SILA KLIK YA:)

Monday 21 January 2013

Bibir

'ayang jelek. bibir ayang tebal'

mau Asri x bingung. tiba-tiba. x da apa pun. memang tiba-tiba aku rasa aku perlu cakap macam tu. sebab sebelumnya tu aku ada bergurau senda dengan seseorang. aku cakap taste dia x cantik masa dia tunjuk seorang gadis bawak motor. bedak tebal. lepastu dia balas. yang jelas pada telinga aku adalah 'bibir tebal'. kalau x pun samting about tebal-tebal.

jadinya sampai rumah hati aku berketuk ketuk. sedih. emo.

aku x kesah kalau siblings aku yang ejek aku. sebab aku kenal diorang. pun bibir tebal. ada bahan boleh kenakan balik. tapi kalau orang lain? aku x sampai hati mahu ejek fizikal diorang. betul x sampai. 

tapi sekali sampaiiiii hatiku. menangis merempan kau aku buat. 

masa aku di kampus dulu ada seorang kawan aku macam begini. perempuan. mulut serius longkanggg. tapi kau try kenakan dia. air mata dia mahu sebaldi. haktuih. ceritanya sampai ditelinga aku melalui kawan aku jugak yang memang salah satu hobinya menyampai-nyampai. 

menurut kawan penyampai aku ni, si kawan penghina itu telah menghina bibir aku. sambil menyampai sambil dia ketawa. dia pikir dia comel. kena taim tu aku emo terdengar hinaan kaaaaan. 

tapi sebenarnya, si kawan penghina ini pernah jugak menghina si kawan penyampai aku ni. tapi aku baik. x sampai hati rasanya mahu bagitau. biarlah hinaan terhadap dirinya ku bawa mati. krehkrehhh. 

budak ni memang jiwanya jiwa suka menghina. orang itu gemuklah. pendeklah. hitamlah. mekap teballah. dan sebagainya. dan dia jadikan gurauan. mungkin sebab dia mahu jadi perhatian tapi xda bahan. sebab tu sampai macam tu sekali. atau camana sebenarnya.

masa aku kerja di KKFM dulu pun macam tu. ada sorang pendengar tu juling. juling tu laaah yang jadi bahan gurauan budak-bdak ofis selama sebulan. aku macam 'kesiaaaaaaaaaan. x kreatif langsung sampai kecacatan orang lain pun mahu jadikan bahan'.

'sebenarnya kan sayang. orang yang suka menghina orang lain ni sebab dia tutup kelemahan diri dia'

itu balasan Asri.

ha'ah. si kawan penghina tu dia banyak jerawat batu. yang di opis tu pulak hurmmmmm. betul jugak. 

gurau dengan adablah kan. masuk jamban pun ada adab. dan kau kena kental laah. mulut celupar hati mesti kuat. ni kena hina balik, masuk jamban nangis. kuat taik kucing namanya. kalau kau buat x pulak kau pikir hati orang. esok-esok ada anak juling bibir tebal jerawat batu baru kau tau. kau jangaaaaan. doa orang yang rasa diri teraniaya tu makbul. dan. kau x payah hina apa yang Tuhan kau ciptalah kaaaan.

dan. bibir tebal itu hot. x percaya tanya Asri. hehehehehehehehehehehehe.