SILA KLIK YA:)

Sunday 24 September 2017

Buku

Kali pertama aku baca buku kisah nabi-nabi. Masa tu umur darjah lagi. Aku tak ingat macamana aku boleh pandai membaca. Darjah satu rasanya. Sebab dahulukala kita takda sistem pra sekolah macam sekarang. Sekarang budak umur 4 tahun dah ada yang pandai membaca. Tapi awal pandai membaca tak semestinya akan rajin membaca. Kebanyakan yang suka baca buku pun orang-orang tua. Zaman sekarang baca dalam smartphone. Baca status Facebook 😂

Selain kisah nabi, aku baca pasal sejarah Maharaja China. Dinasti Khan. Genghiz Khan dan keluarganya. Masa ni pun aku masih darjah lagi. Aku ingat lagi ada seorang kawan aku mata dia sepet. Aku bagitaulah, mata kau ni macam Genghiz Khan. Tapi diorang krik krik sebab tak pasti siapa yang aku maksudkan 😂

Seterusnya aku baca cerita Drakula. Translated dari cerita English ke Melayu. Masa ni aku darjah enam. Mak aku time ni mengandung adik bongsu aku. Aku pulak baca novel Drakula. Tahyul betullah.

Itu antara buku yang aku ingat. Yang aku tak ingat memang banyak. Tapi ini antara yang memberi kesan sampai sekarang. Mungkin sebab cerita dia best bagi aku. Laki aku cakap masa umur darjah dia layan cerita siasatan yang budak-budak tu. Aku tak baca. Sebab aku baca buku bapak aku. Drakula tu mak kawan aku punya. Mak bapak tak pernah belikan buku khas untuk kami baca. Kau bacalah apa yang ada di rak buku. Pandai-pandailah hidup.

Zaman kecik dulu lepas berita mesti belajar. Manada tengok tv lagi. Kalau degil kena balun dengan roti panjang atau nama pendeknya rotan.  Pedih wei. Sampai biru hijau betis. Ditambah lagi dengan adik beradik bagi signal ibu jari dari jauh. Menyampahnya. Aku kalau adik beradik aku kena rotan, aku masuk bilik atau pegi jauh sikit dari tempat kejadian. Aku nangis. Padahal bukan aku yang kena balun. Tapi diorang tu kalau aku yang kena, siap ejek aku dengan simbol like ibu jari. Memang kurang sopan perangai. Semoga Allah mengampuni dosa mereka semua. Tetiba.

Belajar memang satu meja dengan abang aku dua orang. Aku ni baca English tu tunggang langgang. Abang kedua aku tu balik-balik cakap apa yang aku baca tu salah. Tapi aku tetap semangat menjerit jerit macam kena sampuk baca English. Sama jugak dengan BM. Baca buku teks menjerit jugak. Memang dari kecik suka menjerit rupanya aku ni. Patutlah besar jadi guru KAFA 😂

Besar sikit layan novel cinta. Tinggal asrama trend layan Ahadiat Akashah. Yang halaman paling belakang mesti ada muka dia selembar. Kawan-kawan aku cakap dia hensem. Aku pulak tengok Ahadiat Akashah tu macam iras Zamani Slam. Kawan aku layan novel, aku pulak suka baca majalah. Dulu-dulu ada majalah Siswa. Dalam tu ada cerpen. Tu la yang aku layan tak jemu-jemu.

Novel cinta yang aku layan, alaa lupa tajuk. Tapi cerita dia adalah dia dimadukan. Sampai bengkak mata menangis. Meletakkan diri ini sebagai yang dimadu padahal masih belasan tahun. Kau dah kenapa? Novel ni tebal. Nama penulis dia pun macam panjang. Novel sekarang tak dapat aku nak menghayati. Tak sedap. Sekarang layan HAMKA Tuan Direktur. Banyak buku aku baca paling sedap Hamka. Oh ya, of course A. Samad Said jugak. Buku Salina tu memang realistik. Aku syak penulis dulu-dulu ni diorang pegi alami sendiri atau memang pengalaman dia yang ditulisnya. Sebab sangat realistik. Atau sebab bakatlah kan. Sekarang siapapun boleh menulis dan buat buku.

Sehingga kini selalulah ada buku di sisi. Walaupun tak baca buku tu mesti ada terselit dekat bantal atau tilam. Sejenis penyakit. Bukan ulat buku ya. Pernah jugak tidur mesti pegang buku walaupun tak baca supaya boleh cepat tidur. Ni penyakit apa aku pun tak tau.

Okey. Tu je ❤