SILA KLIK YA:)

Sunday 24 September 2017

Buku

Kali pertama aku baca buku kisah nabi-nabi. Masa tu umur darjah lagi. Aku tak ingat macamana aku boleh pandai membaca. Darjah satu rasanya. Sebab dahulukala kita takda sistem pra sekolah macam sekarang. Sekarang budak umur 4 tahun dah ada yang pandai membaca. Tapi awal pandai membaca tak semestinya akan rajin membaca. Kebanyakan yang suka baca buku pun orang-orang tua. Zaman sekarang baca dalam smartphone. Baca status Facebook 😂

Selain kisah nabi, aku baca pasal sejarah Maharaja China. Dinasti Khan. Genghiz Khan dan keluarganya. Masa ni pun aku masih darjah lagi. Aku ingat lagi ada seorang kawan aku mata dia sepet. Aku bagitaulah, mata kau ni macam Genghiz Khan. Tapi diorang krik krik sebab tak pasti siapa yang aku maksudkan 😂

Seterusnya aku baca cerita Drakula. Translated dari cerita English ke Melayu. Masa ni aku darjah enam. Mak aku time ni mengandung adik bongsu aku. Aku pulak baca novel Drakula. Tahyul betullah.

Itu antara buku yang aku ingat. Yang aku tak ingat memang banyak. Tapi ini antara yang memberi kesan sampai sekarang. Mungkin sebab cerita dia best bagi aku. Laki aku cakap masa umur darjah dia layan cerita siasatan yang budak-budak tu. Aku tak baca. Sebab aku baca buku bapak aku. Drakula tu mak kawan aku punya. Mak bapak tak pernah belikan buku khas untuk kami baca. Kau bacalah apa yang ada di rak buku. Pandai-pandailah hidup.

Zaman kecik dulu lepas berita mesti belajar. Manada tengok tv lagi. Kalau degil kena balun dengan roti panjang atau nama pendeknya rotan.  Pedih wei. Sampai biru hijau betis. Ditambah lagi dengan adik beradik bagi signal ibu jari dari jauh. Menyampahnya. Aku kalau adik beradik aku kena rotan, aku masuk bilik atau pegi jauh sikit dari tempat kejadian. Aku nangis. Padahal bukan aku yang kena balun. Tapi diorang tu kalau aku yang kena, siap ejek aku dengan simbol like ibu jari. Memang kurang sopan perangai. Semoga Allah mengampuni dosa mereka semua. Tetiba.

Belajar memang satu meja dengan abang aku dua orang. Aku ni baca English tu tunggang langgang. Abang kedua aku tu balik-balik cakap apa yang aku baca tu salah. Tapi aku tetap semangat menjerit jerit macam kena sampuk baca English. Sama jugak dengan BM. Baca buku teks menjerit jugak. Memang dari kecik suka menjerit rupanya aku ni. Patutlah besar jadi guru KAFA 😂

Besar sikit layan novel cinta. Tinggal asrama trend layan Ahadiat Akashah. Yang halaman paling belakang mesti ada muka dia selembar. Kawan-kawan aku cakap dia hensem. Aku pulak tengok Ahadiat Akashah tu macam iras Zamani Slam. Kawan aku layan novel, aku pulak suka baca majalah. Dulu-dulu ada majalah Siswa. Dalam tu ada cerpen. Tu la yang aku layan tak jemu-jemu.

Novel cinta yang aku layan, alaa lupa tajuk. Tapi cerita dia adalah dia dimadukan. Sampai bengkak mata menangis. Meletakkan diri ini sebagai yang dimadu padahal masih belasan tahun. Kau dah kenapa? Novel ni tebal. Nama penulis dia pun macam panjang. Novel sekarang tak dapat aku nak menghayati. Tak sedap. Sekarang layan HAMKA Tuan Direktur. Banyak buku aku baca paling sedap Hamka. Oh ya, of course A. Samad Said jugak. Buku Salina tu memang realistik. Aku syak penulis dulu-dulu ni diorang pegi alami sendiri atau memang pengalaman dia yang ditulisnya. Sebab sangat realistik. Atau sebab bakatlah kan. Sekarang siapapun boleh menulis dan buat buku.

