SILA KLIK YA:)

Friday 30 November 2012

helo kesihatan. siapa sini kerap KENCING?

aku. aku. aku. ish kau sya. tanya orang rupanya kau. jadi ceritanya kau ni penderita kencing selalu lah kann? sobs. sedih hidup kau. 

memang sedih. kencingnya x menderita. tapi. bangun dari tidur mahu ke jamban itu yang derita langit ketujuh. sedap-sedap mata mahu lelap tiba-tiba ada air mahu keluar dari saluran urethra. baccat hoi. kadang-kadang sakit hati tengok orang sebelah seronok tidur, aku bangunkan suruh temankan aku. dengki sebab aku balik-balik bangun pergi jamban dia seronok tidur. 

aku pernah pergi klinik universiti aku dulu. hoi. bila kau ada universiti sya. yalah-yalah. universiti malaysia sabah. doktor cakap hal kencing selalu ini bagus. terkejung jugak aku dengar. sebab bagi aku seksa ya Tuhann. kau minum air setitik. setitik tu jugak yang keluar. manakan kau x rasa mahu tambling dalam jamban.

tu satu hal.

lagi. kau kena pakai pantyliner sentiasa. supaya keadaan di sana kering dan bebas dari jangkitan penyakit. kalau x ada pakai tisu atau tuala pun ok. jangan main-main dengan penyakit vagina makcik oi.

tapi.

ini bukan penyakit vagina. selalu kencing adalah penyakit pundi kencing terlalu aktif atau bahasa penjajahnya overactive bladder (oab). hoi. gila punya pundi. aku x bagi minum susu pun pandai aktif. kau hada? x hada kann.

Kajian yang dibuat, wanita di 11 negara di Asia 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah selalu mahu kencing tidak kira masa dan ketika.

mungkin pundi aku berumur 29. sebab. umur aku sekarang masih 26. bersangka baik.

Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, cakap OAB boleh di tengok dari tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia). macam belajar biologi gituuu.

ha. tu semua ada dengan aku. memang sah.

jadi.

ini penyelesaiannya.  Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru Solifenacin atau Vesicare. boleh tanya difarmasi depan kong fah tawau. dibangunan servay/parkwell tawau. bagi yang x suka makan ubat-ubat atau x percaya pada ubat boleh guna cara di bawah:


Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
Jauhi minuman kafein.
Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
Kekalkan berat badan yang ideal. 

sekian terima salam. lepas ini pergi farmasi beli ubat kau sya.