SILA KLIK YA:)

Tuesday 13 November 2012

Kek Pelangi

pelangi-pelangi, alangkah indahnya. merah kuning hijau dilangit yang biru. pelukismu agung siapa gerangan. pelangipelangi ciptaan Allah.

begitulah konon lagu mak aku ajar tiap aku baru bangun tidur pada waktu siang. sambil beliau menumbuk-numbuk bawang dalam lesung batu untuk masak tengahari. indahnya masa kecik dulu. masa besar ni apa kurangnya kan? indah belaka sebab dapat laki comel. ok. xda kaitan. 

tadi aku bersama adik perempuan aku satu-satunya didunia selain adik sepupu aku yang aku anggap adik jugak; bermakna aku ada dua adik perempuan. satu adik kandung. satu lagi adik anggap kandung. harap tolong faham maksud aku. kami tolong menolong membuat kek pelangi. beauty kan hubungan kami. macam mesra gitu.

okok jugaklah jadinya. tidak banyak kejadian yang tidak diingini berlaku selain (macam biasa) jari jemari aku terkena oven panas nyahh. aww. haih. cuai amat.

dan. treng treng treng:


pelangi turun selepas hujan batu. krehkrehkreh. bukanlah sedap tujuan utama kek nih kami buat, tapi melainkan untuk mengeratkan silaturrahim antara aku dan adik perempuan aku. 

sengaja jugak kami kurangkan gula dalam kek supaya bapak tolong habiskan. benarlah pepatah emak:

'emak x mau percaya sudah kalau ica yang buat kek'

desing telinga sejuta kali. hahahahahahahahahahaha. well. membaked memang leceh. segala pun adik aku buat tadi. aku punya kerja gaul-gaul pewarna. memang serik. syukur jugaklah aku x obses dengan kek dan kuih muih. setakat karipap inti mee goreng: apa sangatlah kannn.

haih. tangan keras macam batu. banting uli tepung bolehlaaaa ;)