SILA KLIK YA:)

Sunday 21 June 2015

Kerja

Dunia penuh kejutan. Sekejap ja kau tetiba berada ditempat kau ada sekarang. Tak kisahla samada kau suka atau tidak dengan situasi tu; kalau sudah takdir kau di situ, maka di situlah.

Tak pernah sedetik terlintas aku akan kerja di bumi Malaya ini. Ini kali kedua aku datang selepas tahun 2010. Itupun kerana kembara universiti.

Aku orang Sabah. Tapi tak tinggal atas pokok atau pakai cawat. Aku tinggal dalam rumah di sebuah kampung. Jadi, kalau tiba-tiba kawan Malaya aku cakap bukan-bukan pasal Sabah aku speechless. Sebab aku sungguh tak sangka dangkalnya ilmu mereka mengenai Sabah khasnya.

Aku sangat terkejut bilamana ditanya "Tawau tu dekat dengan Kuching ke?".

Aku tak tau nak jawab apa. Apatah lagi jika yang tanya kau tu adalah atasan kau. Yang kau sangka ilmu geografinya lebih tinggi dari kau.

Itu belum dicampur dengan soalan "Ni first time datang Malaysia ke?". Dia tahu aku dari Sabah. Kau nak celakakan orang macamni pun kesian jugak.

Aku ajar kawan Malaya aku naik public transport dari tempat kerja ke rumah mereka. Bagaimana tergamak ada antara mereka menafikan Sabah itu adalah Malaysia.

Aku tak tahu samada mereka memang cetek ilmu atau pura-pura mahu menarik perhatian agar aku boleh acah comel berdebat dengan mereka.

Malangnya, aku jenis cepat terkesima, blur dan kening berkerut kalau berhadapan dengan orang sebegini.

Please. Kita perlu tambah pengetahuan mengenai negara kita. Rentikanlah berlagak seolah Sabah Sarawak tu orang hutan. Sudahlah dengan omong tentang betapa-indonesia-orang-sabah.

Please. Jadilah rakyat Malaysia yang berpengetahuan. Tak perlu study tinggi. Ilmu bro, ilmu. Sado dah sado tapi berilmu baru wa respek ;)

Aku bukan pandai pun. Tapi aku tau Kalabakan ada jugak dalam Negeri Selangor. Dalam Kuala Lumpur ada Jalan Ipoh. Dan Kampung Bugis di Johor. Hehe.

Kesimpulannya. Tambahlah ilmu. Apatah lagi kita ramai yang merantau di KL ni. Jumpa dengan orang lain negeri. Respek tu bermaksud kita tahu serba sedikit tentang asal usul kawan kita :)

Assalamualaikum.