SILA KLIK YA:)

Monday 21 March 2016

Kisah keliru:shopping atau jalan-jalan

assalamualaikum

April ni aku apply annual leave 2 hari. tambah dgn offday berturutan 5 hari. sayang aku tak ambik leave aku tu sebab nak berhenti kerja julai nanti. aku nak balik sabah. sesuka hati je aku ni kan. baru datang sini, eh balik lg. kuangkuangkuang. so, aku macam bingung la nak pegi mana oi cuti 5 hari.

1st tu aku rasa macam nak pegi Langkawi. kebetulan kawan office aku baru lepas dari sana. dia bagitaulah aku sana cantik sangat omaigod dan ada tempat utk stay murah rm90 utk satu malam. woww. ni sudah best dan amazingg. tapi kau taulah aku ni kan. sikit-sikit nak report dekat mak. padan muka aku sebab mak aku marah. so kalau mak kau marah kau fikir nak teruskan keee. of course takut. tak pasal-pasal nanti kita tak mintak laa, ada apa jadik. gitu. nak melancong pun minta restu. sejak bila aku jenis mintak restu pun aku tak tau.

lepas tu, aku mintakla pendapat si Nai. officemate jugak. dia cakap pegi je la ddekat Port Dickson ke, Bukit Tinggi kee. ala yang dekat-dekat Selangor nii. aku pun bagitaulah asri, tapi dia macam tak minat jee. so marilah sedih dan carik tempat lain. sekarang aku nak pegi zoo pulak. kau jangan ketawakan aku sebab aku memang suka haiwan-haiwan ni. flora dan fauna memang kegembiraan buat aku. dari aku tengok muka kau adalah lebih baik aku tengok haiwan tumbuhan sambil zikir. kalau kau asyik rasa nak menangis sambil mengumpat je. gitulah konsepnya. nak pegi zoo dgn harapan boleh menenangkan jiwa.

ataupun  ataupun kita pegi Putrajaya. tiba-tiba laki aku cadang macamtu. aku macam okey apa yang ada di sana? Google tapi sorry macam takda apa buat aku berghairah nak pegi sana. naik belon udara? big no. tak kuasa aku nak naik. tiba-tiba belon udara tu meletop dgn haba yang sangat tinggi sekarang ni, atau tiba-tiba ada masalah teknikal belon tu jatuh. ewww. seramnyaa. takutttt.

tiba-tiba aku didatangi idea. aku rasa aku nak pegi shopping murahan di Kenanga Wholesale. kannnn. sebab aku nak balik kampung ni perlulah bawak ole-ole. boleh aku belikan mak aku cadar, jubah tu semua. yeee. ada je dekat Sabah. tapi perasaan kau dapat ole-ole tu yang kau tak boleh jumpa dekat mana-mana. nak belikan bapak aku jubah yang abang sado pakai dalam Facebook tu omaigod tak perlulah. kita beli dekat kenanga wholesale sahaja ye. murah, ringkas dan cantik.

**tiba-tiba azab asar**

Thursday 17 March 2016

Kisah makanan dalam tin/botol

assalamualaikum

aku offday dua hari. so takda siapa nak di bawak mengarut, so update blog dua kali. boleh je sebab nobody care about kau punya blog pun. kuangkuang. eh sebut kuang ni ingat pulak si Kwang Soo Running Man ada dekat KLCC sekarang. kesian adik aku peminat tegar Kwang Soo tapi memang takk la kau jumpa dia dik. macam mustahil je kau akan jumpa dia. hermm. baca dekat fb td ramai netizen mcm marah-marah sebab perempuan mcm obsess dgn korean laki. teriak mcm gagak tgk Kwang Soo. yg aku tak tahan ada satu komen tu siap tanya kalau suruh ckp arab pandai ke? dia tanya peminat kwang soo. kau kenapa gila? apa kaitan. klu ya kau menyampah tetap takda kaitan dgn ckp arab. eh. ada lg lelaki siap tanya kenapa masjid tak penuh. yg aku heran ramai dtg teriak tu perempuan. kau je la g masjid sbb jd pahlawan keyboard sgt sbb tu takda laki g masjid. bengong je soalan. tanya diri sendiri. tumbuk baru tau!

