Assalaaamua'alaikum :)
kali ni entri bertemakan ayu dan feminin.
akakakakaaa.
bole blahhh!
mak x pandai berayu feminin segala.
walaupun suka dengan baju corak bunga-bunga.
mak tetap seperti kayu kayan.
keras namun rapuh -.-'
ni sekarang sejak blah dari GEMS trening aku duduk rumahla jawabnya kaann.
mencanak-canak kenaikan inchi perut aku.
bukan pasal mengandung anak okkehh?
mengandung lemakk.
dan begitu juga Asri.
seolah-olah berlumba kami memboroi-boroikan perut.
dan sungguh x terasa dua tahun rupanya da berlalu degree aku.
walaupun aku agak bodoo dalam pelajaran, tapi aku suka belajar.
wakakakakaa.
statement camtaik.
aku x suka kerja. tapi aku mahu duit.
apakajadahhh?
dan.
aku suka jadi bini sepenuh masa. tapi x suka cuci pinggan mangkuk.
apatah lagi terpaksa menghadiri kenduri kendara.
haaarghhhh!
settreeeesss mak.
sambung belajar.
kalau aku sambung, sambung d UNIMAS. masscomm jugak. proposal suda siap okke? kan aku cakap, aku suka belajar tapi bodo tetappp jugak. tapi aku x hantar lagi. aku ken pikir masak-masak. kalau boleh pikir sampai hangus lagi bagus.
kerja.
aku rasa aku belum matang untuk kerja.
wadehell belum matang padahal umur sudahpun menjangkau 27 wahai aisya?
walaupun aku bitch, believe me please...aku x pernah menghadiri mana-mana temuduga ok?
masa aku kerja di Radio KKFM Kota Kinabalu dulu bukan interview namanya.
tp ujibakat.
x skema. santai-santai gituu.
baju pun x kesaaaaah. pakailah apa pun. jangan bogel sudah.
namun, kalau bogel terus ambik keja.
mungkin?
diorang just suruh kau baca berita, dj, dan menyanyi!! sial kan?
bole aku di suruh menyanyi?
betapalah bodo aku rasa untuk menyanyi walhal aku tau aku x pandai menyanyi kannn.
itu namanya memalukan diri sendiri.
kagum gilaa aku dengan kawan-kawan yang confident gila siap gelek-gelek dangdut.
maigaaaaddd!!
macam mau korek biji mata sendiri akibat telampau kagum.
sooooo. apa yang perlu aku handalkan?
o yeahh. mari MENGAJI. aku mengaji okkkehh?
surah AlFatihah.
lepas aku baca AlFatihah, terus kena ambik.
ya benaaarrr.
aku kena ambik untuk baca BERITA you alllss.
Radio KKFM ni bukan redio kerajaan.
jadik style-style baca berita tu bukan macam yang kau dengar di RTM.
guna style sendiri. boleh?
ha'ahhh. percayalaa.
x da ditelunjukkan oleh siapa-siapa punn.
hatta Felix Agus yang ketika adalah itu Ketua Segmen Bahasa Melayu.
so. apa tunggu lagi.
mari tunjukkan bakat yang x seberapa berbakat ini..
kenapa aku geli tengok jelingan mata aku yang gambar ni? tekucheng betol!
well. time tu aku kerja seangkatan dengan Richard Chai sekarang jd pengacara RTM. sekarang dia masih di KKFM. and Safwan Sawi! sekarang dia di TV3.
tu paling kiri. Safwan.
tu paling kiri. Liza Sameon. bekas peserta On Air.
boleh x aku cemburu dengan diorang?
aku?
tengah bahagia melayan lakiiiiii.
btw.
buat masa sekarang aku stick jadi bini sepenuh masa.
titik.
SILA KLIK YA:)
Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts
Saturday, 29 June 2013
Wednesday, 12 June 2013
Bersiar di Pantai Lutong Miri Sarawak Bumi Kenyalang
petang tadi pegi pantai. saksikan.
| aliff. marketing exec. baru 2 minggu keja. gud luck aliff. |
| pastu. berpeluk peluk ngan misah. sebab 21hb dia da pindah. baru sebulan di sini and pindah. hahahah |
| off courselah si harimau aisya. sedang perasan model model pantai. bluerk. |
| x tau malu masih perasan-perasan paling comel di pantai lutong. hish. pellissla kau aisya. |
cantik pantai ni. pasir halus. tapi ombak sangat menakutkan. herghh.
ramai orang dating-dating.
berbulan madu maybe. hehe.
aku lah manusia yang jugak sangat jarang ke laut pantai segala.
tapi semenjak-menjak lepas kawin ni, selalu pulak teringin-ingin menjenguk laut.
hurmm. people changed. just smile.
good night wednesday :)
Tuesday, 11 June 2013
Sunday, 9 June 2013
Marah itu dari Syaitan
Aku lah manusianya yang cepat
panas berapi baran.
