SILA KLIK YA:)

Sunday 19 July 2015

Dan akhirnya genap 3 tahun rasa cinta kita

Selalu aku bertanya.

Kalau ayang mati, abang akan kahwin lagi?
Kalau abang kahwin lagi, adakah kita akan berjumpa di syurga kelak?
Abang sayang ayang macam dulu lagi tak?
Abang kalau tengok pempuan cantik comel, apa dalam hati abang cakap?
Abang sayang ayang tak? (Sekali lagi)
Abang suka ayang kenapa?
Abang benci ayang tak? (Kalau dah suruh dia macam-macam)
Ayang comel tak bang?
Ayang ni cemana bang?
Ayang ni bla bla bla.

(Aku rasa kalau laki aku bukan Asri dah kena pelempang makan kaki dengar soalan macam ni)

Dan.
Jawapan yang kau berikan masih seperti 3 tahun yang lalu.

Dan.
Di percintaan kita ini, aku tidak terlalu memaksa benih cinta. Namun jika Allah mengatakan itu terbaik untuk kita, aku bersedia ;) (walaupun seriau dengar pasal beranak sampai sekarang)

Maafkan aku.
Sebab semenjak dua selalu kau dengari leterku mengenai tempat kerjaku.
Tentang laki-laki di sana.
Tentang bagaimana mereka memperlakukanku.
Tentang ketua kerjaku.
Tentang pelanggan yang cerewet.
Tentang sukarnya aku membiasakan diri.
Tentang makanan.
Dan semua adalah hal-hal kecil yang mungkin tidak kau sukai.

Tapi.
Kerana kau suamiku, kau masih setia mendengar :')

Maafkan aku.
Disepanjang usia ini tidak meladenimu dengan sempurna.
Tidak sediakan makan minum.
Tidak sediakan pakai baju.
Tidak menyelimutimu.
Tidak membelai dirimu seperti ibumu :')

Tapi.
Kau masih setia.
Menyapu air mataku.
Meminjamkan bahumu.
Memujuk bangun tidur ;)
Mengurut kepala ketika migrain.
Melekat koyok cili ketika migrain.
Dan.
Tak buat hal ketika aku senggugut.

Maafkan khilaf dari aku seorang isteri yang telah Allah pinjamkan untukmu.

Begitupun aku. Selalu memaafkan dirimu suamiku :') Kau sungguh tahu bagaimana aku mencintaimu.

Semoga usia kita bersama sampai syurga. Demi Allah aku sungguh cinta.

Selamat ulang tahun 19.07.2015|ahad|1.52
Petaling Jaya bilik kecil

Saturday 11 July 2015

Kisah Hari Sabtu di Bulan Ramadhoon

Buka laptop pasang lagu Hatiku Bagai di sangkar emas. Lagu yang aku suka banyak yang takda kaitan dengan hidup aku. Aku suka sebab oldskul. Sebab pelan slow punya lagu. Sebab jelas dengan lirik. Sebab aku paham.

Mendung.

Suami sedang tidur.

Dan aku sedang menikmati lagu sambil menangis dengan serius; sambil taip blog. Haha

Pernah tak kau rasa kau tiba-tiba sunyi. Macam sendiri. Macam takda manusia sayang. Macam rindu tapi tak tau kepada siapa. Macam nak nangis tanpa sebab. Dan macam macam lagi perasaan yang pelik serta menunjukkan sedih.

Dan.

Aku selalu macamni. Dalam bas duduk tepi tingkap, tiba tiba air mata bergenang. Atas moto, peluk suami tiba tiba nangis. Tapi suami tak sedar. Jawab call customer pun boleh nak nangis.

Sebab aku rasa macam rindu sesuatu. Tak tau apa.

So tadi aku belek gambar family. Gambar masa tengah study dulu. Masa adik-adik aku masih kecil dan remaja. Masa aku masih kurus kering. Masa sepupu aku belum kahwin. Masa lepak dengan kawan. Menyanyi riang gembira. Selfie lompat sana lompat sini.

Dan.

Aku tak sedar bahawa semua itu telah di mamah masa. Adik adik semua dah dewasa. Adakala dia lupa bahawa wujud seorang kakak yang sangat menyayanginya. Sepupu semakin jauh bersama suami dan anak. Bina hidup baru.Kawan-kawan apatah lagi.

Yang bertahan hanyalah suami dan ibu bapa.

Aku sebenarnya rindu kenangan dan perasaan yang semakin hilang. Aku rindu adik abang aku. Aku rindu untuk serumah dengan mereka. Rindu ambil 9 biji pinggan kalau nak makan. Rindu tunggu bapa pulang dari masjid kena tunggu lama padahal kami semua tengah lapar. Ya Allah. Aku rindu.

Masa tu kalau kami gaduh mak akan cakap:

'Suatu masa nanti, kau nak jumpa adik beradik tapi kau tak boleh. Gaduhlla lagi. Gaduh.'

Akhirnya masa tu dah tiba.

Abg, Ote, Akki, Beb, Jo, Nora. Ya Allah. Pelihara mereka. Tolong jaga mereka. Mak, Bapa. Tolong sayang mereka ya Allah. Lindungi mereka.

Dahla. Sakit dada aku nangis. Suami terkejut tengok. Haha.

Ini kisah benar :)