SILA KLIK YA:)

Saturday 19 January 2013

Rambang #3

semalam aku pergi bandar Bintulu. orang sini x panggil bandar. diorang panggil 'pasar'. kamek pun baghu tauk. susah benaaar lidah aku ini mengucap kalimah bahasa orang lain. masa aku di Kota Kinabalu dulu, kawan sekeliling aku boleh lancar ikut sleng sana. aku sebijik patah pun x berjaya. kemungkinan besar ada saka sleng Bugis Tawau dalam tubuh aku nih. 

kalau aku cakap memang gunapakai sleng aku. kau paham atau tidak lantak kaulah. bahasa aku bahasa baku. tu diaaaa. tinggi sipat keTawauan. diorang guna sleng dioranglah. tapi biasanya kalau aku berurusan dengan orang edcated diorang automatik akan tukar bahasa Sarawak diorang ke Bahasa Melayu baku. kalau yang tidak educated tu lah yang bertok tek tok tek dengan aku. haa. sukahati kaulah. kalau aku x faham boleh tanya. tanya sampai kau penat. baru tau.

kelmarin kan. aku masuk pasaraya Farley. letaknya di Medan Bandar. begitulah yang aku paham. lepastu, aku dan asri masuk pasaraya Sing Kwong. lepastu, kami singgah beli nombor prepaid baru. semua memang beza. tapi ada satu persamaan.

penjaga kaunter macam cilaka.

kenapa ah? asal aku masuk pasaraya mesti penjaga kaunter perangai macam tahi. ya. x semua. segelintir saja. tapi segelintir nilah yang malar aku temui. sungguh sial.

yang segelintir nilaaaah yang perasan diri dia cantik kiut apa ntah. Masa dikaunter Farley aku tanya budak gadis tuh.

'dik. kalau mau apply member kad di mana?'

'kaunter sana'

dia tunjuk ntah di mana. sekadar tunjuk. pastu mata tengok lain. dalam hati aku memang berkata 'eh. apakah kau ni terencat?'

'lama x kalau apply?'

dia jawab dengan otak bodoh dia.

'kalo ghamai lamalah. kalau x ghamai kejaplah'

hoi bengap. tu budak tadika pun tahu. aku tanya proses apply kad tu. ni lah. kalau rambut kau tu yang kau asyik belai sakan. puiikkkk. ataupun kau sedang mengurat Asri yang ada di sebelah aku nih? kiutlah konon begitu? tarik rambut rebonding kau baru kau paham yang Asri tu laki aku? ngahahahah.

lepastu. masa ambik nombor prepaid celcom baru. 

'dik. ambik nombor ni. yang belakang dia 028 ngan 029'

ok. dia ambik. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. 

'jap yah. ada lagi tok nombor bagus tok saya tengok'

amboi amboi. ni aku yang mahu beli atau kau? aku masih. ok baiklah. sambillah dia membelek-belek. pastu kan. Asri ada tanya dia samting. tapiiiii boleh dia x peduli. asyik mengumpat dengan makcik penjual newspaper sebelah dia. 

mebi sebab Asri panggil dia 'Amoiii'. sebab tu dia x mau tengok. masa aku panggil 'Miss' laju pulak dia tengok. kau sangka kau comel kena panggil 'Miss' baru tengok. atau dia sebenarnya mintak perhatian dari Asri. kahkahkahkaah

'eh. xda dah tok number. kemaghin ada'

ha'ah. ada kepala hotak kauu.