SILA KLIK YA:)

Friday 2 November 2012

Tawau dan Bintulu

assalaaamu'alaikum dan hello :)

di tengah malam nan hening pulak aku mengentrikan diri. hur hur hur. sunyi sepi. sebenarnya aku penat. penat main-main dengan anak buah aku. aku belum ada anak lagi. sila sabar peminat semua :) bhahaha. kalau Tuhan yang Maha Esa bagi aku anak: aku main-main dengan anak aku sampai dia pun x larat mahu main-main ngan aku. pastu. mesti laki aku marah-marah sebab aku buli anak dia. bhahaha. tapi, Tuhan belum mahu bagi lagi. SABAR :)

ramai kawan-kawan aku bakal mendirikan rumahtangga. alhamdulillah. suka hati :) yang 'moden-moden' punya fikiran janganlah pandang kolot sangat dengan orang yang kahwin awal. satu: sebab jodoh da sampai. dua: sebab ramai peminat dan risau diculik. tiga: sebab mahu di jaga dan terjaga. sebab di atas adalah sebab sampingan. sebab utama adalah untuk memenuhi kehendak agama. hehe. usatazah sangat kannnn :)

dan. ramai jugak kawan-kawan aku yang da dapat kerja 'bos-bos' dan ada jugak yang kuli-kuli buruh kerajaan serta swasta. x kisahlah kerja apa kannn. yang penting hujung bulan dapat beli beras dari hasil yang halaaaal. supaya berkat dan seterusnya menjadi sihat gebu macam aku. bhahaha. tidak murni sekali bahasa aku :)

aku? aku sekarang duduk rumah jaga lelaki paling bertuah di muka bumi. bhahaha. nanti dia sudah bosan sikit tengok muka aku yang asyik habiskan makanan ni barulah aku kerja. bertindak mengikut arahan. supaya berkatlah hidup hendaknya. aamiiin.

tapi sekarang aku cuti. tiap tiga bulan aku akan keluar bercuti di kampung aku. Tawau bumi peladang dan pedagang. sebab satu: aku kena cop passport. sebab dua: laki aku baik. bagi cuti buat kerja rumah. sebab tiga: rindu mengilai-ngilai dengan mak. sebab empat: rindu dengan anak buah yang ________. isi sendiri.

aku memang kebaruan masa keluar dari Sabah then ke Sarawak. sebab kami naik bas. dari tawau sampai kota kinabalu. kota kinabalu sampailah bintulu. perjalanan yang sangat 'omaigod'. dua belas kali cop passport. keluar masuk Brunei Darussalam. aku rasa pelbagai rasa. perjalanan daripada kota kinabalu ke _________ (aku lupa nama tempat) pastu ke bintulu. perjalanan inilah yang buat aku bagai musafir di planet lain.

kami didendangkan dengan lagu Murut. bukanlah aku menolak kewibawaan PM pasal 1Malaysia. tapi serius. bukanlah ketika itu masanya lagi tersebut diperdendangkan di kaca televisyen bas. ini bukan perjalanan seminit dua. ini sepuluh jam dua puluh jam. lagipun dalam bas aku dapati driver sendiri sahaja tahu bahasa itu -.- alangkah kejam driver tersebut. nasib bulan Ramadhan. masih dalam iman time tu. hehe

ok. aku rasa aku mesti tidur. aku mengantuk. nanti kita sambung lagi. hari inihari jadi mak aku: nuraini padoma. doakan mak aku sihat dan panjang umur. ok.