SILA KLIK YA:)

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Monday, 24 June 2013

belayar ke Indonesia 2

tidur makan adalah wajib dalam kapal.
namuun. aku tetap ke sana ke mari.
mak ngan nora da mabuk laut.
aku masih still young siap tanya-tanya mak why dia boleh mabuk.
saja ja kann. mintapuji.
semua pun orang mabuk time tu. sebab kapal tengah lalu tah apa nama kawasan dia.
tapi. situ memang tempat air berpusar. menurut mak aku laah.
pernah terjadik kapal karam dan tenggelam okkeh.
orang semua pening siap baca doa segala.
tapi aku..
naik dek pegi restoran carik bakso.

ni first time aku naik kapal laut yea anak-anak.
harus liar dan kebaruan.
x banyak gambar aku ambik masa dalam kapal.
huh.
menyesal tidak berguna.



lebih kurang camnilah keadaan dalam kapal. ni bukan yang dalam room.
kalau kau mahu room punya boleh jugakk. caj dia lebih sikit.
tapi x bessttt. sebab x dapat tengok-tengok perangai orang.
bosan dalam bilikk memanjang.
melainkan kau tengah hanimun. tu memang di sarankan.
boleh bermain tanpa henti dan gangguan.
mihmihmihmihhh.



masa malam pertama tu aku ajak nora naik atas dek.
sebenarnya aku pun x pasti ni malam pertama atau kedua.
kau x sedar pun.
 







ni pemandangan dari bilik kapten kapal.
apakajadah aku ada atas sana kan?
sebab aku kenal baik dengan sorang anak kapal.
pun nama dia Asri.
bukan Asri laki aku ok? ni Asri lain.
lepastu dia bawak kami jalan-jalan round kapal ni.
siap tanya,

'mau ke atas enggak?'

sambil tujuk bilik kawalan kapten kapal.

opkossssss aku x menolak.
bilik tu sebenarnya hanya untuk staff.
nampak tu nora tengah jenguk-jenguk bawah. tu dek belakang.
ada sorang makcik tu nampak aku ngan adik aku masuk, dia pun mahu jugakk.
sekaliii kena tahan.
kesiann. lenkali geng dengan i, baru boleh masuk.
ok makcik ;p
 

sungguh cantik kaaaan. biru selamanya.
semua biru. langit biru. laut biru.
 

ha.
ni hari last atas kapal.
kapal da besedia mendarat.
nampak hujung tu?
tu la pelabuhan Pare-pare.
x nampak?


masih kurang jelassss?

-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 
 
tu diaaaa. cantik kaan?
sampai kann aku x lepaskan peluang bertenggek atas dek semata-mata hendak menyaksikan kecantikan ini.
sebelum tu. yang kubah emas tu bukan kubah masjid di Palestine ya anak-anak.
tu masjid di Pare-Pare.


lihatlah diri ini yang sangat jakun.
aku sorang perempuan antara semua lelaki di dek depan.
kahkahkahhh.


turun dari kapal. sempaaatt lagi.
kami antara yang paling last turun dari kapal.
kalau kau turun awal-awal. siap sedia kepala kau kena sondol ngan barang.
tapi.
orang-orang yang made Indonesia x kesaaahhhhh.
yang penting gua cepat sampai ke kampong gua dong.
dia kena sondol, dia sondol balik.

tapi, aku tabik arh diorang ni.
sondol bersondolan pun x da sampai gaduh okkehh.
gila professional kan.
 
 

ni yang blur-blur begini sapa lagi yang ambik kalo bukan nora.
naik bengang sebab aku asyik suruh dia ambik pic aku.
kahkahkahhh.
 


 welcome to Pare-Pare Sulawesi Selatan Indonesia. masa ni aku masih ramping lagi. sobs. sekarang gemuk gila macam kerbau Sime Darby -.-'

aku ingat lagi time Nora ambik pic ni ada sorang polis tegur.
x boleh ambik gambar.
ni stok-stok mahu mengorupsi aku la ni.
tekambeng.
dia ingat aku mahu bagi $?
boleh blah.

i am Malaysian.
keturunan aku sajerr made in Indonesia yer.

Saturday, 22 June 2013

belayar ke Indonesia

laama gila da aku dari indon ni. disember lepas. 
ada perancangan lagi untuk pegi ujung tahun ni. 
apahal laaa asyik ujung tahun. musim hujan. sebab mahu bawak adik aku yang bongsu. dia cuti sekolah time tu.
kena lagi dia PMR tahun ni.
seronoklah dia kaan. lepas stress konon-kononnya di indon. kakakaa.

indon dengan tawau ni dekat gila babi. sangat dekat okkeh. 
tapi dekat-dekat begitu kalau ikut kapal laut adalah selama 2 hari dan 3 malam. 
jadi, kalau orang tawau ni pegi tempat kau, jangan jakun sleng dorang keindon-indonan. nama pun jiran kan. demi jaga hati jiran, kita kena ada unsur indon sikit. baru ngam.  

