SILA KLIK YA:)

Thursday 21 April 2016

Kisah Taman Botani Putrajaya

assalamualaikum

so akhirnya aku mengalah dan ikut pegi Putrajaya. aku cuti 5 hari,  dlm bilik hadap movie mmg basi la. so asri mungkin ckp alahai kesiannya kau perempuan. sini aku bawak jenjalan.

kami gerak tengahari sbb dua-dua pemalas suka gerak perlahan-lahan. mandi pun nak gaduh suruh sapa dulu. akhirnya gerak pukul 1pm. matahari mencanak canak ats kepala. ketiak banjir alahai. memang aku dah suruh asri pakai baju putih siap-siap dan lengan panjang supaya tak bahang sangat. singgah shell dkt kampung isi angin tayar moto.

sampai dalam 20 minit.

terus tgk peta. kecik je taman botani ni. Putrajaya ada beberapa taman, taman wetland salah satunya. lain aku tak ingat. masuk semua free. taman botani ni takdelah hebat sangat. sesuailah dgn sifatnya yang percuma. hahaha. semua spesies pokok diorang tanda sekali dgn nama saintifik. so aku macam tak kuasa nak baca satu-satu. yang aku tau kau semua adalah pokok. jalan sekejap lepastu dengar suara-suara sumbang mengeluh penat. okeylah, jom sewa basikal.

basikal rm2 utk sejam. ok murah. dan tak mungkin kau akan lebih sejam pusing taman sebab taman ni tak besar mana. lagipun banyak bukit. aku gendut so kau rasa aku mampu ke atau mampus masa naik bukit dgn basikal? letih sampai terjelir lidah tolak basikal. kau tengok dalam gambar memanglah alahai sweet. kau tak tau pengorbanan yg aku buat. tapi seronoklah sbb bila lagi kau nak naik basikal dengan laki kau kan. bukan semua bini dlm dunia merasai pengalaman berbasikal bersama suami. gitulah agaknya.

flora banyak jugak dalam tu. spesis buluh paling banyak. cantik2 buluh tu. rimbun meriimbun. pokok beringin pun banyak tak terkata. sampai bergayutan asri tak ingat tu pokok hantu. mentang-mentang siang kan. lpstu masuk terowong bunga kertas. ni pun best tapi tu laa. kalau spesies bunga kertas pelbagai warna kan lagi cantik. diorg buat satu warna je pink keunguan. bolehlaa.

dah penat cari makan. so kami pegi alamanda. tak de apa pun dalam ni. tapi surau dia bapak luass. seronok je dalam tu mcm tanak keluar. telekung pun bersih tak bau dan macam mahal. hahahaa. kami pergi weekday jadi memang tak ramai orang. i likee. petang sikit gerak pegi dataran Putrajaya.

masjid Putrajaya ni alahai cantiknya ❤ kena dengan matahari terbenam ya Allah saaangat amazinggg. macam-macam aktiviti aku tengok orang buat.  pelbagai etnik jugak yang datang. ambik gambar sana sini, jogging, berbasikal. sebelah masjid ni Putrajaya tu laa. yang bangunan kubah hijau. sebelah kiri masjid nun jauh kau boleh tengok jambatan wawasan 2020. sebab dah malam liplapliplap je jambatan tu. cahaya bertukar tukar. orang macam aku ni suka je hal-hal camni. takdelah cantik sangat sebenarnya selain masjid tu. tapi aku ni okey je 👌

kalau bawak family bolehlah. mak dgn bapak aku mesti suka sbb tgk tempat Najib kerja. hahaha.