SILA KLIK YA:)

Saturday 10 November 2012

Benarlah. Jodoh itu di tangan Tuhan.

benar. iya memang benar. sumpah benar. 

JODOH ITU RAHSIA ALLAH. kau bercintalah gunung sanggup ku daki laut sanggup kurenangi. laut berapi pulak tu. pun x terbakar untuk kau seorang. padahal. isi kredit untuk telepon kau pun seminggu belum tentu-tentu. puipuipuipui. semua dusta belaka. eh! teremosi pulak aku mak.

aku sebelum kahwin dulu selalu bertanya-tanya. siapalah laki aku. hemsemka dia? mata kecik atau bulat. hitam atau putih. kerinting atau x. mancung atau pesek. sambil tengok muka dekat cermin. kan kalau jodoh orang kata rupa ada iras-iras. ha'ah. iras jugaklah sikit-sikit aku dengan laki aku. iras kuat makan. 

bercinta tu jangan cakaplah. semua failed. semua pun bukan jodoh. buang masa dan duit. puipuipui. dapat dosa bersampah-sampah. haih.

sebab tu aku mahu beritahu. kalau jodoh kau sampai, memang sampailah tu. kalau belum, belum lah. mintak doa sambil usaha. usaha bukan maksudnya kejar-kejar lelaki dan kerja-kerjakan perempuan. usaha dengan pergi lamar wanita yang kau mahu. 
perempuan, kalau jumpa lelaki yang mahu lamar kau dan terus tanya bapa kau: inshaAllah dia lelaki baik. kalau setakat perkenalkan kau dengan family dia: x payah harap sangat. kau jadi bahan eksperimen family dia. puipuipui. makan ongkos.

dan.

jodoh ni kau x jangka. sedang kau relax-relax makan sanggar tiba-tiba kau rasa: eh. aku rasa macam mahu kawinlah. ha! itulah yang dinamakan 'kau sudah sampai seru' tu. itulah dia. dan masa kau di nikahkan tu darah kau akan menyirap dan dalam hati kau: eh. aku sudah kawin? macam x percaya. percayalah. jangan x percaya pulak depan kau tu sekarang imam.

jodoh ni memang semua sudah di atur Tuhan. kita usaha dan doa. semoga dapat jodoh baik dan comel. x payahlah emsem sangat. yang paling penting tahan kebal dari kena minyak ikan. supaya kau goreng ikan kelak x susah.

dan.

paling utama dari yang utama, jiwanya ada iman.

itu sahaja. hari ni kan ramai orang kawin. tarikh cantik.10.11.12. aku x kisah tarikh. yang penting aku kawin. haha~

testimoni manusia yang x percaya dia da kawin