Sehingga kini selalulah ada buku di sisi. Walaupun tak baca buku tu mesti ada terselit dekat bantal atau tilam. Sejenis penyakit. Bukan ulat buku ya. Pernah jugak tidur mesti pegang buku walaupun tak baca supaya boleh cepat tidur. Ni penyakit apa aku pun tak tau.

Okey. Tu je ❤

Saturday 16 September 2017

Rambang

Minggu ni minggu hiba.

Masa lalu depan sekolah Islamiah, ada seorang budak seluar hijau (sekolah menengah) duduk tepi kubur sambil pegang botol. Ada bunga bertaburan atas kubur. Genang air mata. Lusa kemudian, tahfiz terbakar. At the same time, terbaca lagi di fb calon UPSR budak ni bapak dia meninggal. Lepas dia jawab upsr tu, gegas balik mandikan mayat arwah bapak dia.

Mati ni anytime anywhere. Semua kita sudah tahu. Tapi kenapa selalu lupa? Kan.

Kematian demi kematian mengingatkan kita kepada kematian. Berita kematian nasihat paling menginsafkan. Bagi yang mahu berfikir. Sebab ada jgk orang dengar berita kematian masih gelak whatever katanya.

Paling seram, ada netizen fb tu cadangkan supaya semua pusat tahfiz diharamkan. Aku tengok anak dia bukannya mangsa. Tapi mengapakah dia yang terlebih royan? InshaAllah aku yakin parents yang terlibat redha dengan qada Qadar Allah. Didoakan mereka tabah. Ada yang sampai anak 3 orang sekaligus Allah ambik. Well, Allah punya. Allah ambik balik kita hamba mesti redha. Sakit tak sakit mesti jugak kena redha. Itulah iman. Waw, ustazah.

Aku kali terakhir diuji kematian keluarga adalah semasa sekolah menengah. Pak cik aku meninggal. Masalahnya aku tak kenal pak cik aku tu. Semoga Allah merahmati dan mengampuni arwah. So mak aku yang hiba, sebab adik beliau. Kami diam-diam baca Yasin. Sebab adik beradik kami tak pernah jumpa arwah.

So. Biasanya kita lebih terkesan dengan kematian orang terdekat dan kita kenal rapat sahaja. Tapi ni 1st time aku terkesan dengan kematian orang yang aku tak kenal. Mungkin sebab sangat menyayat hati. Aku tengok rakaman anak-anak tahfiz tu, ya Allah macam nak meletup dada tahan tangis. Masa tengok ni aku depan students. I is malu nangis depan orang. Tak dapat bayangkan tengah tidur, bangun api depan mata. Sayat hati sebab kanak-kanak :(

Tapi. Yalah. Semuanya berhikmah. Kanak-kanak, hafaz AlQuran. Belum baligh lagi. Syurgalah tempat mereka InshaAllah.

Jangan main-main dengan hafiz hafizah ni. Aku pernah jugak kejap masuk hafaz Quran. Tapi baru berapa juzuk, aku dah keluar sebab nak sambung belajar. Nangis ustazah. Sebab kononnya aku antara harapan yang akan cepat habiskan Quran. Masa tu belum ada lagi yang habis. Kononnya lagi aku ni antara yang kuat menghafaz & mengingat. Laju je dapat Saba' (bacaan baru).

Seronok? Takda tempat yang lebih seronok selain daripada tempat ni. Paling seronok time ustazah cek bacaan. Rasa nak lompat tinggi bila bacaan lancar pastu dapat yang baru.

Tapi bukan takdir aku jadi seorang hafizah. Mak bapak kecewa jugak agaknya. Ada sebab lain jugak aku keluar selain daripada sambung study. Tapi biarlah rahsia. Muehehee.

Dalam madrasah kita makan guna talam. Nasik lauk pauk semua campur. Setalam ada 4-5 orang. Rambang je sapa antara 4-5 orang tu. Ni adalah antara saat paling mencabar bagi aku. Aku ni makan lambat selambatnya. Memang lambat melampau. So, kalau dalam geng talam tu ada yang makan laju selaju usain bolt, apa yang jadi pada diriku ini?

Ingat lagi masa tu lauk ayam goreng. Ayam ni pun ada part kesukaan kita kan. Aku memang taksub sikit dengan kepak. Kepak tu mestilah ada besar ada kecik. Tapi sebab aku ni lambat selalulah dapat yang kecik. Memang berontak habis wei dalam hati. Dasar rakus. Makan je kau ingat kann.

