SILA KLIK YA:)

Monday 28 January 2013

Perasan

kalau ada masa terluang aku ngan asri suka tengok movie. x kisahlah movie sundal bolong, american pie, sky high, young and dangerous atau kamasutra. eh?  

kita kan. kalau sudah tengok movie tu tengoklah. tengok dengan fokus dan fahami jalan ceritanya. aku begitu. kepala leher aku memang terpacak. sangat fokussssss.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

nungka dan tidak bagi asri. masa tu jugak dia buat kisah. aku mula-mula layan jugak. lama-lama naik darah sampai kepala aku. 

mahu dengar cerita abang atau cerita movie ni bang?
abang niiiii. dia ajak kita tengok movie tapi dia yang x tengok. bisiiing.
abang niii. janganlah sandar-sandar badan ayang. tengoklah movie bagus-bagus.

memang x makan saman. merajuk pulak tu. kena kalau movie feveret aku, cerita thriller ni kita mestilah lebihkan kefokusan kita kan. nanti tangan mangsa sudahpun kena potong sama penjahat kita lambat tengok. mana sedap mahu rewind. x sedappp.

sama jugak masa aku membaca. baca buku, majalah atau blog. adalah dia di sebelah aku pokpekpokpekk. lepastu, aku tanya balik.

apa dia bang?
apa tadi abang cakap?
kenapa bang?

tahu maraaaaaahhh. sebab kena ulang balik apa dia cerita. habis. time kita membaca tu jugaaaaak bantai cerita dengan kita. 

so. semalam dia meluahkan. memanglah kita laki bini ni kena ambik masa untuk kenal pasangan kita. ada benda dan hal-hal yang kita x perasan pun sebenarnya ada dalam diri pasangan kita. 

'ayang ni kalau buat benda memang fokusss sangat. fokus sampai x peduli apa yang jadi dengan sekeliling'

see? 

aku memang spesis spesis sangat fokus. sampaikan kalau aku tengah menaip atau buat kerja atau study, aku x boleh dengar muzik. tapi kalau tengok muvie sambil makan boleh. yang melibatkan otak ni aku x boleh buat dalam satu masa. 

macam kalau dengar lagu, aku mesti dengar liriknya apa lagu tu mahu sampaikan. sambil membaca nota? yang kita mesti fikir apa nota tu mahu sampaikan? ohhhhh. tidaaaaaaaaakkk mungkin. aku bukan spesis otak pandai. aku spesis bengong. so x boleh buat benda-benda macam begitu.

semalam jugak kami baru perasan satu hal.

masa tu asri jari asri kena jepit penyangkut tombol. pastu dia teriak sambil picit ibu jari dia kuat-kuat. picit okkkeh? bukan pegang. tapi picit. aku ketawa terbahak-bahak sampai sakit kepala. apakah motifffffmu memicit ibu jarimu sampai darah itu membuak-buak keluar abangku sayang? hahahahahahahadoiii.

aku ambik kain. pastu tekan sekuat hati aku dekat luka yang keluar darah tu. teriak lagi. adohaii laki aku.

kenapa aku ketawa?

sebab. masa dia buka pintu tu sambil jugak dia bercakap. pastu benda yang dia cakap sampai 10 kali ulang. benda tu aku sudahpun faham. tapi dia still mahu cakap. lepastu kelam kabut bukak pintu. aku pun heran apa dia mau kelam kabutkan. kami masa tu mahu pergi ambik baju aku yang sudah siap kena jahit. kelam kabut untuk apa? rumah makcik tu bukan jauh sangaaaat punnn bang. kan kena jepit. pintu pun tahu suruh abang bertenang.

'ayang ni memang x kelam kabut orangnya. kelam-kabut ada tempat. cuma satu ayang kelam kabut'

'apa dia bang?'

'masa itu

tu semua pun orang dalam dunia kelam kabut bang.

kalau naik motor pun macam tu. aku beberapa hari ni selalulah bawak motor. maklumlah. semangat sebab baru pandai. tapiii. yang duduk belakang aku ni asyikkk bercakap. aku kan baru belajar bawak motor. so aku kena fokus. x mahu bagi perhatian dengan benda lain. sampai aku sound.

'shhhhht. diam bang. diam. nanti kita jatuh'

tapi. kejap lagi ada lagi suara dia. kalau jatuh, dia jugak paling panik. aku? paling ketawa.

kelmarin kami pergi memancing. duduk sama-sama berdekat-dekat. tiba-tiba dia berdiri. tiba-tiba okkkeh. bayangkan orang yang sedang duduk terus berdiri dengan tegaknya. aku tanya.

'abang kenapa?'

'abang macam tengok pancing abang bergerak-gerak'

kalaupun bergerak x payahlah sampai panik begitu bang. ingatkanlaaaah ada ular atau naga atau buaya. paniknya bukan main. 

panik ni memang dia sedia maklum saraf panik aku macam rosak. aku bukan bangsa panik. sebab dia pernah jatuhkan sekotak telur yang baru dibeli dari kedai. masih bau kedai okkehhh. tapi dia terhempaskan sekotak telur itu di lantai. aku tengok, dan ketawa. panik telur pecah? oh. kamoooon. 

pastu. suruh yang pecahkan tadi lap. asri lah, siapa lagi.