SILA KLIK YA:)

Tuesday 15 January 2013

Mati

bila aku dengar tentang saudara yang aku kenal menemui pencipta. aku kelu. macam-macam perasaan berbaur. ya. aku jarang di uji dengan ujian kematian. Na'uzubillahiminzaalik. tapi. hakikatnya aku tahu aku pasti akan di uji juga. pasti. itu kalau bukan aku yang dulu menemui pencipta. kan.

haih

dengan dosa lalu yang asyik mengerling begini aku takut. sangat takut. kadang aku sentak. akhirat sana juga pengakhiran semua manusia. akhirat juga akhirnya. akhirnya di sana juga. janggal untuk terima dunia ini sebenarnya bohong. fana. dusta. eh. betapa hinanya aku. bodoh tentang hakikat hidup.

haihh

aku sedaya juga mahu cool. nampak tenang kononnya mendengar berita kematian. tapi. nyata aku tidak kuat. sakit. padahal aku dengan arwah tidak rapat semesra. tapi kami pernah berbual bicara. aku kira itu yang bikin hatiku sakit. mengingatkan manusia yang pernah bergelak bersama aku sudah tiada di dunia. atau. sebenarnya yang bikin aku sakit kerana aku takut? 

haihhh

kepada aku. berita kematian adalah berita yang paling menginsafkan. selamat tinggal Malik Ridzuan. Tenanglah di sana. Bertemulah kekasih abadi. Kelak kami aku menurutimu juga.

Al-Fatihah.