SILA KLIK YA:)

Wednesday 16 January 2013

Rambang #2

arh.

betul rasa tidak sihat. kepala berat. hidung sumbat. biar. sekurangnya aku tahu Tuhan masih sayang aku. diberi aku sakit supaya dosa kecil aku terhapus.

pagi tadi jiran sebelah rumah aku yang aku ceritakan dalam entri rambang lalu tidak kerja. bising depan rumah. aku intai. terbongkok-bongkok dia menggunting bunga pagar. bukan setakat depan rumah dia, depan rumah aku pun dia tebas sekali. omaigod. bertuah badan aku dan asri dapat jiran baik. cucikan kain kami sekali boleh? 

pagi tadi juga aku edit header blog ni. tapi. tidak mampu memenuhi paras nafsu keinginan macam yang aku mahu. tahi betul. last sekali. ambil bunga ni jugak. haihhh

pagi tadi lagi mendung. mahu hujan tapi sebenarnya tidak. sampaikan kain ada sebesen aku belum cuci. lagipun belum larat rasanya. nanti pengsan depan besen. doa selamat kakak ipar aku semalam pun aku tidak hadir. jaga hati mak aji mertua, aku pergi jugak menjamah sedikit makanan. 'ayam likku/lengkuas' mak aji mertua aku sedap. asri macam biasa. kalau jumpa mak dia mesti terkinja-kinja. macam minta dukung. siap suap-suap mak dia keropok ayam. amboi kaaaan. anak bongsu dasar. *kutuk laki sendiri

makan tengahari ni masak simple. paling simple selama aku kahwin. telur rebus masak sos dan ikan sungai goreng. hambik kau simplenya. tapi tetap licin tanpa waswas. 

tengahari ni mendung lagi. macam pagi tadi. eh. berat kepala. sudah dulu yah.