SILA KLIK YA:)

Wednesday 14 November 2012

Wanita dan Lelaki baik

kau mesti pernah dengar:
 
'wanita keji untuk laki-laki keji dan lakilaki keji untuk wanita keji. wanita baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki baik untuk wanita yang baik'

dan pepatah ini biasa digunakan bila putus cinta. krehkrehkreh. x da maknanya. tapi, aku jugak biasa mempersoalkan kalau begitu kenapa ada laki baik dapat bini curang? dan kenapa ada bini baik dapat laki suka pukul-pukul? 

ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayangi Aisyah.

sumber: http://wanwma.com 

ceritanya di sini. kalau perempuan itu kaki clubbing, mesti dia selalu pergi clubbing. jadi nanti berkenalan dengan lelaki clubbing jugak. sebab suka hidup ala clubbing-clubbing. kalau lelaki selalu pergi masjid, mesti dunianya banyak di masjid. dan inshaAllah peluang besar jumpa perempuan baik-baik. begitula secara tuntasnya. 

tapi.

kau jangan lupa, jodoh itu masih rahsia Allah. kalaulah semudah itu mencari jodoh, semua pun mahu yang baik-baik indah belaka. kalau x, kenapa status kau impikan wanita-solehah-yang-mampu-didik-anak-aku kelak? kalau baca Solat kau masih prungprangprokprek, masih playboy sana sini, masih kerja-kerjakan wanita lemah: tolong sedar diri kau. wanita idaman wanita solehah konon. puiiipuiiipuiii.

kalau lelaki baik untuk perempuan baik, habis Firaun dengan Asiah tu pulak?

haaa. tu yang aku cakap jodoh tu masih rahsia Allah. DIA bagi kau bini derhaka mungkin untuk uji keimanan. DIA bagi kau laki zalim mungkin untuk uji takwa kau. tiba-tiba bini jadi solehah. tiba-tiba laki jadi soleh. kan selesaaaa. masuk saja pintu syurga dari mana kau mahu. yang pasti semua ada hikmah. 


tapi kalaupun kita sudah usaha dan pasangan masih degil, cerailah jalan terbaik. sebab itu Allah halalkan cerai walaupun itu perkara paling DIA benci. 

lepas ni, kalau putus cinta jangan sebut pepatah tu. x sesuai. yang sesuai adalah:

'lelaki baik akan terus datang jumpa bapak perempuan melamar dengan cara baik. bukan bawak anak perempuan dia dengan cara keji usung sana sini'

semoga Allah ampuni dosa kita semua.