SILA KLIK YA:)

Friday 28 December 2012

Antara cita cita. Laki. Makbapak

Aku perempuan yang ada impian. Suka dengan wang. Suka shopping. Suka makan. Pointnya di sini aku mau cakap: aku ada impian.

Dari kecik aku tulis dibuku rekod aku, aku mau jadi wartawan. Kalaupun bukan, kerja itu ada kaitan dengan dunia dunia penyiaran. Sampailah aku ke universiti. Aku ambil masscomm. Dan. Graduated.

Selepas itu, aku kahwin. Kenapa terus kahwin?

Sebab satu: sayang pastinya. Sebab dua : makbapak selalu jadikan alasan aku tidak punya mahram untuk sambung belajar/kerja jauh jauh.
Sebab tiga: agama.

Sebelum aku kahwin aku fikir hidup ini hanya semudah tarik rambut mati laki aku.

Bagi aku, sudah kahwin aku mahu sambung master pastu phd pastu blablabla. Aku fikir aku akan dilepaskan oleh makbapak aku sebab laki sudah ambik alih aku dari diorang. Aku fikir husband aku akan sukacita biarkan aku jauh yang penting masih dalam satu negeri.

Semua fikiran meleset. Habis impian aku? Get lose dengan impian kau sha.

Makbapak kau sudahpun atur supaya kau jadi guru kafa. Ya. Ustazah. Mulia. Sangat mulia.

Laki ok aku sambung. Jangan jauh sangat. Ok. Aku boleh terima walaupun aku tahu risiko adalah amat tinggi untuk kami jarang bersama.

Habis impian aku?

Pergi MAMPUS dengan impian kau. Tiada siapa yang faham kau Aisha. Kau psiko dan gila. Kau perempuan. Ikut arahan makbapak dan laki. Kalau tidak, neraka jahannamlah tempat kau.

Kau spesis mahu diturut. Tidak mahu diatur. Kepala keras degil batu. Susah runding. Kencang. Hati batu. Lenturnya berbalik. Pointnya: kau susah dilembut.

Tapi.

Bila aku fikir balik. Dalam keadaan aku tenang dan sendiri. Ya. Ada baiknya juga begini.

Aku tahu. Makbapak sangat paranoid. Takut aku tidak punya kerja pada masa depan kelak. Hanya bergantung sama laki. Sedangkan aku degree. Omaigod. Biasa. Makbapak aku konservatif.

Aku tahu. Laki bini tidak boleh tidak mesti selalu dekat. Satu, proses anak. Dua, bini paling bagus masak untuk laki. Tiga, laki imamkan bini. Kalau jauh, mahu tidak kena escape semua itu. Pahala ada. Tapi. Tidak sebanding banyak kalau berdekat dekat lakibini.

Fikir sebelum apa apa. Aku dalam dilema. Antara cita. Laki. Makbapak.

Hidup ini risiko. Baibai.

Thursday 27 December 2012

Selamat Bertambah Usia Aisya!

27.12.1986

Emak.
Terima kasih untuk semua.
Kasihmu sayangmu cintamu.
Yang penuh berkah.
Yang tulus merasa.
Yang ikhlas menongkah.

Bapa.
Aku tahu aku anak degil.
Aku mohon dengan sangat.
Dengan sangat.
Ampunkan dosaku padamu.
Supaya Allah juga rahmati aku.
Selepas bapa memaafi.
Ampunkan aku bapa.

Abang Mujahid.
Sungguh kau tahu aku adik liar.
Punya perasaan dan cakap kesat.
Maafkan khilafku.
Selama aku menjadi adik perempuanmu.

Abang Muhajir.
Terima kasih.
terima kasih.
Untuk semua jasa dan budimu.
Allah memberkatimu sekeluarga.
Untuk segala kebaikanmu padaku.

Adik Akki, Beb dan Jo
Heh.
Kakak belum kerja.
Ada rezeki baru kakak belanja ya.
Doakan kakakmu.
Yang hanya satu di dunia :)

Adik Nora.
Tidak ada sepertinya dalam hidupku.
Yang tidak kusedari.
Sudah melewati hari gadis.
Kuatlah menjadi seorang wanita adikku.
Kakak sangat mencintaimu.