Beb adik laki aku yang kedua, ikut flight dari KL-Makassar-Barru.
Aku, Nora adik bongsu aku dan Mak ikut kapal laut Tawau-Nunukan-ParePare-Barru.

Jadi. First step adalah menuju ke pelabuhan Tawau. Sampai Merotai Besar, singgah car wash sebab mahu cuci kereta. dak kan singgah mandi pulak kaaan. dan makan durian.

Dari kampung aku, Kalabakan ke Bandar Tawau ambik masa lebih kurang sejam setengah. Tapi kalau pelesit macam abang aku yang bawak kereta, semestinya kurang dari sejam setengah. Sesiapa ada sawan babi dinasihatkan untuk tidak ikut serta.

Sampai pelabuhan Tawau terus masuk check in. Kami ambik Andisba Express. Mak aku kata sebab pemilik bot ekspress adalah sebangsa dengan kami. choiii~ kini aku da tau aku dapat sifat racist aku dari siapaa.

sebab orang ramai sangat, terpaksa duduk atas lantai


ni laluan kecik utk masuk pelabuhan. tu org belakang tgh angkat barang, aku sebok ambik pic. mihmihmih
Aku x pasti beb ikut kapal terbang cap apa.
Aku dengan gang aku kapal laut kami cap CATTLEYA EXPRESS.
Wah. So sweet kan nama dia.
Pemilik kapal kecik ni Indonesian Chinese.

Tapi kalau di sana, Chinese pun nama kena keindonesiaan. Kalau Lee Chong Wei tu silakan tukar kepada Jokolotoyo ataupun Sopodopoyopo. Pilihlah nama yang sedap sikit. Tu cuma cadangan aku.


dalam express boat. tengok muka kami tiga. goreng seladang pun bole rangup okke? sangat berminyak.

ya Allah sesaknyaaaa.
ampun gila aku naik express boat andisba ni. 
selagi masih ada tempat, diorang sumbat.
dalam hati aku, janganlah boat ni karam. aku ni dahlah x pandai berenang.
mati kejung kang dalam laut.
dak pun, tejungkir dari tingkap boat ni.
tingkap dia hanya separas dagu aku. aku yang 149 TINGGI ini.
kalau yang 160 cm? paras dada la kan? komfom tejungkir.

sampai di Nunukan.
tengok tu benda biru-kuning yang aku duduk?
tu bukan bangku atau kerusi ok?
itu adalah tempat barang.
tu lelaki-lelaki belakang aku tengah carik pelanggan.
bukan pelanggan mak hayam ya..
tapi akan angkat barang kau dari boat exp. tadi dengan benda ni.
aku x tau nama dia apa. aku bantai duduk sebab sangat penat lahaiiii. dahlah dalam boat bising. paham-pahamlah..macik-macik bugis ni kalau becakap.
prongprengprongprenggg. suara begema satu boat.
agak-agak dalam 2 jam jugak perjalanan boat tawau-nunukan. bayangkan dalam masa 2 jam aku ngadap suasana begitu. memang lunyaiiii.

oh. diorang angkat barang bukan free ok? this is Indonesia bebeh.
sedangkan pak polisi kau kena bayar. inikan pula pengangkat barang ;p



pintu masuk nunukan. tunon taka. watever. selamat datang kali maksudnya?
anyone tidung?
aku rasa ni macam bahasa tidung.


cantik kan?
ni aku yang ambik.
masih di nunukan. kami sampai dekat maghrib.
senja-senja.
cantik amat...


aku ngan mak.
kalau yang blur begini bukan aku yang ambik.
ofkosla bukan aku pasal aku ada dalam gambar.
habis? syapa yang ambik?

budak ni lah yang mengambiknyaaaa.
adik bongsu aku.
kami bedua laa anak perempuan dalam family.
lain kan muka dia?
lain dari aku. macam arab sikit muka dia. ada mix muammar ghadaffi.




tu belakang aku tu laaa dia kapal besar yang kami naik.
CATTLEYA EXPRESS.
nampak kan benda biru tu ada lagi?
sebelum naik kapal, kami bersiar-siar di pelabuhan ni.
macam-macam diorang jual.
manala tauu. perlu time dalam kapal.

kaaan.

so. aku pun beli.
 _
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
__

_
_
_
_

_
__
_

_
_
_

_
_
 

makanaan. itulah yang paling perlu untuk aku.