SILA KLIK YA:)

Saturday 11 June 2016

Kisah impian

assalamualaikum

dalam hidup kita, mesti ada sesuatu yang kita sangat impi sejak kecil lagi. aku ada. aku mahu jadi wartawan. dalam report card aku kalau tengok dari darjah satu aku tulis nak jadi wartawan. haha~

impian gagal kecil inilah yang selalu buat aku sedih. yang sometimes buat aku sunyi tiba-tiba menangis adalah sebab banyak impian kita masa kecil tak sampai. dan sekarang realitinya kita dah terlalu tua untuk kejar semua itu.

banyaknya masa tapi berlalu begitu sahaja. belajar, kahwin, kerja. dan sekarang aku diusia 30. hanya ada tiga perkara dalam hidup yang aku buat. hahahaaa. ketawakan diri sendiri.

tiba-tiba aku terfikir. sampai sini sahajakah hidupku. adakah aku perlu kubur semua impian-impianku. adakah aku perlu ada impian baru. semua berkocak celaru.

kenapa jadi begini?

satu. sebab aku tidak pernah tegas dengan diriku. aku hidup menurut belas kasihan di hatiku walaupun tidak pernah aku dihargai. aku berhenti kerja sebab balik kampung untuk terus menjadi guru KAFA seperti bapak mahukan. aku kasihani kedua orang tua sebab perlu menjaga diri mereka walhal sudah kurang berdaya. akhirnya aku yang terperuk menanggung segala.

dua. sebab aku hidup dengan perasaan tidak sampai hati. walaupun emak pernah cakap aku jahat, aku tetap tak sampai hati bila dengar emak mengeluh kesah. aku nak balik untuk jaga semuanya. untuk berkongsi rasa derita mahupun bahagia. aku korban cita-cita tanpa sedar usia berinjak mengikut masa.

tiga. aku dikongkong dengan rasa khuatir. bagaimana dengan suamiku kalau aku kerja wartawan. kerjanya tidak tentu mungkin saja hanya berselisih di depan pintu rumah selama hidup. terlalu runsing hingga takut dengan impian sendiri.

ketiga perkara inilah yang buat impianku bantut. hahaha ~ apapun yang berlaku InshaAllah ada hikmahnya. aku selalu percaya Allah Maha Baik dan Mengetahui semua isi hatiku. hidup mesti diteruskan 🎶 

ada sahaja orang yang tidak kisah mahu jadi apa dan hidupnya berakhir bahagia. berkeluarga tidak berpisah. makan cukup pakai ada. sederhana tapi teguh. ada juga yang kuat bercita-cita tapi di mana keluarga di mana kerjaya. perlu toleransi setiap hari untuk dapatkan nilai bahagia.

macam-macam yang ada dalam hidup kan?

impianku sekarang adalah tinggal di dalam rumah yang bagus bikinannya, di dalam rumah itu ada aku dan suami. lebih seronok jika ada emak dan bapa kalau mereka suka padaku. hehee. dan adik beradik yang mungkin sekali sekala berkunjung.

rumah itu biarlah praktikal. tidak jauh dapurnya dan aku masih dapat melihat suamiku jika dia sedang sendiri merenung henfon 💑 dan dia masih dapat sedari jelingan maut mataku meminta dia membantu memasak 👑

bercat putih sudah pasti. jika Allah memberi peluang untuk kami menjaga amanahNya, rumah itu akan kuganti catnya di sudut bawah. ataupun akan kuajari anak itu supaya tidak mencoret dinding.

lamannya juga tidak perlu luas. cukup sekadar ada tempat untuk aku dan suamiku minum teh dan makan cekodok di waktu petang. sambil masing-masing membisu menatap henfon 💑 dan bila ada kisah menarik, kami kongsi bincangkan hal tersebut. siapa yang salah siapa yang betul dalam kisah itu.

dan Ya Allah, jika baik untuk kami minta kurniakan kami anak zuriat penyambung agama. apalah daya kami melainkan kuasaMu.

kalau ada yang perempuan sedari dulu aku selalu menyukai nama Sofea. tapi suamiku selalu tersengih senyum mengejek jika aku sebut nama itu. mungkin aku perlu beralih kepada nama lain, Alia misalnya. aku suka nama yang satu ketul sahaja. tidak susah menyebut dan tidak akan aku tersangkut menyebutnya 👪

di tepi rumah ada pagar juga bercat putih melingkari. di sudut bawah pagar ada bunga-bunga mewarnai. ada buaian untuk bercanda mengeratkan lagi kasih. dan semestinya ada kucing mengiau-ngiau di kaki 😊

masih tidak sederhanakah kehendakku? Ya Allah, tolong kabulkan impian yang ini jika ia baik untukku. permudahkan semuanya ya Allah ❤