eh kawan-kawan. kalau korang beli produk di pasaran korang selalu beli cap apa? aku memang suka ambik yang bumiputera. minyak masak adalah Aliff, barang tin dan botol adalah Adabi atau Agromas atau Faeza. asri pun sama. aku paling takut beli adalah bawang goreng. sebab takut makan plastik yang dicairkan. lolz. terpengaruh sangat dengan Whatsapp berantai.

produk yang aku beli ni sedap dan InshaAllah bersih. kenapa aku cakap macamtu sebab aku dah ada pengalaman. aku suka makan kerang dan keluarga kerang kerangan. so, selalu beli kerang dalam tin. sebelum ni aku selalu beli produk Y tapi selalu berlaku aku tergigit something kalau makan kerang tin cap Y ni. kadangkala pasir, kadangkala batu tah apakebenda aku pun tak tau. dan ditakdirkan aku terjumpa Adabi punya keluaran. try beberapa kali and so far semua ok. rasa sedap, dan yang penting takda tergigit pasir atau batu. aku tak suka kalau tengah makan and tergigit batu atau pasir. rasa nak muntah dan stop makan. mood swing sebab sedih tergigit pasir dan batu. hergh!

belacan pun sama. belilah yang nama dia tak pelik. aku beli dua bungkus hari berlainan konon nak buat nasik goreng belacan. sekali kau, makan pasir. seluruh nasik berpasir. sakitnya rasa sebab teringin sangat makan nasi goreng belacan versi buatan tangan sendiri. kann. gila obsesi dengan diri sendiri.

sekarang aku nak cari produk cornbeef buatan bumiputera pulak. setakat ni tak jumpa lagi. semua cap tin tu macam menakutkan. padahal dulu masa muda sukaa sangat beli cornbeef buatan dari negara China tu. sekali dah dewasa sikit baru tau tu tak halal. lolz.  selama ni makan benda haram patutlah degil nak mammmpss kan. kalau sardin of course yang famous King Cup kan. tapi aku dah jumpa Adabi so beli adabi. murah lg dari king cup tu. RM3.09 je adabi.

ni aku beli sebab kadangkala aku malas nak masak bekal utk asri. so kalau ada makanan tin, panas je. asri la yang panaskan bukan aku. takkanlah tak panas makanan aku terus jd derhaka ye tak. senang je pun. laki aku ni alhamdulillah setakat ni sangatlah baik dan berdikari. phmlah kita perempuan ni kadang mood swing sana sini. sakit pun dah banyak sebab usia dan berat badan naik. so, dia bangun masak nasik dan goreng telo bawak pegi keja pun jadik. tempat keja klu rajin dia beli sayur. aku jarang bawak bekal sbb aku rasa makanan tu mcm dah tak sedap sangat kalau dah sampai opis. nak jugak beli. saiton betul kan.

tapi InshaAllah dalam sehari aku ada masak utk laki. kalau perut dia kempis aku sedih kau tau. dulu masa dia gendut semua ejek dia. tp aku suka sebab badan dia jenis kurus papan, so klu badan naik perut dulu yg keluar. tu yg kesiannya alahai buncit. aku tak suka dia kurus salah satu sebabnya aku kena marah ngan mak aku. kenapa asri kurus, kenapa asri kurus. herghh. aku pulak kena marah oleh bapak kalau gemuk. jaga makan,  jaga makan. bapak cakap. family aku takda yang obesiti yaa. alhamdulillah semua jaga makan kecuali aku. hahaha

Kisah perfume murah dan kucing

assalamualaikum

kelmarin dulu malam aku nak beli perfume murah dekat giant tu. alaa. yang murah around rm20-rm30. the reason aku suka perfume murah sebab murah semestinya dan kau bolehlah sembur banyak tanpa rasa bersalah. kan kalau perfume mahal aku rasa macam eh sayangnya nak sembur sebab mahal. itu aku punya konsep la. sebab tujuan utama nak pakai perfume utk wangi dan tak berbau bawang. so kenapa perlu membandingkan harga. gitu. fokuskan kpd tujuan asal perfume tercipta, supaya kau tak berbau.

tapi. masa masuk giant tu laki aku cakap takyah la beli sebab dia nak belikan yg avon. alaa. avon pun murah kan. sebab dia cakap avon tu aku pakai masa the first time bertemu dulu. entah kenapa aku terhasut dan tak beli perfume giant malam tu. sekali dah balik menyesal macam nak nangis. dah lama perfume aku habis. pun giant punya jugak. terpaksa beli Pucelle buatan Indonesia tu sebab nak wangi dengan cara murah.