Dan suamiku.
Syukur syukur syukur.
Dipertemukan diri hina ini.
Kepadamu.
Semoga sabarmu selalu begitu.
Semoga hatimu selalu dihatiku.
Semoga hatiku selalu dihatimu.
Semoga kisah hati kita sehingga ke syurga.

Kau sudah melihat sendiri kan?
Betapa aku menangis saat aku takut tidak menjadi bidadarimu di syurga kelak.

Maafkan aku ini, isterimu yang selalu cengeng.
Jangan pernah bosan.
ALAF.

Tuesday 25 December 2012

Suka

Aku ni. Sejak dulu kala sangat suka benda benda yang selalunya budak budak suka. Dari makanan sampai ke sticker sticker. Dari warna warni sampai ke satu warna. Dari pen sampai ke buku. Dari lukisan sampai ke pensil warna.

Dan.

Itu bukan faktanya kau boleh cakap aku macam kanak kanak atau budak budak.

Dunia ni luas bang oi. Kau bebas minat dan suka apa yang ada dalam muka bumi ni. Kau suka binatang, sukalah. Kau suka makanan, sukalah. Suka suki kaulah.

Tapi.

Kau jangan hina suka orang lain. Sebab. Semua orang dimuka bumi ni tidak menyukai pada kadar yang sama. Macam kau. Gila amat dengan katak. Ada orang. Geli amat dengan katak.

Tapi.

Orang lain diam. Biar saja kau dengan katak katak kau. Kau pulak yang bising cakap kesukaan orang bla bla bla. Setiap saat update status cakap x suka. Boleh blah. Macam katak suka ong ong ong sana sini.

Semak wall aku kau buat. Tapi. Aku x sampai hati pulak block kau. Mahu hidekan kau pun x sampai hati. Sebab. Kita pernah satu sekolah ;)

Baibai.

Thursday 20 December 2012

Tajukkan saja.

Beberapa malam yang lalu. Aku dan asri meluah rasa. Tentang masa silam aku dan masa silam dia. Hoi. Ngilu. Menusuk. Kau sangka cerita cinta lalu itu sedap? Puih. Tahi. Cerita cinta aku. SEMUA. Aku cerita tanpa sekelumit rahsia. Dan. Begitu juga dia. Kalaupun dia menipu aku itu urusan dia dengan Tuhan.

Semua lelaki yang hadir samada dengan janji palsu atau kurang palsu atau datang dengan lagak alim atau gangster. Semua aku rungkai. Ngilu tahu? Dan bodo.

Kami menangis bersama dipenutup cerita. Berpeluk erat. Sobs. Sedih.

Kau berani? Cerita masa lalu kau yang buruk baik dosa pahala dengan laki bini kau? Yah. Aku tahu. Past is past. Jangan toleh tengok belakang lagi. But. Dalam past itu ada kenangan. Yang pahit. Yang haktuih. Yang arghhh. Aku benci. Sambil kau ketap gigi bila ingat balik.

Sebelum salah satu dari kau mati dulu, aku nasihatkan kau ceritalah semuanya. Kalau laki bini kau sedar dunia ini semua palsu dia akan terima semua dengan redha dan pasrah. Kalau dia x terima hakikat cerita kau, boleh tampar pipi dia. Tolak kepala dia. Dan cakap.

"Kau ingat ini syurga? X ada manusia yang x buat khilaflah bengong".

Dan senyum :)

Memang aku sangat syukur, punya usaha dan jodoh untuk asri. Yah,imamku yang nyata. Yang kala aku buka suara kisah laluku dia turut luka. Yang saat aku cerita sakit hatiku dia rasa siksa.

Yang penting, kami masih persoal 'apa itu cinta?'.

HAHAHAHAHA.

