SILA KLIK YA:)

Monday 19 November 2012

GAZA DI SERANG. APA PERLU AKU LAKUKAN?

sungguh simpati kasihan dan sayat hati. kanak-kanak di Gaza, di buat macam boneka sahaja oleh Zionis. tapi, apa aku perlu buat?

dan kalaupun aku mahu jadi sukarewati di Bumi Gaza, aku akan mati hanya dengan mendengar bunyi peluru dan bom. bukan mati di Bom. dan sebenarnya, aku takut untuk ke sana. takut dengan senjata-senjata darah sana sini.

aku tidak tahu perang itu bagaimana rasanya. aku lahir selepas negaraku merdeka. tengok manusia buat demo di negaraku pun aku benci. aku hanya bilang mahu mati syahid, tapi hafaz Qur'anku yang hanya beberapa juzu' pun tidak mampu aku jaga.

aku terlalu ingin ke sana. mendukung anak-anak yang tidak berdosa itu lari berlindung dari muncung senjata manusia syaitan. tapi. aku tidak punya daya. ibu bapaku di sini pun aku masih layan tidak layan.

kadang juga terlintas di fikiranku. kanak-kanak itu mungkin sengaja dibunuh, kerana mereka generasi berguna untuk agama. kanak-kanak di Bumi Gaza ini menghafaz Qur'an sejak kecil. perlu dihentikan tumbesaran mereka. dan ya. hapuskan dengan membunuh mereka.

dan.

kita di Bumi aman Malaysia ini terperuk dengan berita anak-anak saudara kita dihujani bedilan peluru. apa kita perlu buat? menangis? ketawa? kasihan? urut dada?

mungkin.

kita perlu tingkatkan iman dan takwa kita. mereka itu matinya syahid. mati mempertahan agama dan negara. kita? belum tahu dan belum pasti.

dan. 

aku juga tidak punya wang berjuta-juta. untuk di dermakan. tidak punya aset untuk diberikan. lantas apa yang aku perlu lakukan?

ya. doa. berdoalah kerana ia SENJATA orang mukmin.

untuk derma boleh lihat di laman ini: www.amanpalestin.net

http://palsolidarity.org/wp-content/uploads/2012/11/gaza.jpg

semoga Allah ampuni dosa kita semua. aamiiin.