tapi aku pernah sembur-sembur dekat office dan officemate macam cakap oii apakah ini bau perfume kuat sangat. lol kesian aku. fahamlah kalau cologne kan. menusuk nusuk je wangiannya. yang aku heran aku tak sangka aku yakin je sembur-sembur dekat office. entah diorang tau ke atau tak kewujudan Pucelle yang maha famous masa aku sekolah menengah tu. hahahaa

so semalam laki aku cakap nak singgah masa balik kerja sebab aku offday so dia pergi sendiri. tengok hujan semalam. kesian laki aku. aku pulak dah tunggu perfume murah aku sampai. sedih lagi. tapi tak laa sampai marah ke apa. just sad. then laki cakap semalam jomlah pegi lepas hujan stop. padahal dia baru balik keja kan. kenapa kau baik sangat bang. tolong jangan baik camni dengan perempuan lain ya. aku sediakan karipap panas dua biji sementara menunggu lauk masak. goreng ayam kunyit,  nasik panas, kubis tumis. simple kan tapi menarik perhatian sampai tahap laki aku mengadu sakit perut sebab telampau tegang, makan banyak sangat.

so, semalam sampai giant terus terburu-buru masuk. pegi area perfume-perfume terus grab yang aku ingin-inginkan tu. sekali tengok eh macam ada perfume baru. restock agaknya sebab tu takda masa kami pegi malam sebelum ni. hidu sana hidu sini akhirnya pilih yang baru restock tu. vampy kiss color purple. satu lagi tu color biru. takpa, hujung bulan aku pegi beli lagi. even laki aku cakap dia nak beli avon tu, belilah bang. biar banyak perfume bini abang ni. supaya abg makin ghairah. eh kau cakap apa ni aisya. astaghfirullah. vampy kiss tau wangi manis dan yang blue color tu hermm macam bau body spray elianto warna pink. lebih kuranglaa.

ok dah bayar. then terburu-buru jugak bukak sebab tak sabar nak spray-spray. masa bukak tengah turun ekskalator yang rata tu. eh kenapakah aku explain ekskalator yang takda kaitan ni. bukak then sembur yeayyy. eh eh apahal tak da ni. pusing-pusing kepala botol pun still tak boleh keluar perfume masa sembur. ergh. kenapakah banyak sangat dugaan. asri pun seretlah aku pegi kaunter pelanggan sebab aku macam sedih sangat kenapa perfume murah je pun, tak yah laa. asri marah. bukan marah tengking ke apa, just tegas bagitau aku kena tukar sebab resit masih ada. oklah aku akur. nasib boleh tukar. kitorg siap dengar supervisor dari walkie talkie tu cakap "cepat tukar sebelum customer tu mengamuk!!" aku ketawa sebab mesti kebiasaannya customer mengamuk sebab tu dia cakap camtu. padahal benda boleh settle aku nak mengamuk apakah jadahnya kan. kejap je tunggu. memang terbaik Giant Bandar Puteri Puchong punya service. check kepala botol yang baru ok dah.

then masa balik dekat lorong kampung tiba-tiba asri cakap eh ada bunyi anak kucing sambil menonong bawak moto laju -laju. singahh bang singgahhh. tengok dekat tong sampah hijau yang besar tu, atas sampah ada kitten putih ya Allah comel dan kesian sbb baru hujan mesti sejuk. aku ambik nak bawak balik tapi asri marah aku. dia suka kucing mongmong je. aku macam sangat sedih sampai nangis dekat tong sampah tu. drama tak aku? tapi entahlah kalau kuucing hati aku yang kuat ni tiba2 boleh jd tauhu. gitu. so, selamatlah putih dan dinamakan tongtong sempena dia dijumpai dekat tong sampah.