Aku mahu masak. Kbai :)

Tuesday 18 December 2012

Tidak semudah ucapan

hai. sekarang aku di bintulu. penat. sekarang minggu rehat untuk aku. apatah lagi x lama hari lahir. asri tanya mahu hadiah apa? aku jawab. mahu abang jadi suri rumah selama satu hari. masak cuci baju. pokoknya SEMUA dia kena buat. sambil aku senyum kerang. dasarrr kan.

subuh tadi kena paksa paksa baru dapat bangun. asri solat surau. aku rasa bukan subuh tadi. semua subuh pun aku berat bangun. bapak shoitan mana yang letak batu di mata aku. x mahu terbuka. haihh. asri penat dan aku faham perasaan dia. akhirnya. selepas lama bincang bincang kami jumpa idea bernas dan mantop.

cara untuk buat aku bangun cepat adalah PASANG MUZIK KUAT. gerenti tatappp bangun. dan masalah selesai.

aku terpaksa bangun jugak. hoi. bising tuuu. xpa la terpaksa. lama lama rela jugak tu. alah bisa tegal biasa bha kan. heh. tu la. masa muda solat subuh ikut masa KL.

masa aku belum kawin dulu. selalu aku pikir alangkah indah aku makmum di imamkan laki aku. memang indaaaaaaah. tapi. kau sangka pelaksanaan itu semudah kau pikir? NO. untung aku belum kerja. masih punya masa berimam makmum. kalau kerja? pagi keluar malam balik? say gudbaibaibai to aku makmum kau imam. laki solat masjid/surau lain cerita.

masuk bab masak. dulu kau bayangkan indah berdua melompat lompat kau pasal laki cucuk pinggang kau time masak. lepas kawin? puihh. x ada. NEHI. semua bayangan hilang. sebab mak mertua kau yang masak. hahahahahahahahahahah. sabar. kejap lagi kita beli rumah lain ya sayyang :)

bab baca Al-Qur'an sama sama. masa belum kau kawin impi baca kitab sama laki. kau salah laki betulkan. laki salah kau betulkan. untung kalau salah satu terror. kalau dua dua x tahu mana salah mana betul? belajar banyak-banyak masa bujang ya anak-anak sekalian. terutama bab agama. sekali lagi, AGAMA. sangat penting selepas kawin. untuk saling mendidik laki bini.

bini ni. kalau kena taktik memang menjadi didikan laki. kalau x. sedia perang dunia. kena bini kuat bebel. hiiiiks. seram aku pikir. aku yang bini ni pun alergik bebel. lagi pula laki kan kan kan. para bini, kalau laki buat salah jangan bebel. lempang sekali cukuplah.

okbai.

Monday 10 December 2012

Penat

O Tuhan. sangat penat. semalam baru sampai kk. 17 jam dalam bas. lusa balik bintulu. lagi. x tahu berapa jam.

syarikat bas bintulu-kk perkhidmatan macam tahiks. sepatutnya aku gerak 3.30am. bas datang 6.40am. tahik. aku tanya penjaga kaunter yang bukak 7am. tapi. dia buat muka x ada salah. selamba tongol. cakap bas lambat.

aku serius setuju bintulu dhaifffffff. kau jangan melenting.

stesen bas. pun x ada kedai 24 jam berdekatan. betul-betul kau kena survive okehh. hotel gila mahal tapi bilik macam 6@61.

so. sesiapa mahu ke bintulu. tahan mental ;)

Tuesday 4 December 2012

Selamat Hari Lahir sayang

hai. saya lah asri. asri yang hari lahir pada 4 disember 198_. dan. bini saya comel. kbai

Selamat untukmu lelakiku. 

yang selama ini jenuh ku cari.
yang keluh kesahnya disembunyikan dariku 
supaya tidak dibebankan diriku.
yang sabarnya menggunung saat aku merinting gering.
yang jiwanya kuat dengan kasih sayang.
yang cintanya setiap hari kurasakan hamparnya.
yang hatinya tahu di mana perlu diletak. yah. dalam hatiku mestinya.

(koma) 

lelakiku. terima kasih kepadamu.

yang tidak kacau bilau saat masalah membadai
yang selalu cool jika aku bertukar jadi syaitannnnnnn
yang hati lembutnya diberi ketika aku memuntah marah
yang air matanya menyejukkan rongga-rongga darah menggelegakku. 

