SILA KLIK YA:)

Thursday 8 November 2012

balas cakap yang bikin kau nampak bodoh dan tolol

aku beritahu awal-awal. ini entri bikin panas kepada yang pernah buat. dan mesti kala baca entri ni kau akan cakap 'suka hati akulah. mulut aku.  bukan kau'. ya ekleeeee. iyalah sangat mulut bangkai kau.

aku ada pengalaman dengan slang atau aku gelar bahasa orang bengap tahap x tau nilai sedap atau x bahasa itu atau lebih senang cakap: bahasa cari gaduh.

eh. x paham?

kalau kena dengan pemuda pemudi aku boleh 'ha'ah'kan lagi. tapi ini kau balas dengan orang tua beb. orang tua yang sangat kasihan terpaksa beradaptasi dengan dunia kau.

misalan ayat cari gaduh 1:

pada suatu hari seorang pacik tiba-tiba datang depan muka kau. dan bertanya.

pacik: nak. boleh tunjuk jalan rumah imam kg.kalabakan ni di mana?

kau: BULI BA KALO KO PACIK. belok sana ... blablablabla.

kalau kau cakap begitu dengan makbapak aku dan aku terdengar. siaplah kau. aku jugak kurang ajar. tapi x sampai keluarkan jawapan bodoh begitu.

misalan ayat cari gaduh 2:

aku: eh. kau tau x Amerika sekarang kena landa ribut taupan badai...prokpokpekpok...

kau: HABIS? ADA AKU KESAH?

terus terang aku ter-speechless kalau berhadapan dengan spesis begini. yang bahasa dia moden bukan alang-alang tahap mustapa kamal terkutuk. kau cakaplah kau tu bodoh dan tongol. x tau isu semasa. kan mudah dan cepat aku paham.

misalan ayat cari gaduh 3:

aku: eh. CGPA kau berapa?

kau: alaaaa. ciput x banyak. x sampai 4.00 punnn. kau?

aku: ha'ah. samalah result kita. pun x sampai 4.00

kau: alaaaa. bagitaulaaaaaaa berapa? kau kan budak pandai. kesayangan dr.romley.

sambil kau buat muka sambal sotong kau pujuk-pujuk aku. aku rasa macam mahu tumbuk batang hidung kau dan ganti dengan belalai gajah.

misalan ayat cari gaduh 4:

aku: mak aih. panas sungguh cuaca hari ini. hurr hurr hurrrr. sambil kipas muka.

kau: alaaaaaaaaaaaaaaa. api neraka lagi panas. ini baru matahari. sambil kau sengih 'alim'.

bongok. semua umat manusia pun tau neraka tu panas berganda. dari kecik lagi kena ajar. kau tu yang kena belajar bila masa yang sesuai jawab macam tu.

cukuplah empat misalan. maaflah. meracau racan sikit ayat aku. kan namanya bikin panas punya ayat. lepas ni kena banyak mintak ampun dengan Tuhan.

hehe.