SILA KLIK YA:)

Tuesday 13 August 2013

Untuk suamiku. Yang bukan suamiku, boleh jugak baca.


Kau ingat alam yang satukan kita?
Tanpa puitis. Tanpa syair. Tanpa gurindam.

Aku bukan gadis gemalai
Tidak juga tomboi.

Aku cumanya seperti batu
Kadang kaku suka bisu.

Aku juga seperti angin
Suka hati pamer dingin.

Aku takut apa?
Aku tahu kalau kau cinta
Kau terima semua.

Cinta berlalu
Rasa berlabuh.

Hatimu kau pinjamkan
Masih kuat masih mampan
Tidak rapuh dengan geseran
Tidak cair terik sinaran.

Terus pinjamkan aku
Hatimu.
Cinta selalu.
Dan sampai tiba waktu.

Selamat bercinta sampai mati.