SILA KLIK YA:)

Saturday 7 November 2015

Paratha di Jaya Grocer

tiada apa yang berlaku selama aku tak update blog ni.  labah labah mahupun lebah pun tak sudi berkongsi rumah tangga di sini.

well.
aku masih di tanah Melayu.  mencari rezeki yang Allah berikan di sini bersama suamiku.  belum ada anak lagi.  Allah belum nak beri,  kau dah kenapa tanya aku tak henti henti. kau doakanla aku tanpa aku mengetahuinya; kan itu lebih besar ganjarannya sebab kau sendiri tahu aku tak punya jawapan untuk soalan itu.  payah betul orang kita ni.

aku sebenarnya rindu sangat dengan Brantian.  aku nak sangat duduk sebumbung dengan mak dan bapak serta famili aku.  guys,  kita ni walaupun asyik nak gaduh je hari hari dengan family tapi entahlah. tetap aku nak duduk minum teh panas dan kontok-kontok bawang dengan diorang. kau yang ramai adik beradik mesti faham maksud aku ni.  *sebak

tapi tulah.
kau je yang nak macam tu.  orang lain sekarang tak macam tu.  sekarang ni zaman orang kau tak da duit,  kereta ataupun pelajaran kau memang tak kena pandang. berlaki pelajaran tak ke langit macam laki aku ni siapakah gerangan yang sudi memandangnya. tapi aku sayang dia.  gaji tak banyak tapi boleh berhenti merokok sebab aku, lelaki belajar sampai langit pun belum tau boleh buat untuk aku yang tak cantik ni.

kadang kadang.
patah jugak semangat sebab aku memang tak berapa suka duduk tempat sibuk macam sini.  sebulan adalah dalam sekali dua aku pegi pasar malam.  Kalau tiba tiba rasa nak beli tudung shawl tu,  aku pegi Giant. sebab jarang orang nak beli dekat sana.  entahlah.  dah dekat setengah tahun aku sini,  jalan Tar tu pun aku tak pegi lagi.

ada benda yang kita kena korbankan untuk buktikan sesuatu.  macam aku,  kena korban perasaan 😢

*bersama ini aku sertakan Bihun Kari Ayam Rm14. nasib baik aku ni bijaksana.  tak pesan dua pinggan.  ni sepinggan makan dua orang.  gila apa makan seorang sampai banyak macam tu.