SILA KLIK YA:)

Wednesday 7 November 2012

Pasangan

kita umat manusia memang dicipta berpasangan. begitu juga umat haiwan dan umat yang lain-lain. buku dan pen. kasut dan stokin. mata hidung telinga dan banyak lagilah. penuh satu entri kalau sebut semua.

tapi.

bukan semua pasangan itu membawak faedah. misalnya. pensil dan pengasah/pemadam. semua pun bijak paham apa yang berlaku kepada kegunaan pensil setelah pasangannya datang. badan pensil diratah riuk oleh pengasah. kesan kasih sayangnya di padam oleh pemadam. misalan kan. 

tapi.

mungkin pensil pun tidak tahu, itulah cara pasangannya memberi kasih sayang. itulah caranya dia mencintai. begitu juga kita umat manusia. bukanlah aku bilang yang kita seumpama pensil dan pasangan. tapi simboliknya begitu. manusia yang x bengap inshaAllah paham maksud aku.

lelaki itu susah di fahami. perempuan itu susah di mengerti kan. masing-masing manusia berpasangan akan jumpa point sebegini selepas melalui fasa berpasangan. memang. sebenarnya dua-dua pun susah di fahami. sebab masing-masing mintak difahami.

yang lelaki;

1. syg. tolonggggglah faham. abg main game kejap eyh. sedangkan bini dia sibuk jaga anak tiga orang yang dia dan bini sama-sama berusaha buat. bini x bersalah kalau buang atau patahkan cd game tu. ok?

2. bini tegur laki sebab x tolong dia di rumah. bukan tolong apa punn. setakat potong tumbuk bawang. calar sangat tangan tu kalau menolong bini. kalau tolong pompuan cantik tepi jalan kereta rosak ok pulak.

3. syg. tolong faham abg tgh buat kerja ni. ambik anak ni. diamkan. sedangkan masa tu bini dia tengah susukan anak lain.

4. syg. tolong paham. abg penat dri keja. habis, bini kau tu duduk rumah tanam tahi dalam jamban? bini kau tu pun penatla bang oi.

itu misalan saja. xda kaitan pun dengan pasangan aku. pasangan aku inshaAllah cool.

sambung...