Lagi satu, ni masih isu talam ni. Aku tak boleh makanan tu ada cili. Aku makan cili tapi tak pegang cili. Cepat perih ke pedir nama dia tu (betul ke ni). Yang rasa pedas panas je tangan tu. Kalau dalam talam nasik dan sayur dengan kuah melimpah pastu ada sambal cili. Memang rasa nak nangiss kuat-kuat. Tak boleh makan pakai sudu wei. Tak sunnah. Kadang-kadang sampai sanggup tak makan. Lepastu lapar padan muka kau cerewet lagi.

Memang takda tv, radio dan alat komunikasi. Telefon pun ustazah yang pegang. Orang call ustazah dulu yang sambut. Lepas beberapa bulan pujuk laki ustazah supaya belikan kami radio. Adalah buat hiburkan hati yang bersifat duniawi ni.

Madrasah kami tu rumah dua tingkat yang diubahsuai. Tingkat atas jadi tiga bilik, dua bilik air. Kiranya untunglaa siapa dapat bilik utama. Bilik air dalam. Aku ni kalau ada paling luar di situlah aku diletakkan. So, faham situasi tahfiz yang terbakar tu. Memang kalau ada apapa berlaku di tangga, kami yang tingkat atas tak boleh buat apa. Tingkap pun ada jeriji besi. Bolehla lompat dari tingkat atas ke bawah tu. Tapi tingginya tu faham-fahamlah.

Isu keselamatan memang tak berapa dititikberatkan. Bukan tajaan kerajaan memanglah macam tu. Kena ada usaha lain macam ibu bapa atau masyarakat yang derma. Memang sangat perlu ya derma di tahfiz ni.

Kalau masa hari raya korban dapatlah daging dan tulang. Kenangan manis betul masa raya korban aku pernah tak balik. Cuti kejap je, jadinya malas nak pack barang. So, aku masak daging yang entah resepi apa benda. Aku campur je segala bahan. Lepastu hantar rumah ustazah. Yakin je aku. Wakakakaka. Nasib baik ustazah & laki beliau puji. Siap tanya resepi. Masalahnya aku pun lupa aku taruk apa dalam makanan tu.

Banyak sungguh kenangan manis dalam madrasah. Walaupun tak lama aku dalam tu, tapi banyak hal jugak aku buat. Makan maggi kari mentah (maggi haram dalam madrasah), nyanyi kuat-kuat, main getah dalam madrasah, main hujan di laman belakang, pegi beraya sampai malam baru balik, pegi lepak bandar bawak budak niqab ramai-ramai. Balik madrasah ustaz tunggu dengan rotan. Hahahaa.

Haih. Kenangan ❤

Tuesday 5 September 2017

Hari pertama

Dah sekolah hari ni. Wuwu. Sungguh sekejap cuti rasanya seperti semalam bermula. Waa. Over lagi.

Masa baru sampai sekolah, sorang student tetiba cakap 'ok. Baca doa!'. Rindu aku la tu kann cakap macam tu. Aku masuk kelas bagi salam (kalau ingat)  pastu terus jerit, ok baca doa! Hahaa. Memang takda main ketua kelas tu. Padahal ada jugak ketua kelasnya.

Lepas tu hujan pulak pagi-pagi. Kau rasa? Pitam kejap ingat kesedapan tidur pagi sejuk hujan kan. Tapi tanggungjawab mestilah dilaksanakan. Redhalah masuk kelas dengan mata stim.

Sambil sengih tengok kelas. Hampir 10 orang tak hadir sebab sambung cuti. Aku memang tak kesah sebab bukan anak aku. Hahaa. Anak siapa rasanya?

Ya Allah. Bosannya hadap blog ni. Dahla

Friday 1 September 2017

Raya Haji

Salam eidi adha :)
Kami raya korban di kebun. Kebetulan abang kedua buat akikah untuk anak beliau, marilah membantu di sana. Lagipun dalam estate ni apalah yang nak di lapah. Sebelum aku melapah telinga suami dengan ucapan bosan, marilah kita rempit ke kebun.

Dan, terkorbanlah seekor anak kambing. Kebetulan jugak pakcik aku &  family beliau datang. Pakcik aku ni memang terror melampau hal-hal sembelih segala makhluk, termasuklah memasaknya. Perempuan semua undurr belakang. Pakcik aku singsing lengan baju bersama menantu baru beliau yang ringan tulang macam laki aku. Syukur jugak beliau datang, dapatlah kami wanita suci ini merehatkan diri.

