SILA KLIK YA:)

Saturday 1 December 2012

EMAK MERTUA

ini cerita rambang pasal keluarga aku.

tadi. sebenarnya malam tadi.

mak tanya mahu bawa apa ke Bintulu. aku jawablah sebijik-sebijik. baju asri. tuala kecik untuk asri. amplang untuk asri. ikan masin untuk asri dan untuk kakak-kakak asri. pokok pangkal. semua ada kaitan dengan asri. sengaja aku cakap begitu. supaya mak bangga. anak dia isteri mithali isteri sejati. ha ha ha

lepas tu mak sambung lagi.

untuk mak mertua kau?

hoks. lamaaa aku tengok atap. ha'ah. mahu bagi apa? susah. sebab aku x pernah jumpa beliau. bercakap punnn x. ajaib kan? kau mampuuu?

disember nanti. inshaa Allah beliau datang. dan dan. sudah pasti tentu pergi lawat anak bongsu kesayangan beliau merangkap laki kesayangan aku. mati aku. memang mati. tegang urat otak fikir. hoi. susahnyalahhh. add math lagi susah ekceli.

kenapa susah?

ha'ah lah. ketawa kuat. kentut merata-rata. suka buli asri. main geletek sana sini situ. tarik rambut asri pastu lari. pukul asri kuat-kuat dan lari lagi. cubit asri dan lari lagi lagi sampai penat. kalau x dikejar aku memang marah gila dengan asri. nanti beliau datang bagaimana aku melakukan semua itu? mesti beliau akan cubit aku sebab buli asri si anak bongsu. sobs. T_T

dan. 

paling aku harap sangat ikan goreng bukan makan feveret beliau. kalau x...memang tolong galikan kubur untuk aku. hoi seram. goreng ikan depan mak mertua.

bagaimanalaah aku akan beradaptasi dengan beliau nanti. susah jugak kalau aku x senyum ketawa. muka serius aku ni bikin beliau mimpi ngeri. mimpi hantu. sebab muka aku macam kena tampar hantu kalau serius. hantu pun takut kalau tengok. garang. walaupun sebenarnya tidak.

masa asri bagitau mak mertua mahu datang, banyak jugak soalan aku tanya dengan asri. ni ni antaranya. ekceli banyak lagi. tapi kena tapis. x pasal-pasal kena cubit telinga semua mahu ditempek di blog. kau fikir aku x ada meja editorial? mesti tapis setapisnya. tu fungsi asri dalam dunia blog aku. he he he

mari kita terus kepada persoalan aku tentang mak mertua yang belum pernah ditemui.

soalan satu:

'bang. mak tu kasi manja orang x?'

yalah. aku ni kadang-kadang lupa bukan semua mak-mak ni sama. mak aku lain. mak mertua lain. nanti aku manja-manja. ketepekkk. kena sebat. sobs T_T. eh. buruk sangka.

asri jawab.

'x. mak x memanjakan orang. hermm'

hermm dihujung ayat tu tandanya asri pun ikut bimbang. krehkrehkrehhe. kesekian kalinya. MATI aku. 

soalan dua: 

'bang. mak tu serius x?'

kalau serius. aku akan keluarkan jurus serius aku jugaklah konon. tapi. asri jawab.

'hermm. mak ni biasa-biasa saja sayangggg. x serius'

soalan tiga: 

'bang. mak cerewet x?'

yang ini penting. supaya aku x menimbulkan sebarang hal yang boleh mengakibatkan kecerewetan beliau. misalnya. potong bawang x lurus. so. aku kena guna pembaris. 

atau aku minum main teguk botol dan air dalam jug tu tanpa gelas. siap bawak asri anak beliau supaya berjemaah teguk x guna gelas sekali. nanti x pasal-pasal kena cakar oleh beliau. mampuss aku kannn. bukan mampus kena cakar. tapi mampus bercakaran sebab aku pengaruh anak beliau yang bukan-bukan.

aku ni kan pelik tapi betul orangnya. betul pada mata aku. bukan mata orang lain. krehkrehhh.

asri jawab.

'hurmmmmmm. x jugak. tapi mak sangat jaga pemakanan abang. abang mesti makan. x boleh x makan'.

aku balas sambil terkekekeke.

'kalau itu no hal laaa. sebab. kerja kita memang makaaaaaaaaaan sepanjang masa kan bang. kan'

soalan empat:

'bang. nanti mak ada apa sayang perlu buat?'

asri jawab.

'kena bangun awal. siapkan makanan. mak marah kalau anak dia x dibagi makanan sedap. kalau boleh ikan pindang setiap hari'

soalan tamat. 

oh ya. aku rasa jawapan nombor tiga tu asri buat-buat. dia yang mahu. bukan mak mertua aku. elehhhh. mentang-mentang aku masak sedap. puihh. perasaaaaaaaaaaaaaanlah kau sya.

apapun. 

mungkin aku perlu bersedia keluarkan jurus coolku. just in casela kannn. sebab. aku rasa beliau x memanjakan. pun x serius. ini mesti cool nih. mesti punyaaa. sebab. aku tengok kalau asri kol beliau, bukan main siapa ucap 'iloveyou'. hoish. aku pun x pernah cakap begitu dengan mak aku. dalam hati saja. maklumlah. egois. baiklah ini ucapan untuk mak mertua aku:

mak mertua cool. jemputlah ke rumah saya. saya sediakan ikan pindang pedas. sedaaaaap ;)

hik hik hik

okbai.