SILA KLIK YA:)

Friday 18 January 2013

Mak Mertua #2

kelmarin mak aji mertua aku tiba-tiba datang. tidak bersignal datangnya. tup tup terpacak depan pintu seketul mak mertua. dengan aku yang seksi tanpa batasan. arh. hantam sajalaaaah. 

'eh aji. masuklah'. sambil aku bukak pintu sambil tu jugak aku sengih mintak puji

mak aji dengan semangat berkobar terus ke dapur. nahhh. hambik kau. terus bukak peti ais. masa tu aku tengah rebus lada kering. untuk buat sambal ikan bilis. 

'buat apa?' 

tanya mak aji

'mahu buat sambal. tapi cemana ya mak aji?' 

yahhh. proses mengayat bermula

'sambal apa?'  

mak aji memang macam begini. kool gila.

'ikan bilis. yang macam di rumah Sarina'

Sarina tu anak buah Asri. Kalau masak sedap sampai makan jari tidak kusedari.

mak aji lantas menggapai bawang merah dan putih. kupas dan cuci. sambil suruh aku tumbuk lada kering yang siap rebus tadi. lepastu. suruh aku goreng kacang tanah. then. mak aji campurkan semua lada, bawang dan kacang tanah tadi tumbuk jadi sebati. dalam masa yang sama aku perah santan yang Asri beli kelmarin malam. siap. 

pastu. masukkan santan dalam kuali biar selama tiga minit. mak aji nampaknya lincah sungguh buat sambal ikan bilis ni. aku yang memang lambat kalau buat kerja ni jadi termengah. pastu. masukkan yang ditumbuk tadi dan ikan bilis. kalau suka basah, goreng jangan sampai kering. kalau suka kering, gorenglah sampai garing. jangan lupa garam dan gula. siap.

mantap. aku memang suka sambal spesis begini.

lepastu aku tidak punya idea. mahu berborak borak tentang apa lagi. ni mak aji mertua. kalau mak aku, memang bawak mengumpat JKKK kampung pun layan. mak aji mertua bawak mengumpat? kena penendang perut aku oleh beliau kelak. harus solehah depan beliau. walaupun aku memang solehah hendaknya. kaaaaaan.

jadi. aku tiba-tiba dapat idea. kasi layan muvie. siap muvie hantu lagi. MANTRA ngan SENJAKALA. aku? tidur. 

aku bangun. mak aji siap cuci pinggan mangkuk bekas makan tengahari tadi. tengok. tengok. berjaya kan taktik aku? suakan muvie hantu. krehkrehkreh.

petang barulah beliau balik. itupun siap pesan ngan aku buang sampah dan siram bunga. 

'nantilah aji'. jawab aku sambil malas-malas. tapi. sambil cium tangan beliau okkkeh? mahu tidak tersentuh hati ibu beliau? kaaaan.

begitulah cara aku dengan mak mertua. kalau kau pemalas pendai-pandailah ambik hati. cium tangan dia. belikan makanan feveret dia. belikan susu untuk dia. atau tudung dalam yang biasa mak-mak aji gunapakai. yang ada kilat-kilat. sekurangnya kita ada usaha untuk jadikan dia macam mak kita.