SILA KLIK YA:)

Thursday 18 September 2014

Similajau National Park Bintulu Sarawak

hai. assalamualaikum :-)

sabtu lalu cuti TYT Sarawak hari jadi kalau aku x silap. kami x rancang pegi manapon. bangun and tido balik and bangun pukul sepuluh pagi. lepas tu breakfast bihun goreng. asri dengan spende birunya layan tv, aku pulak layan henpon. aku godek godek berapa bayaran masuk Similajau National Park.

RM10 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. bukak start pukul 8am and tutup 5pm. tapi yang tutup tu opis dia ja. after 5pm tu ada ja orang masuk. free pulak tu. gate bukak tapi xda jaga. cuma x dapat pegi jungle trackinglaa sebab dah malam. mandi laut pun agak susahlaa. melainkan kau spesis berani gila, silakanlah berkuak lentang.

sementara laki tengah blur sebab baru bangun mari kita terjah ajak dia pegi. aku sambil suruh asri siap sambil pack semua baju untuk pakai salin. tuala, spende, bra, dan baju masing-masing. bawak jugak sepasang selipar masing-masing.

lebih kurang pukul sebelas kami rempit. nasib baik bapak kahar bukak workshop awal. sempat ganti tiub tayar moto. pastu singgah bank dan beli kudapan, air and roti. x dilupakan painkiller dan minyak sapu. manataula kan.


jarak dari simpang 7km. nek moto sampai 30minit laa. agak teduh sebab kiri kanan pokok.


 ni happy sangat la konon sampai menari nari. kami sampai tengahari. matahari mencanak tepat di kepala. ganti baju dan tido dipondok tepi laut. pukul dua barulah kami masuk hutan. jungle tracking.


sebelum masuk hutan kita mesti lalu jambatan gantung ni. x tinggi manapun. tapi kalau jatuh ada buaya sambut.


dalam hutan banyak bukit bukau. kita naik tangga akar kayu. mencabar jugak. jantung aku jangan cakaplaa. sakit woi. padan muka sebab pemalas bersenam.


ni da sampai separuh jalan. setengah km lagi sampai checkpoint pertama. fyi, ada 10 checkpoint dalam hutan ni. setiap checkpoint jaraknya 1km. dan disetiap checkpoint ada tarikannya tersendiri. checkpoint pertama ni view point nama dia. kelapan dan sembilan pulak turtle beach manakala checkpoint kesepuluh golden beach. lain checkpoint aku x ingat. kami mampu sampai checkpoint pertama ja sebab dah tua cepat semput.


yesh. dekat da.. dekat. sikit lagi bang. bertahan okey.


and finally. sampai pon kita. sinilah checkpoint pertama. dipondok ni orang tengok anak bulan puasa dan raya. cantik ya Allah. kita dapat tengok laut china selatan lepas tanpa sempadan.


aku mahu turun dekat batu tu, tapi asri belalak belalakkan mata masa aku sampaikan hasrat tu. sebelum bijik mata dia tekeluar ada baiknya aku pendamkan hasrat tu.

lepas lepak dalam setengah jam kami balik ke pantai. sampai terus lompat dalam laut. asri mintak puji sangatlaa. benci betul aku. dia pegi jauh tengah laut. adoii. takutnya aku. padahal x dalam mana pun sebenarnya. tapi aku trauma since kejadian di Pulau naik banana boat. ada masa aku up story. aku teriak teriak sampai mahu putus urat leher suruh dia balik tepi laut. hishh. ingat balik ni pun rasa mahu hempok kepala dia dengan batu. kalau lemas ingat aku ni pandai berenang? hishh.

kalau mahu bermalam sini pun okey sebab ada chalet dan asrama. harga asrama empat katil around 50ringgit. chalet dalam 100ringgit. tepat jam lima kami balik dan chekcout tandatangan. kita kena tandatangan kalau masuk jungle tracking dan keluar pun kena tandatangan.

ok. itu sahaja. baibai