Bugis. Darah-darah pahlawan
bangsawan lagi.
Manakan mahu tumpah kuah kalau
tidak ke aku.
Haruslah cepat marah kaaaan. Cepat
protes. Cepat menampar. Cepat lapar.
Dan sama waktu dengan cepat.
Tapi.
Cepat-cepat macam begitu. Cepat
jugak aku menangis.
Ang ang ang.
Pahlawan sangatttt.
Namun cepat jugak sejuk.
Wahhh. Hebat!
Aku x pandai merajuk. Lagi pula
dalam keluarga aku x ada istilah merajuk.
Kau mahu merajuk x makan, kau
lapar.
Kau mahu merajuk x keluar bilik
sehari, kau bosan.
Yang penting siapa merajuk, x
kena layan powwn.
Mungkin mak bapak aku rasa x
koser mahu layan style rajuk-rajuk nih.
Maka.
Turunlah sifat ini kepada aku.
X pandai merajuk. Dan memujuk.
Betapa untungnya Asri dapat
bini macam aku.
Kan. Kan. Kan.
Mihhihihihi.
So. Camana kalau aku x puas
hati?
Aku akan marah. Marah sambil
sindir-sindir orang tu.
Kadang-kadang aku direct tanya
atau beritau orang tu, aku marah.
Tapi. Kalau orang tu terasa,
aku pulak yang sedih.
Apakah bodo kan.
Siap pandai tacing nangis.
Tah apalah kau Aisya. X berprinsip
langsung dalam soal marah.
Sampai Asri cakap:
‘ayang kena marah betul-betul. Supaya
orang tu tau ayang marah. Dan dorang x buat lagi’
Pulak kan?
Marah pun kena ajar dengan
laki.
Dulu kala, style marah aku
hempas hambur barang dalam bilik.
Habis frame gambar hadiah dari
kawan-kawan aku masa kami main ‘sonito monito’.
Sebab tu masa tingkatan enam,
aku cadangkan kami balas hadiah bagi kain.
Ya. Kain ela. Jadi memang x
akan pecah jadi mangsa napsu kemarahan
aku.
Well. Believe me. Kain tu aku
buat baju kurung dan masih ada sampai sekarang.
Tapi.
Lepas marah aku jugak yang
penat kemas balik.
Memang ‘pandai’.
Walaupun aku x berapa pandai
marah, mulut aku memang laser.
Laser buatan shoitan.
Sekali dengan pakej jelingan
maut.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Silakan takut.
Anda sedang di berikan jelingan maut.
Macamanapun.
Marah itu dari shoitan.
Kena belajar control marah.
Macam Asri kata:
‘lepas ayang tahan marah, ayang
akan rasa kemanisannya. Macam erghhhhh. Susah cakap’
Asri memang penyabar. Marah apatah
lagi.
Paling marah pun setakat suara
bergetar-getar.
Tu kira marah sangatlah tu.
Jauhnya beza aku dengan dia.
Aku ni ibarat harimau jahat
suka mengaum-ngaum.
Dia ibarat beruang comel yang
baik hati.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
![]() |
| Beruang yang baik hati sedang makan |
![]() |
| harimau yang sedang perasan-perasan comel. |
Kbai!
Wednesday, 5 June 2013
Berpisah
Kelmarin dulu aku ke Miri lagi. Meninggalkan Bintulu buat kesekian kali. Nasib anak perantau mencari sesuap pengalaman di bumi orang. Padahal masih dalam Malaysia
-,-'
Tidak ada yang menarik di sepanjang perjalanan. Berkabus. Dari kelmarin malam hujan turun. Sejuk meresap sampai ke tulang sum-sum. Panorama menghijau membentang luas. Kelapa sawit bergugusan di sana sini. Adakala kelihatan padang rumput yang landai. Jemu tapi aku syukur.
Aku hanya tidur sepanjang perjalanan. Risau menyelubungi tatkala aku lihat hujan semakin lebat.