Friday 11 March 2016

Berubah lepas kahwin 2

Assalamualaikum

sebelum masuk tahun kedua perkahwinan kami, asri adalah lain. bukan macam sekarang ya. panik kan statement ni? buahahaaaa

1. makan atas katil
aku dari kecil bawak ke tua ni suka makan atas katil. eh kalau boleh dapur gas tu ada sebelah katil je. menyampah pulak nak pegi makan menapak masuk dapur. patut lapar teruslah makan kan. nak jalan lagi kenapa kan? gitulah konsep hidupku.

tapi aku je camni. family aku tak. bapak memang tentunya mengamuk kalau aku dijumpai bawak makanan dalam bilik. sebab bapak ingat aku bawak masuk tak mau bagi dengan orang lain. sebab tu makan sorok-sorok. padahal beliau tak tau anak beliau ni suka makan atas katil sambil silang kaki santai tengok movie.

bezalaa dengan asri. laki aku ni macam manusia biasa yang lain. pembersih la konon tak makan atas katil. masa mula-mula tu dia tegur jugak. tapi kalau dah tiap hari dan jam bini dia buat  kau rasa dia mampu ke nak tegur lagi?? tak mampu nakk. akhirnya dia join sekali makan atas katil. sampai tahap meja belajar budak kecik yang kaki boleh lipat tu kami bawak berhidang atas katil. apa yang kami tak pernah makan semua sapu habis. maggi, nasik berlauk, ikan masin sambal belacan. pokok pangkalnya breakfast sampai dinner punn atas katil. ajaibnya memang jaaaaaarang berlaku sebarang tumpahan yaa. eh boleh kira dengan jari. eh macam sekali dua je tumpah. tu pun titik sambal kicap. kagum tak?

2. kentut
aku rasa macam bersalah kalau tak kentut dengan baik. kentut bunyi besar memang tak berbau ok. yang bau tu yang tak de bunyik. aku punya bunyi besar. mesti kau tak mampu bayangkan aku kentut kan sebab aku macam nampak sopan ayu kan. tapi percayalah. dan aku tak kesah kentut depan family atau laki. kecuali orang luar tu tak laa kan. terpaksa tahan sampai tahap perut kembung penuh angin yang nak keluar tapi tak dikeluarkan tu. sekali sampai rumah 5 minit kentut tak habis lagi.

tahun pertama perkahwinan tak dengar lagi kentut laki aku ni. eh masuk tahun kedua bukan main kentut kau bangg. besarnya... kalau kentut dia tak bunyi kau hati-hati. kemungkinan mati terhidu toksik sangat tinggi yaa. mintak ampun. sampai baad mood aku dibuat. boleh bawak bergaduh dengan kentut laki aku ni. tengok kan tengok.  berubah ikut perangai aku kan.

3. minum teguk botol
eh gelas dalam rumah macam tak de fungsi. dahlah aku ni jarang minum air panas macam teh, kopi tu. memang aku minum teguk je apa tempat air putih tu. kalau jug aku teguk jug. kalau botol aku teguk botol. kalau gelen ohh no problem teguk jugakk. eh kenapa kau nak susahkan hidup kau ni. nak minum pun susah kan. kena tuang air laa, lepas tu gelas tu nak cuci bagai. eh susahnya

macam biasa laaa. housemate aku ni kan suka tiru gaya hidup aku. kejap je dia sopan pastu zassssssss. minum teguk jugak. kihkihkihkihkih.

4. lipat kain
dulu masa remaja memang aku rajin lipat kain. entah lepas remaja ni macam eh susahlah. letak dalam bakul lepas sidai pastu nanti nak pakai ambik je. senangnya kann. aku dapati laki aku lagi senang nak jumpa anak seluar dia dengan cara camtu berbanding kalau aku lipat cantik-cantik. mesti tanya mana spender abang padahal depan mata jee. eh tumbuk baru tau!

so sekarang laki aku pun camtu jugak. dia dah lali dengan cara camtu. senang mudah dan tak membebankan.

5. cuci pinggan mangkuk/kain
aku suka kumpul pastu tunggu lah mood aku sampai barulah aku pegi cuci. rileklaa. kau nak pegi mana kelam kabut dalam hidup kau ni. kannn.

yang ni je laki aku tak mampu ubah. laju je dia cuci. of course aku rasa bersalah and tak suka. tapi aku nak buat camana. kalau tengah mood takde buat keja paksa diri, eh macam nak hempuk je pinggan mangkuk semua. macam nak koyak rabak je baju kain semua. sebab mood takda dan macam malas. nak baring main fb. kahkahkahkahkah. kena madu padan muka.

