SILA KLIK YA:)

Showing posts with label bini. Show all posts
Showing posts with label bini. Show all posts

Thursday, 20 December 2012

Tajukkan saja.

Beberapa malam yang lalu. Aku dan asri meluah rasa. Tentang masa silam aku dan masa silam dia. Hoi. Ngilu. Menusuk. Kau sangka cerita cinta lalu itu sedap? Puih. Tahi. Cerita cinta aku. SEMUA. Aku cerita tanpa sekelumit rahsia. Dan. Begitu juga dia. Kalaupun dia menipu aku itu urusan dia dengan Tuhan.

Semua lelaki yang hadir samada dengan janji palsu atau kurang palsu atau datang dengan lagak alim atau gangster. Semua aku rungkai. Ngilu tahu? Dan bodo.

Kami menangis bersama dipenutup cerita. Berpeluk erat. Sobs. Sedih.

Kau berani? Cerita masa lalu kau yang buruk baik dosa pahala dengan laki bini kau? Yah. Aku tahu. Past is past. Jangan toleh tengok belakang lagi. But. Dalam past itu ada kenangan. Yang pahit. Yang haktuih. Yang arghhh. Aku benci. Sambil kau ketap gigi bila ingat balik.

Sebelum salah satu dari kau mati dulu, aku nasihatkan kau ceritalah semuanya. Kalau laki bini kau sedar dunia ini semua palsu dia akan terima semua dengan redha dan pasrah. Kalau dia x terima hakikat cerita kau, boleh tampar pipi dia. Tolak kepala dia. Dan cakap.

"Kau ingat ini syurga? X ada manusia yang x buat khilaflah bengong".

Dan senyum :)

Memang aku sangat syukur, punya usaha dan jodoh untuk asri. Yah,imamku yang nyata. Yang kala aku buka suara kisah laluku dia turut luka. Yang saat aku cerita sakit hatiku dia rasa siksa.

Yang penting, kami masih persoal 'apa itu cinta?'.

HAHAHAHAHA.

Aku mahu masak. Kbai :)

Tuesday, 18 December 2012

Tidak semudah ucapan

hai. sekarang aku di bintulu. penat. sekarang minggu rehat untuk aku. apatah lagi x lama hari lahir. asri tanya mahu hadiah apa? aku jawab. mahu abang jadi suri rumah selama satu hari. masak cuci baju. pokoknya SEMUA dia kena buat. sambil aku senyum kerang. dasarrr kan.

subuh tadi kena paksa paksa baru dapat bangun. asri solat surau. aku rasa bukan subuh tadi. semua subuh pun aku berat bangun. bapak shoitan mana yang letak batu di mata aku. x mahu terbuka. haihh. asri penat dan aku faham perasaan dia. akhirnya. selepas lama bincang bincang kami jumpa idea bernas dan mantop.

cara untuk buat aku bangun cepat adalah PASANG MUZIK KUAT. gerenti tatappp bangun. dan masalah selesai.

aku terpaksa bangun jugak. hoi. bising tuuu. xpa la terpaksa. lama lama rela jugak tu. alah bisa tegal biasa bha kan. heh. tu la. masa muda solat subuh ikut masa KL.

masa aku belum kawin dulu. selalu aku pikir alangkah indah aku makmum di imamkan laki aku. memang indaaaaaaah. tapi. kau sangka pelaksanaan itu semudah kau pikir? NO. untung aku belum kerja. masih punya masa berimam makmum. kalau kerja? pagi keluar malam balik? say gudbaibaibai to aku makmum kau imam. laki solat masjid/surau lain cerita.

masuk bab masak. dulu kau bayangkan indah berdua melompat lompat kau pasal laki cucuk pinggang kau time masak. lepas kawin? puihh. x ada. NEHI. semua bayangan hilang. sebab mak mertua kau yang masak. hahahahahahahahahahah. sabar. kejap lagi kita beli rumah lain ya sayyang :)

bab baca Al-Qur'an sama sama. masa belum kau kawin impi baca kitab sama laki. kau salah laki betulkan. laki salah kau betulkan. untung kalau salah satu terror. kalau dua dua x tahu mana salah mana betul? belajar banyak-banyak masa bujang ya anak-anak sekalian. terutama bab agama. sekali lagi, AGAMA. sangat penting selepas kawin. untuk saling mendidik laki bini.

bini ni. kalau kena taktik memang menjadi didikan laki. kalau x. sedia perang dunia. kena bini kuat bebel. hiiiiks. seram aku pikir. aku yang bini ni pun alergik bebel. lagi pula laki kan kan kan. para bini, kalau laki buat salah jangan bebel. lempang sekali cukuplah.

okbai.