SILA KLIK YA:)

Wednesday 28 November 2012

helo gelfren. apa sebenarnya maksud CANTIK?

eh. kau tengok si ____________. cantik. kulit putih 'mengelembu'. glow in the dark lagi. mata besar macam bola yang masuk tiang gol Malaysia vs Singapura 3-0. bibir merah macam sudah makan sirih dijunjung. gigi rapi macam pagar sekolah. hoi. cantik sangat. 

kalau cantik definisi mak aku pulak. mata mesti bolat. kening tebal. hidung mancung. ala. macam orang keturunan Arab. kalau versi korea lain jugak definisi cantiknya. kalau orang barat jugak lain. orang Islam yang memahami ciptaan Tuhan pulak kata semua manusia itu kejadiannya cantik sebab Tuhan yang buat. 

tengok.

semua definisi cantik itu berbeza. yang kau perabis duit kau beli pemutih muka tapi leher badan kau hitam kenapa? yang korean gelfren semua pergi bedah plastik buat kelopak mata dengan hidung mancung kenapa? yang bibir nipis kasi tebal. yang tebal kasi nipis. kenapa?

supaya cantik.

kau pastikan dulu definisi cantik kau bagaimana. jangan terpengaruh sangat dengan definisi cantik bagi orang lain. macam aku. biasa jugak telagah dengan mak. maka kata kawan aku tu cantik tapi aku kata x cantik sebab aku tahu perangai iblis dia. ada aura negatif kawan-kawan aku kata. ha. kan.

kau putih melepak bagaimana, aku x pandang kau cantik kalau perangai kau 'miang' depan lelaki. mintak puji supaya lelaki-lelaki itu pandang diri kau. puipuipui. yang hitam manis aku pandang cantik sebab perangai dia cool relax. 
 
kalau gelfren cukur bulu kening aku x nampak cantik. sebab macam togel. krehkrehkreh. tapi. suka hati kaulah.

tengok.

definisi cantik kita berbeza. artis cantik bagi aku Fasha Sandha kalau dia x potong kening. Lisa Suri biasa saja. Neelofa pun biasa saja. cumanya badan dia sedap lelaki pandang. Nora Danish pun biasa saja. Yuna unik. Aisha? eh. krehkrehkrehh.

semua gelfren sekarang sibuk putihkan muka. yang sedia cerah semulajadi pun mahu jugak. haih. apa lagi yang kau mahu? putih macam kain kapan? begitu. ha'ah. suka hati kaulah.
 
gelfren. jangan obses tahap langit ketujuh dengan produk kecantikan boleh x? kasihani dirimu. syukurlah dengan betapa cantiknya kau sekarang. kalau makin cantik dengan produk x apa. kalau bawa bala?


sumber
 
 begitu. jadi sekarang. cantik maksud kau bagaimana?