SILA KLIK YA:)

Saturday 5 January 2013

Bintulu

Hampir setengah tahun aku tinggal bintulu. Bandar kecik yang x sibuk. Sibuk lagi tawau rasanya. Sini kau x jumpa bas dalam bandar. Gerak pegi kawasan lain naik teksi atau pirate. Mungkin sebab orang bintulu ni kaya rayaaa.

Pasaraya ada dua sahaja dalam bandar. Yang femes. Park city mall dan satu lagi tu pasaraya lama. Aku lupa nama beliau. Di Park city Mall ni laaa ada orang lompat bunuh diri. Ngam aku ngan asri ada dalam mall. Tapi aku x tengok. Mesti berhantu mall ni. Heeee. Ngeri seram seriau.

Orang tempatan sini paling aku senang kenalpasti orang Iban. Sebab the tattoo yang diorang gunapakai. Dari tattoo flora sampailah ke fauna ada. Kalau yang hangat in love tu, tattoo nama gelpren. Putus padan muka x boleh padam. Jangan risaulahh. Diorang x kacau kau pun. Kalau kacau kau x payah layan. Kannnn.

Budak tempatan sini lagi suka guna bahasa ibunda diorang. Misal Iban. Kalau diorang jumpa bangsa sama kompom speaking. Kau yang x tahu faham tu jangan tersinggung. Buat bodoo walaupun kau yang di umpatkan. X pa. X sakit pun kena umpat.

Aku kagum orang Sarawak ni. Kagum yang serius. Diorang punya kenegerian super power. Diorang ada bahasa Sarawak. Yang digunapakai diseluruh Sarawak. Macam Sabah, Pantai Timur dan Pantai Barat bahasa x sama. Tawau baku. Ranau x baku. Sebutan huruf laaagi x sama. Ada yang sebut huruf 'k' macam dia telan huruf tu. Ada yang sebut dari rongga luar kerongkong. Macam aku. Relax sebut 'katak'. Not 'kataq' macam sesetengah tempat di Pantai Barat Sabah. Tapi. Itula power Sabah. Lain lain style. Banyak pulak tu lainnya kannnn.

Masa aku balik dari KK baru ni aku duduk sebelah dengan budak Miri. Aku paham semua patah perkataan dari mulut dia. Dia yang terkebil kebil pastu komen aku ni bercakap laju sangat. Aku jawab balik. Masa tu emas. Kena cakap laju. Puikk. Cover.

Kalau apply kerja syarat diorang utamakan orang Sarawak dulu okkey. Kau siapa kena diutamakan. Dengar dengar macam tu jugak kalau pasal gaji. Kalau orang Sarawak da x da yang layak, barulah bukak untuk orang asing guna passport macam aku ni. Kesian sungguh. Padahal Satu Malaysia jugakkk. Perfhh.

Tempat makan di bintulu x susah carik. Masa first time aku pegi bandar ni, aku terbelalak belalak jugakk. Khinzir panggang depan mata kau. Relaxx dia di situ menganga. Kah kah. Luar biasa bagi aku sebab x pernah jumpa fenomena begitu. Tapi. Lantak kaulah kann. Bukan restoran aku pun. Sini pun macam Tawau, KK. Sama. Ada yang minum arak tengahari. Aku pun x paham apa yang diorang panaskan sebenarnya. Setahu aku fungsi arak panaskan badan. Sebab tu orang putih, korea dan sama bangsa minum. Mungkin ada sebab lainla tu. Yang aku x tahu. Hurmm.

Aku dapati diri aku ni mula beradaptasi dengan bandar bintulu. Seronok jugaklaa. Ala. Semua tempat pun sama. Kita yang kena pandai cari keseronokan tu. Kannn. Mahu bahagia carik benda yang membahagiakan bukan memporakperandakan kau.

Baii.