SILA KLIK YA:)

Wednesday 26 February 2014

Resepi Kepurung/Kapurung

Cewah. Mentang mentangla baru bantai kepurung kann. Terus share resepi. Sedap okee resepi aku guna ni. Ni kalau makan ramai ramai lagi seronok. Lumba lumba takut cepat habis.

Aku ngan laki gotong royong buat. Dia yang urus the kanji. Dia bulat bulatkan guna garfu. Ololooo. Sweet jaa laki aku ni. Cam pelik jugak aku nengok lelaki buat keja dapur. Lagila laki aku sendiri. But why not la kan. Tolong bini kau. Cepat cepat malaikat Rakib tulis kebaikan laki uols.

Ok. Banyak cakapla pulak ahkak kau ni. Ni resepi dia.

KUAH
Rebus bahan ini;
kangkung, kacang panjang, daun kacang, cekur manis/cangkuk manis, jantung pisang. (pilih antara sayuran ni pun ok)
Sardin setin besar
Kacang tanah goreng tumbuk segelas (ni lagi banyak lagi sedap)
Garam
Ajinamoto

KANJI
2 gelas Air Biasa + 5 sudu makan kanji. Gaul sebati. Jangan ada ketul.
Biar dikuali sampai pekat. Matikan api.
Bulatkan kanji guna garpu atau chopsick sementara masih panas dan terus masukkan dalam air biasa (tujuannya supaya kanji bulat bulat tu x bercampur balik)
Lepastu. Toskan kanji tadi.
Campur KUAH ngan KANJI.
Makan ngan sambal lada atau lada bijik.

Sedap sampai kau bingung mahu tambah lagi atau x.