(koma)

lelakiku. terima kasih kepadamu.

yang sabar saat aku membuli
yang kental menjaga ketika aku dicucuk duri
yang tabah tika aku menarik rambut dan mencubit kuat. hik hik hik

(koma)

lelakiku.

jangan pernah berhenti cintai aku
jangan pernah mahu berubah
kerana
perempuan cerewet seperti aku
hanya aku seorang di dunia ini =.='

(titik)

selamat menempuh hidup sampai syurga bersama aku. jumpa lusa. jangan nakal banyak-banyak. nakal sikit bolehhhhhh. baiii ;)

Monday 3 December 2012

Kalabakan ke bandar Tawau

kelmarin pergi jamuan KAFA. acara makan-makan x mungkin akan ditolak tepi oleh kau kan syaaa. bak kata bidalan. rejeki jangan dibuang-buang. nanti kau cari balik, time tu xda. baru kau tau. 

penuhlah kembara puang ustaz abdul hak dibuat aku, mak, ipar, anak ipar dua orang, laki ipar iaitu abang aku dan adik aku nora padahal bapak x ikut punn. sampai dewan belia tawau jam 9++ pagi. parking. macam biasa. bab makan aku paling laju lompat dari kereta okeh. sampai dewan semua orang sudahpun datang duduk dengar ucapan penyelia. kami anak beranak selamba seperti badak. carik kerusi kosong.

selang beberapa ucapan, datanglah berduyun-duyun makanan. masa orang berucap mata aku bukan main ramai syaitan bermain-main. nampak makanan pandai pulak kau hilang ya syaitannnn.

selepas menghentam makanan bertubi-tubi sampai perut tambah boroi ada sesi bergambar-gambar. tapi tapi tapi. aku sempat tapau udang goreng salut tepung. bungkus dengan tisu okeh? jangan membazir. ha ha ha. bergambar? nantilahhhhhh. makanan dulu.

dari kiri sudah kawin. dari kanan jugak sudah kawin. tengah? oh. itu paling sudah kawin. anak buah aku aleya bengang sebab aku lagi cantik dari dia. haktuihhh.

aku dan nora adik bongsu aku dan kami berdua sajalahhhh anak perempuan T_T. muka beza. perangai beza. dia cantik dari aku. sobs. okbai
lepas dari dewan. pergi belanja-belanja sekejap. aku tunggu di kereta saja. panas menggila bandar Tawau kelmarin. malas kasi tambah hitam muka yang sedia maklum hitam ini. berdua dengan anak buah aku. ain.

wajib makan ais sebab cuaca yang sangat panassssss.
 oh ya. sempat ambik gambar ini.

macam harga diBintulu jauh gila sawan harga photocopy dia. puihhhh. i lov tawau. eh? jangan marahhh bang =)
 lepas tu. kami balik. singgap sekejap di taman muhibbah tawau. macam biasa. harusssss snap muka walaupun sudah berlendirrrr akibat mentari yang membakar.

di x-large. sebab pic last. kau tengok? gagah dan berani ambik pic tengah panas? kau beraniiiiii.

oklah. aku mahu packing barang. timbang barang. lusa terbang ke kota kinabalu. tulat ke bintulu. ho yeh. jumpa asri! 

Saturday 1 December 2012

EMAK MERTUA

ini cerita rambang pasal keluarga aku.

tadi. sebenarnya malam tadi.

mak tanya mahu bawa apa ke Bintulu. aku jawablah sebijik-sebijik. baju asri. tuala kecik untuk asri. amplang untuk asri. ikan masin untuk asri dan untuk kakak-kakak asri. pokok pangkal. semua ada kaitan dengan asri. sengaja aku cakap begitu. supaya mak bangga. anak dia isteri mithali isteri sejati. ha ha ha

lepas tu mak sambung lagi.

untuk mak mertua kau?

hoks. lamaaa aku tengok atap. ha'ah. mahu bagi apa? susah. sebab aku x pernah jumpa beliau. bercakap punnn x. ajaib kan? kau mampuuu?

disember nanti. inshaa Allah beliau datang. dan dan. sudah pasti tentu pergi lawat anak bongsu kesayangan beliau merangkap laki kesayangan aku. mati aku. memang mati. tegang urat otak fikir. hoi. susahnyalahhh. add math lagi susah ekceli.

kenapa susah?

