum. Mungkin ada sebab lainla tu. Yang aku x tahu. Hurmm.

Aku dapati diri aku ni mula beradaptasi dengan bandar bintulu. Seronok jugaklaa. Ala. Semua tempat pun sama. Kita yang kena pandai cari keseronokan tu. Kannn. Mahu bahagia carik benda yang membahagiakan bukan memporakperandakan kau.

Baii.

Thursday 3 January 2013

Kuih

Aku suka makan kuih. Terutama karipap. Kasi karipap jenis negro pun aku ngap. Kuih basah sori x layan. Tu kuih mak mak.

Tapi.

Aku x berapa lembut buat kuih. Tangan aku bantai doh karipap atau kuih pauu. Itu sahajalahh kemampuan aku. Kadang kalau aku tengok cake yang orang buat teringiiiiin jugak. Tapi. Memang terbukti aku x layak. Nungka. Nehi. No. Memang x pernahnyaa menjadik.

Sebab utama yang terjadi adalah aku ini maha kurang sabar orangnya.

Pintu oven tu mau x tercabut. Seratus kali aku pergi cucuk cake. Sudah masak atau belum. Terkebil kebil mata aku tengok proses kembangnya cake dalam oven. Memang cake x kan jadi punya. X sempat kembang aku cucuk cucuk.

Sama jugak kalau aku buat agar agar. Tunggu sejuk tu aku mesti cucuk. X tahulahh kenapa. Ada keseronokan agaknya di situ kann.Hobi lepasni boleh ganti jadi cucuk cucuk kuih.

Aku memang x sebati dengan kuih lembik. Macam kuih muih tradisi Bugis. Mahu menangis aku habiskan sebijik. Sempat khayal masa depan. Berpinar mata tahan manis kuih. Perfhh. Ingat ni pun bikin kepala aku pening pening. Mak mak dengan pak pak memang suka gilaa. Bapak aku sampai lima ketul 'berongko' dia bantai. Saiz besar ok. X main kecik kecik. Hiiiii. Ngilu aku membayangkan.

Kawasan tempat aku tinggal ni majoriti Bugis. Kalau kenduri kau x payah pikir spesis kuih yang kau akan bantai di kenduri nanti. Kuihnya sama sahaja setiap kenduri walaupun lain rumah yang anjur. Sampai aku tanya Asri.

'Bang. Kalau kuih lain x boleh buat? Mesti spesis kuih begini?'

Sambillahh mulut aku terkumat kamit bisik telinga dia. Jaga hati tuan rumah katakann.

Asri cakap boleh jakk punn. Tapi aku pikir maybe pasal bajet banyak kalau buat karipap. Karipap jugaklaa pilihan aku kann. Kalau kuih tradisi ni gula yang banyak kena gunapakai. Semua orang datang tolong majoriti bawak gula. So. Jimaaaaaaat. Bugislah katakan.

Ni petang begini aku panjangkan kaki pergi dapur buat agar agar coklat milo susu. Aku hentam keromo saja resepi. Yang penting jadi agar agar. Bukan kueytiaw kaaaan. Lagipun selama aku kawin ni semua komen dari Asri memberangsangkan pasal aku punya masakan. Bukti jelas dengan perut buncet dia. Kihkihkihh. Satu keberjayaan.

Oklah. Aku mahu pergi dapur. Cucuk agar agar aku.

Dadaaaa.

Wednesday 2 January 2013

Kenapa

Salam 2013. Tahun yang baru. Aku x ada azam mengazam. Tapi. Niat aku kena bayar PTPTN tahun nih. Perfhh.

Ok.

27 disember hari tu birthday aku. Aku memang x mention di fb. Sebab aku x dibiasakan sambut birthday birthday ni. Family aku bangsa x macam tu. So. Kalau x wish pun aku ok. Masih ketawa. Jumpa lagi laki yang pun spesis x macam tu, syukur panjang panjang. Tarikh lahir dia pun aku selalu salah. Padahal bulan sama sebijik dengan aku, disember. Kahkah

Tapi. Masyarakat x tahu aku x kesah punn kalau dorang x wish. So. Adalah bekas kawan lelaki aku yang sangat semangat bukan main. Sampai mintak nombor henpon aku dengan kawan aku. Gigih kau kannn. Siap hantar doa doa. Ok. Tq.

Tapi.

Persoalan aku di sini KENAPA? kenapa kau harus tiba tiba muncul tahun ni wish doa doa birthday di wassap dan pm hp aku? Tahun tahun yang lalu lalu x pulak kau gigihh.

Perfhhh.

Aku hingar bingar kalau ex ex atau bekas bekas ni datang dalam hidup aku. Sebab satu aku jaga hati laki. Sebab dua aku jaga hati bini/tunang dorang.

Sekalipun pasangan kau tu spesis x cemburu aku tetap elak mengelak. Aku x mau ada masalah. Yang pelik, masa kau masih becinta dengan bini kau, x pulakk kau pm segala. Kau sudah kawin tunanglaaa kau muncul. Menakutkann. X pasal aku kena serang dengan pasangan kau. Perfhh. Ya. Aku paranoid.

So. Lepas nih x perlulah pm segala. Doa sendiri sebut nama aku dalam solat kau. Kahkah. Itu ok.

Baii.