Masa ni kebetulan lagilah pulak generator rosak. Redha ja kakak ipar kedua aku pakai baju lama beliau berhari raya korban. Hahaa. Hal enjin mesin InshaAllah bagi dengan laki i, alhamdulillah selesai.

Ringan tulang ni bonus sebenarnya. Sebab ada ja lelaki yang bukannya berat tulang tapi diaorang takut. Bapak aku memang tak sampai hati sembelih sembelih ni. Mau sembelit beliau menahan sedih. Sama jugak macam aku. Ganas aku ni nangiss dengar kambing teriak kena sembelih. Hari tu akikah anak abang first, nangis teriak teriak aku sambil bantu dia tarik kambing. Huhu. Saya ta kuad bila dengan haiwan ni. Stress melampau bila dengar haiwan kena dera. Boleh bawak kemurungan. Hahaa. Over.

Tadi masa melapah kambing tu tiba-tiba mak dia datang mengembek ngembek. Bergenang genang air mata aku. Tapi mesti tahan weh. Ramai family. Malulah dah tua nangis-nangis. Tua mesti cool. Kan perempuan 30 an kelihatan cantik sebab matang. Waw. Paling perasan sudah ni.

Tapi memang syukur alhamdulillah. Dengan sifat  pengasih dan penyayang Allah dapatlah kami berkumpul walaupun tak ramai. Ipar first raya rumah mak dia. Sebab raya eid sebelah kami haari tu. Alhamdulillah untuk segala rezeki yang Allah bagi.

Tapi tu la.
Pakcik aku tak pernah lupa tanya aku pasal cucu. Hahaa (ketawa pedih)

Terlalu lama

Terlalu lama aku menahann diri
Waw. Menahan apa pun tak tau.
Sekarang ni terlalu bosan.
Blogger kegemaran aku semua dah jadi business women.
Takda tempat lepak bersadai.
Fb pun netizen asyik kisah rumahtangga diorang.
Macam kau sorangla yang ada rumahtangga kan.
Instagram pun makin lama makin fake.
Semua pun manusia perfect di situ.
Takda yang menggerutu macam aku. Muahaha
Twitter tak main.
Tumblr. Hermm, kalau nak tengok bakal kenangan pahit orang, bolehlah pegi sini. Taip melayu, keluar semua orang melayu yang kelayuan di situ 😂 yang bujang jangan coba-coba.
Dosa jamin sendiri.

Syukur jugak ni.
Zaman aku dulu-dulu tak berkembang sangat media sosial.
Netizen gen dota belum jadi makhluk maujud.
Masih kecik lagi budak-budak tu.

Setakat friendster ja laa aku godek
Oh ya. Dan YM. Dan satu lagi MirC tak silap. Tapi aku rasa silap ni. Aku lupa.
Pilihlah room mana kau mahu. Yang ramai atau sikit orang.
Masa main mirC tu, nickname aku adalah 'moody_gurl'. Kahkahkahkahkah. Macam bongek ja nickname tu.

Oh yes. Ada jugak main Tagged.
Ni aku lupa. Tapi ramai yang datang berkenalan dari Tagged ni. Tu ja yang aku ingat.

Tapi akhirnya aku berjodoh dengan netizen dari fb. Netizen yang suka debat pulak tu. Sampai fb dia kena hack. Padan muka. Semua dia bawak debat. Dari group murtad sampailah ke group bugis. Kalau dalam fb suka sangat debat, kau rasa in real life dia debat dengan siapa sekarang? Ni aku ni ha, bini dia. Orang yang paling malas lawan debat. Aku jarang layan debat dia ni. Kalau aku tak setuju dengan pendapat dia, aku biarkan. Sampailah akhirnya pendapat aku terbukti betul. Kalau pendapat dia pulak terbukti betul, aku pura-pura ja tak tau.

Aku dan Asri jumpa dalam group 'Kami Anti Bugis'. Dia komen atas aku komen bawah dia. Dia petik nama aku supaya aku setuju dengan komen dia. Rupanya terpetik sekali hati dan jasadku ini. Matikla kann.

Aih.
Zaman berubah, manusia berubah, mentaliti berubah.
Banyak sungguh perubahan berlaku.

Okeylah. Bosan.