yang nombor 5 tu InshaAllah aku usaha supaya laki aku ikut jugak perangai aku. tenang la. terburu buru kenapa. buat stress otak je. jom tido

Tuesday 8 March 2016

Perbezaan sana dan sini

Assalamualaikum

ya kau janganlah hairan yaa. aku baru minum kopi ais tadi. mata belum menampakkan ciri-ciri tidur. marilah merepek sebab takde sapa nak dengar. terpaksalah merapu dalam ni. laki aku dah tidur. penat sebab dia keje tadi dan aku pulak offday.

tadi pegi gerai seafood makan nasik goreng masin. tapi malangnya tak masin dan ikan masinnya pun tulang belulang je dalam pinggan aku. aku ni bukan perempuan cerewet kalau makanan yaa. tapi kalau tiba-tiba aku tercerewet memang adalaaa yang tak kena. dan memang betul laa apa yang aku cerewetkan tu. dan aku biasanya akan diam membisu seribu bahasa tanpa kata sambil sedih.

eh kalau kau nak makan kau pernah tak fikirkan rasa makanan tu dulu. kau faham tak apa aku maksudkan ni? rasa yaa. bukan rupa. macam nasik goreng ikan masin tu of course rasa masin-masin and ada kepingan ikan masin yang kau akan tergigit bila makan. lepastu ada cili potong dan kau akan gigit sikit-sikit. tu la yang aku bayangkan sepanjang naik motor otw nak pegi makan tu. kau rasa apa aku rasa masa dapat makanan tak macam aku bayangkan. tulang ikan tu yang aku tak mampu nak hadam dalam otak ni. walaupun aku comel macam kucing tapi aku tak makan tulang ikan. oh tolonglah ok.

so. blacklist dah gerai makan tu.

dekat sini jugak ada gerai makan ya Allah burger besar tapi murah. Benjo rm2 tapi besar gedebak. takda gambar. nanti kalau laki aku beli aku ambik gambar. aku jarang makan burger ni. kalau makan pun order yang daging atau special. gila rakus. eh eh bahasa. tapi memang best burger dia. dekat je dengan masjid puchong batu 13 ni. lorong berapa tah aku tak ingat. lepas makan burger bolehlah pegi ngaji ke buat ceramah ke. kannn.

sini karipap tepung tebal. first aku makan karipap dalam hati terheran jugakla. eh diorang ni tak reti ke buat karipap. tebal nak mamp ni kenapa. heran sampai habis lima biji. tu lagi la heran ajaib kan. hahaha

kampung aku sabah karipap kita rangup belaka. siap ada gelembung udara kau. kalau kau buat takde gelembung kau dikira fatal. gitulah agaknya. kami juga ada karipap inti mee. tawau panggil 'jalan kotek'. ya betull. jalan kotek. kau jangan cakap aku melucah sebab tu memang nama diberikan kepada kuih tu sejak aku kecik lagi. ada kawan aku jual pusing kampung sambil teriak 'jaaaaaaalan koteeeeek'...' jalan koteeeek'. kahkahkahkahkah. kelakar pulak kalau aku ingat balik. kenapalah boleh jadi nama macamtu kan.

sini goreng pisang mahal nak mamp. kuah cicah memang janganlah diharapkan. kau makanlah pisang goreng tu kering berminyak begitu sahaja. kita tawau makan dengan sambal kicap. ada jugak makan dengan sambal belacan tomato. oh ya. kami ada goreng pisang muda tauu. kita org panggil 'sanggar peppek'. ya Allah kenapa macam lucah lagi nama makanan aku ni. tapi betul nama makanan tu macam tu. 'peppek'  tu maksudnya pukul dalam bahasa Bugis. sebutan huruf 'e'  yang pertama adalah pepet dan kedua adalah taling. kau faham tak apa aku ajar ni. tolonglah faham ok.
sanggar peppek ni kau makan cicah sambal belacan tomato memang sedap nak mamp. tiada tandingan.

itu makanan.

