SILA KLIK YA:)

Friday 27 February 2015

Petua lembutkan daging ayam kampung / lembu / kambing / kerbau

baru ni family datang kumpul-kumpul. kebetulan mak ada potong ayam kampung. sendiri. maksud aku, mak sembelih ayam tu sendiri-sendiri. tunggu aku jangan harap. asri pun lenggang-lenggang pegi, sekali tanya eh! mak sudah sembelih sendiri ayam tu.

pastu makcik masak. gila keras~ nangis makan.

aku sebagai surirumah amatur dengan penuh rendah diri ingin kongsikan camana masak daging sampai jadi lembut gemalai.

PESANAN; petua ni hanya sesuai dibaca oleh surirumah yang tidak mempunyai periuk tekanan tinggi yang mahal tu (macam aku) kahkah

1) Masukkan daging yang hendak dimasak dan AIR PANAS. jangan guna air biasa atau paip yang suhu biasa. pastikan air panas baru menggelegak. bila air kurang, tambahkan sisa air panas tersebut. dan demikian seterusnya.

2) Pastikan api gas dalam keadaan perlahan. jangan perlahan sangat.peringkat api aku kategorikan sebagai;

besar
sederhana
perlahan sederhana
perlahan kecil
kecil.

api di PERLAHAN KECIL. kalau dapur gas aku just putar ke bawah.

biarkanlah masakan anda dengan api perlahan kecil dan air panas, inshaAllah gemalailah daging-daging itu.

Tiba-tibala pulak kan~kahkah
enjoy!

Sunday 15 February 2015

Pesta Layang-layang Bintulu 2014

ni kesah tahun lalu. Pesta Layang-layang Bintulu ni x silap aku setiap bulan september. mungkin time tu angin bagus kan. mungkinlaa. aku pegi dengan asri dan anak buah dia 2 orang berserta isteri dan anak memasing.

















Sekian.