Tambang teksi dari stesen bas Pujut ke PPKS 25 ringgit. Jika malam sudah larut, mereka akan naikkan sebanyak 5 ringgit. Kereta persendirian juga banyak menunggu penumpang. Harga tambang tetap sama.
Aku mengirim pesanan kepada Ted. Rakan sepraktikalku di PPKS. Ted pelajar tahun akhir di UTHM. Kalau aku tidak silap. Anak perempuan tunggal. Punya orang tua yang sangat baik kepadaku. Ted juga apatah lagi. Walaupun Ted suka protes, dia baik hati dan suka menolong orang.
Untung Ted mahu mengambil aku. Memandangkan PPKS jauh dari rumah Ted, dia mempelawa aku bermalam di rumahnya. Esok terus pergi ofis bersama katanya.
Aku iyakan pelawaan Ted. Orang berbudi, aku berbahasa.
Esoknya kami bersama ke ofis. Aku memang tidak bersedia bermalam di luar. Jadi, tidak ada baju spare. Terpaksalah aku pakai balik baju kelmarin.
;)
Hari itu juga masuk seorang staff baru, Aliff Idzwan Abdullah. Marketing Exec. Student Diploma Masscomm UiTM Melaka.
Tolong doakan aku dapat kerja di RnD Sime Darby Rajawali.
Jenuh rasanya berpisah lagi dengan Asri.

Labels:
myself
Location:
Lutong, Lutong
Tuesday, 4 June 2013
Sup tulang
Kemarin dulu petang aku dengan Asri pergi rumah kak Suma. Bukan Sumo ok. Suma'. Menaiki motosikal honda berwarna keemasan milik kami.
Sampai di sana kami menyerahkan pesanan yang kak Suma arahkan. Sebuah cermin muka besar.
Selepas beramah mesra, kami meminta izin untuk pulang ke rumah. Dan siap berjanji untuk datang kembali pada keesokan petang hari untuk menikmati Sup Tulang.
Denga azam dan tekad, pada hari yang dijanjikan kami berdua sepakat untuk tidak makan tengahari. Sengaja mengosongkan perut untuk melahap Sup Tulang kak Suma.
Kami bergerak ke sana dalam pukul 4 petang. Sambil terbayang Sup Tulang semestinya.
Sesampai di sana, kelibat kak Suma tidak kelihatan. Hanya suaminya mengintip di balik tingkap kaca sambil berkata:
'kakakmu pergi rumah Manni. Ada kenduri doa selamat'
Kami berdua saling berpandangan sambil Asri memberi signal kepada aku.bahawa harapan sangat besar sup tulang itu tidak wujud.
:(
Selepas itu kami ke rumah kak Nanni. Yakni kakak Asri. Hanya selang dengan 3 buah rumah dari rumah kak Suma.
Kak Nanni tidak ada. Ruslie, anak kepada kak Nanni pun tidak ada. Yang menyambut kami adalah bapa Rusli, abang Osman. Menurutnya:
'kak Nanni pergi kenduri Manni. Pergilah di sana. Atau mahu makan kelaa muda Aisya?'
Sambil tersenyum dia menawarkan kelapa muda kepada kami. Kebetulan semasa berbual kami berada di belakang rumah beliau. Terdapat dua batang pokok kelapa, tiga pokok rambutan, dua pokok nangka dan jejeran pokok nanas di halaman belakg tersebut.
Abang Osman memang sangat mengetahui kecintaanku terhadap buah kelapa muda. Terutama yang isinya seperti 'hingus'. Arh. Nyaman~ jadi tidak hairan jika beliau menawarkan buah tropika itu sebaik sahaja melihat kelibatku di rumah tersebut.
Kami menolak pelawaan beliau dengan baik. Lagi pula kami melihat buah kelapa tersebut tidak banyak. Menurut abang Osman, Manager ladang mereka selalu datang ambil. Sampai 4 dan 5 biji sekali jolok. Kebetulan abang Osman memang pemurah.
'Diorang sedang kenduri atau baru mahu kenduri bang Osman?'
Tanyaku.
'Baru mahu. Pergilah sana bantu apa yang patut'
Zaaaaap. Laju kami minta diri.
BALIK RUMAH.
Sampai rumah. Aku buat sup tulang. Dan akhirnya kami lunch pada pukul 9 malam.
;)
Gambar sup tidak dilampirkan.

Bintulu, Bintulu
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)