ni aku naak cerita kawan aku ramai non muslim. aku memang dah biaasa bergaul dengan diorang. dari kecil kawan dengan kadazan dusun murut. eh biasalah siap share minum makan. no hal. cuma aku tak biasa gaul dengan cina india. tak de kawan India pun. cina apatah lagi dipandang sepi padahal masa kecik aku berjiran dengan cina. diorang ada kedai dan pelihara seekor babi. macam hitam tak silap aku warna babi tu. sebab tu kami pulaukan tak kawan sebab ada pelihara babi. padahal tu makanan dia kan. lantak diala nak pelihara. macam kau jugak pelihara kambing sebab kau makan. pelihara lembu sebab kau makan padahal lembu tu suci bagi sesetengah orang India. so sampai sekarang aku macam terbawak ketidakbiasaan kawan dengan cina india ni. tapi aku cuba jugaklah. try bawak cerita sikit-sikit. kampung tak aku? hahahahaa

so. setakat ni je la dulu aku merepek. esok lusa sambung lagi.

Monday 7 March 2016

Berubah lepas kahwin

Assalamualaikum

tajuk macam tu bukanlah maksudnya berubah perasaan ke hati ke. rasanya hati aku tu sama je dari dulu sampai kini. sorry aku ada selit sleng Malaya sikit dalam blog. jangan kau baccat baca ya.

berubah yang aku maksudkan dari segi minat. aku memang minat menulis dan layan perasaan. macam feeling blues cenggitu. sebelum kawin aku kalau dengar lagu eh macam semua lagu cinta sedih tu ditujukan untuk aku. eh macam lirik tu ditulis untuk aku. eh eh perasan nak mampus. ya Allah kasarnya bahasa.

tapi betul yaa. sebab tu dah kawen aku dah stop dengar lagu. masa awal dulu laki aku tak tau bini dia ni ada sawan perasan kalau dengar lagu. tengah aku cek laptop ada folder lagu laki aku copy dari henfon dalam laptop tu. amboi. banyak jugaklah lagu cinta cinta. termasuklah lagu kenangan lalu kan. apalagi.  meroyan sebelum beranakla bini dia kann. padahal si kawan ni dengar je pun lagu-lagu tu. takdela macam aku yang dengar sambil menyelam sedalam dalamnya lirik lagu tu. psiko ke aku ni. sampai sekarang yee aku macamni.

tapi kelebihannya, of course ada kelebihan yaa. kalau aku dengar lagu ketuhanan aku cepat insaf. merecik je dalam hati aku keinsafan. terus rasa nak pakai burqa dan mengaji bertarannum. lepastu esok kalau tak dengar lagu ketuhanan perangai kalah syaitan. ketawa macam puntianak mengilai ngilai. cakap kasar dengan suami dan mak bapak. maki orang yang aku tak suka. ehh. perangai padahal dah 30an. bila la kau nak berubah kan. lepas ni aku kena download lagu ketuhanan banyaklah kalau camni.

lepastu. aku pandai pulak kaitkan orang dengan lagu. misalnya ada kawan cerita kisah dia tak berapa dilayan oleh bf dia. aku kebetulan tengah dengar lagu by Kertas-Kekasih yang tak di anggap. aku printscreen lirik then sent dekat kawan aku tu. mau si kawan tak terkejut eh ye ke aku ni tak dianggap oleh kekasihku. eh ye kee.  ya Tuhanku. kalau difikirkan semula kenapa aku pegi send dekat dia kan. mestilah dia sedih satu malam memikirkan kekasih dia tak anggap dia kekasih. ya Allah kenapalah aku ni makin psiko.

kau nak tau kepsikoan aku selanjutnya. aku tak dengar lagu yang pernah dinyanyikan atau di jadikan kegemaran oleh ex boifren aku. tak mungkin.  nehi nehi nehiii! memang kalau dah tak suka termasuk lagu yang kau suka pun aku tak suka! gitulah kaedah kehidupan akak dik. sungguh menakjubkan kan. akhirnya kedapatan jugaklah perangai mereng aku ni dengan laki aku. kalau kebetulan pegi lepak kedai makan tetiba keluar lagu yang aku tak suka eh kemain dia angkat-angkat kening sambil sengih ejek aku. siap cakap tu lagu kegemaran aku. ada jugak yang mati kena tumbuk ngan aku nih.

eh. camanalah aku nak ubah perangai aku yang satu ni. meronta nak dengar lagu tapi tu laa. emosi ni cepat je nak terbang terbuai ikut lagu. bongoklaa. eh ya Allah bahasa aku. sori sori.

ke baik dengar lagu Arab je lepas ni. tak paham so camana nak emosi. kan.