SILA KLIK YA:)

Thursday 17 March 2016

Kisah makanan dalam tin/botol

assalamualaikum

aku offday dua hari. so takda siapa nak di bawak mengarut, so update blog dua kali. boleh je sebab nobody care about kau punya blog pun. kuangkuang. eh sebut kuang ni ingat pulak si Kwang Soo Running Man ada dekat KLCC sekarang. kesian adik aku peminat tegar Kwang Soo tapi memang takk la kau jumpa dia dik. macam mustahil je kau akan jumpa dia. hermm. baca dekat fb td ramai netizen mcm marah-marah sebab perempuan mcm obsess dgn korean laki. teriak mcm gagak tgk Kwang Soo. yg aku tak tahan ada satu komen tu siap tanya kalau suruh ckp arab pandai ke? dia tanya peminat kwang soo. kau kenapa gila? apa kaitan. klu ya kau menyampah tetap takda kaitan dgn ckp arab. eh. ada lg lelaki siap tanya kenapa masjid tak penuh. yg aku heran ramai dtg teriak tu perempuan. kau je la g masjid sbb jd pahlawan keyboard sgt sbb tu takda laki g masjid. bengong je soalan. tanya diri sendiri. tumbuk baru tau!

eh kawan-kawan. kalau korang beli produk di pasaran korang selalu beli cap apa? aku memang suka ambik yang bumiputera. minyak masak adalah Aliff, barang tin dan botol adalah Adabi atau Agromas atau Faeza. asri pun sama. aku paling takut beli adalah bawang goreng. sebab takut makan plastik yang dicairkan. lolz. terpengaruh sangat dengan Whatsapp berantai.

produk yang aku beli ni sedap dan InshaAllah bersih. kenapa aku cakap macamtu sebab aku dah ada pengalaman. aku suka makan kerang dan keluarga kerang kerangan. so, selalu beli kerang dalam tin. sebelum ni aku selalu beli produk Y tapi selalu berlaku aku tergigit something kalau makan kerang tin cap Y ni. kadangkala pasir, kadangkala batu tah apakebenda aku pun tak tau. dan ditakdirkan aku terjumpa Adabi punya keluaran. try beberapa kali and so far semua ok. rasa sedap, dan yang penting takda tergigit pasir atau batu. aku tak suka kalau tengah makan and tergigit batu atau pasir. rasa nak muntah dan stop makan. mood swing sebab sedih tergigit pasir dan batu. hergh!

belacan pun sama. belilah yang nama dia tak pelik. aku beli dua bungkus hari berlainan konon nak buat nasik goreng belacan. sekali kau, makan pasir. seluruh nasik berpasir. sakitnya rasa sebab teringin sangat makan nasi goreng belacan versi buatan tangan sendiri. kann. gila obsesi dengan diri sendiri.

sekarang aku nak cari produk cornbeef buatan bumiputera pulak. setakat ni tak jumpa lagi. semua cap tin tu macam menakutkan. padahal dulu masa muda sukaa sangat beli cornbeef buatan dari negara China tu. sekali dah dewasa sikit baru tau tu tak halal. lolz.  selama ni makan benda haram patutlah degil nak mammmpss kan. kalau sardin of course yang famous King Cup kan. tapi aku dah jumpa Adabi so beli adabi. murah lg dari king cup tu. RM3.09 je adabi.

ni aku beli sebab kadangkala aku malas nak masak bekal utk asri. so kalau ada makanan tin, panas je. asri la yang panaskan bukan aku. takkanlah tak panas makanan aku terus jd derhaka ye tak. senang je pun. laki aku ni alhamdulillah setakat ni sangatlah baik dan berdikari. phmlah kita perempuan ni kadang mood swing sana sini. sakit pun dah banyak sebab usia dan berat badan naik. so, dia bangun masak nasik dan goreng telo bawak pegi keja pun jadik. tempat keja klu rajin dia beli sayur. aku jarang bawak bekal sbb aku rasa makanan tu mcm dah tak sedap sangat kalau dah sampai opis. nak jugak beli. saiton betul kan.

tapi InshaAllah dalam sehari aku ada masak utk laki. kalau perut dia kempis aku sedih kau tau. dulu masa dia gendut semua ejek dia. tp aku suka sebab badan dia jenis kurus papan, so klu badan naik perut dulu yg keluar. tu yg kesiannya alahai buncit. aku tak suka dia kurus salah satu sebabnya aku kena marah ngan mak aku. kenapa asri kurus, kenapa asri kurus. herghh. aku pulak kena marah oleh bapak kalau gemuk. jaga makan,  jaga makan. bapak cakap. family aku takda yang obesiti yaa. alhamdulillah semua jaga makan kecuali aku. hahaha