SILA KLIK YA:)

Friday 18 May 2018

Bila lagi

Masa sambut hari guru hari tu,
Ada seorang akak ni.
Dia tengok aku menekur muka anak buah aku yg umur 1 tahun lebih rasanya.
Mak budak tu guru kafa jugak.
Ala, ipar aku lerr.

Lepas tu akak tu teriak.

Woi syah.
Kau bila lagi.
Asyik gendong anak orang jee.

Hahahahhahahahahhahahah
Nak sedih ke dengan soalan ni weh?

Aku jawab jugaklah.

Ala kak.
Diorang ni lincah.
Aku masih malu jual mahal dengan laki aku kak.
Nanti balik ni aku buat lagilaa.
Usaha tanpa jemu katakannn.

Kakak tu pulakk yang senyum malu-malu.
Aik?
Kau tengah berimaginasi ke kak?
Tanyalah lagi kakk.
I sukeee dengan soalan macam tu.
Hahahahhahahahahhahahah

Monday 14 May 2018

Pagi

Pagi begini-beginilah selalu orang-orang bertanya khabar.
Apalagi kalau pagi Isnin.
Yang sebelumnya adalah hari cuti.

Ada tak yang tanya khabar kau hari ni?
Aku takda.
Hahahahhahahahahhahahah.
Wasap aku takda sebarang dengung pagi ni.

Masa bujang lagi baik.
Cinta hati asyik bertanya.
Hai, dah makan.
Hai, semalam lena?
Hai, camana senggugut masih sakit?
Hai, sihat hari ni?
Hai, tengah buat apa.

Tengahari nanti dapat lagi mesej yang sama.
Malam pun mesej yang sama.
Tu tak kira lagi bergayut sampai dinihari.

Adakah sebab kita sudah mengenali pasangan terlalu dalam.
Hingga kita sudah tidak perlu bertanya lagi?
Adakah sebab kita sudah fahami pasangan (kononnya).
Hingga tidak perlu ada sebarang soalan?

Atau.
Adakah sebab subjek utk ditanya adalah aku?
Hahahahhahahahahhahahah.

Diri sendiri

Lama sekali pergi
Datang lagi ni
Dulu² masa bujang mencari cinta, di sini terapi.
Oh, rupanya sudah jumpa cinta (kononnya) di sini juga rasanya yg tak sepi.

Di sini je boleh lepak sendiri².
Layan² blues hati.

Selalu aku cakap macam rindu sesuatu.
Tapi tak tau pabenda.
Aku rasa aku rindu ketawaku yang paling ikhlas.
Rindu senyuman manis yang ikhlas.
Rindu orang-orang yang ikhlas berkawan dengan aku.
Rindu orang-orang yang ikhlas melayan karenahku.

Zaman belajar dulu-dulu, semua ikhlas pada tempatnya.
Ketawa terbahak-bahak oh seronoknya.
Senyum simpul bila usik mengusik sesama sendiri cerita-cerita pasal kahwin.
Semuanya sudah pergi.

Perasaan seronok-seronok semuanya hilang.
Rupanya perasaan itulah yang selama ini aku cari.

Selepas kau jumpa cinta & kerjaya lain ceritanya.
Jauh beza rupanya dengan yang kita impikan.
Kahkahkahkahkah.

Belum tentu lagi peratus cinta pertama kali tu sama dengan hari² seterusnya.
Belum tentu lagi kawan² kerja suka kepada kita.

Yang paling tentu ketawa-ketawa kita sudah tidak sama nada dengan masa bujang.
Hahahahhahahahahhahahah.