SILA KLIK YA:)

Thursday 3 January 2013

Kuih

Aku suka makan kuih. Terutama karipap. Kasi karipap jenis negro pun aku ngap. Kuih basah sori x layan. Tu kuih mak mak.

Tapi.

Aku x berapa lembut buat kuih. Tangan aku bantai doh karipap atau kuih pauu. Itu sahajalahh kemampuan aku. Kadang kalau aku tengok cake yang orang buat teringiiiiin jugak. Tapi. Memang terbukti aku x layak. Nungka. Nehi. No. Memang x pernahnyaa menjadik.

Sebab utama yang terjadi adalah aku ini maha kurang sabar orangnya.

Pintu oven tu mau x tercabut. Seratus kali aku pergi cucuk cake. Sudah masak atau belum. Terkebil kebil mata aku tengok proses kembangnya cake dalam oven. Memang cake x kan jadi punya. X sempat kembang aku cucuk cucuk.

Sama jugak kalau aku buat agar agar. Tunggu sejuk tu aku mesti cucuk. X tahulahh kenapa. Ada keseronokan agaknya di situ kann.Hobi lepasni boleh ganti jadi cucuk cucuk kuih.

Aku memang x sebati dengan kuih lembik. Macam kuih muih tradisi Bugis. Mahu menangis aku habiskan sebijik. Sempat khayal masa depan. Berpinar mata tahan manis kuih. Perfhh. Ingat ni pun bikin kepala aku pening pening. Mak mak dengan pak pak memang suka gilaa. Bapak aku sampai lima ketul 'berongko' dia bantai. Saiz besar ok. X main kecik kecik. Hiiiii. Ngilu aku membayangkan.

Kawasan tempat aku tinggal ni majoriti Bugis. Kalau kenduri kau x payah pikir spesis kuih yang kau akan bantai di kenduri nanti. Kuihnya sama sahaja setiap kenduri walaupun lain rumah yang anjur. Sampai aku tanya Asri.

'Bang. Kalau kuih lain x boleh buat? Mesti spesis kuih begini?'

Sambillahh mulut aku terkumat kamit bisik telinga dia. Jaga hati tuan rumah katakann.

Asri cakap boleh jakk punn. Tapi aku pikir maybe pasal bajet banyak kalau buat karipap. Karipap jugaklaa pilihan aku kann. Kalau kuih tradisi ni gula yang banyak kena gunapakai. Semua orang datang tolong majoriti bawak gula. So. Jimaaaaaaat. Bugislah katakan.

Ni petang begini aku panjangkan kaki pergi dapur buat agar agar coklat milo susu. Aku hentam keromo saja resepi. Yang penting jadi agar agar. Bukan kueytiaw kaaaan. Lagipun selama aku kawin ni semua komen dari Asri memberangsangkan pasal aku punya masakan. Bukti jelas dengan perut buncet dia. Kihkihkihh. Satu keberjayaan.

Oklah. Aku mahu pergi dapur. Cucuk agar agar aku.

Dadaaaa.