ha'ah lah. ketawa kuat. kentut merata-rata. suka buli asri. main geletek sana sini situ. tarik rambut asri pastu lari. pukul asri kuat-kuat dan lari lagi. cubit asri dan lari lagi lagi sampai penat. kalau x dikejar aku memang marah gila dengan asri. nanti beliau datang bagaimana aku melakukan semua itu? mesti beliau akan cubit aku sebab buli asri si anak bongsu. sobs. T_T

dan. 

paling aku harap sangat ikan goreng bukan makan feveret beliau. kalau x...memang tolong galikan kubur untuk aku. hoi seram. goreng ikan depan mak mertua.

bagaimanalaah aku akan beradaptasi dengan beliau nanti. susah jugak kalau aku x senyum ketawa. muka serius aku ni bikin beliau mimpi ngeri. mimpi hantu. sebab muka aku macam kena tampar hantu kalau serius. hantu pun takut kalau tengok. garang. walaupun sebenarnya tidak.

masa asri bagitau mak mertua mahu datang, banyak jugak soalan aku tanya dengan asri. ni ni antaranya. ekceli banyak lagi. tapi kena tapis. x pasal-pasal kena cubit telinga semua mahu ditempek di blog. kau fikir aku x ada meja editorial? mesti tapis setapisnya. tu fungsi asri dalam dunia blog aku. he he he

mari kita terus kepada persoalan aku tentang mak mertua yang belum pernah ditemui.

soalan satu:

'bang. mak tu kasi manja orang x?'

yalah. aku ni kadang-kadang lupa bukan semua mak-mak ni sama. mak aku lain. mak mertua lain. nanti aku manja-manja. ketepekkk. kena sebat. sobs T_T. eh. buruk sangka.

asri jawab.

'x. mak x memanjakan orang. hermm'

hermm dihujung ayat tu tandanya asri pun ikut bimbang. krehkrehkrehhe. kesekian kalinya. MATI aku. 

soalan dua: 

'bang. mak tu serius x?'

kalau serius. aku akan keluarkan jurus serius aku jugaklah konon. tapi. asri jawab.

'hermm. mak ni biasa-biasa saja sayangggg. x serius'

soalan tiga: 

'bang. mak cerewet x?'

yang ini penting. supaya aku x menimbulkan sebarang hal yang boleh mengakibatkan kecerewetan beliau. misalnya. potong bawang x lurus. so. aku kena guna pembaris. 

atau aku minum main teguk botol dan air dalam jug tu tanpa gelas. siap bawak asri anak beliau supaya berjemaah teguk x guna gelas sekali. nanti x pasal-pasal kena cakar oleh beliau. mampuss aku kannn. bukan mampus kena cakar. tapi mampus bercakaran sebab aku pengaruh anak beliau yang bukan-bukan.

aku ni kan pelik tapi betul orangnya. betul pada mata aku. bukan mata orang lain. krehkrehhh.

asri jawab.

'hurmmmmmm. x jugak. tapi mak sangat jaga pemakanan abang. abang mesti makan. x boleh x makan'.

aku balas sambil terkekekeke.

'kalau itu no hal laaa. sebab. kerja kita memang makaaaaaaaaaan sepanjang masa kan bang. kan'

soalan empat:

'bang. nanti mak ada apa sayang perlu buat?'

asri jawab.

'kena bangun awal. siapkan makanan. mak marah kalau anak dia x dibagi makanan sedap. kalau boleh ikan pindang setiap hari'

soalan tamat. 

oh ya. aku rasa jawapan nombor tiga tu asri buat-buat. dia yang mahu. bukan mak mertua aku. elehhhh. mentang-mentang aku masak sedap. puihh. perasaaaaaaaaaaaaaanlah kau sya.

apapun. 

mungkin aku perlu bersedia keluarkan jurus coolku. just in casela kannn. sebab. aku rasa beliau x memanjakan. pun x serius. ini mesti cool nih. mesti punyaaa. sebab. aku tengok kalau asri kol beliau, bukan main siapa ucap 'iloveyou'. hoish. aku pun x pernah cakap begitu dengan mak aku. dalam hati saja. maklumlah. egois. baiklah ini ucapan untuk mak mertua aku:

mak mertua cool. jemputlah ke rumah saya. saya sediakan ikan pindang pedas. sedaaaaap ;)

hik hik hik

okbai.