SILA KLIK YA:)

Saturday 16 September 2017

Rambang

Minggu ni minggu hiba.

Masa lalu depan sekolah Islamiah, ada seorang budak seluar hijau (sekolah menengah) duduk tepi kubur sambil pegang botol. Ada bunga bertaburan atas kubur. Genang air mata. Lusa kemudian, tahfiz terbakar. At the same time, terbaca lagi di fb calon UPSR budak ni bapak dia meninggal. Lepas dia jawab upsr tu, gegas balik mandikan mayat arwah bapak dia.

Mati ni anytime anywhere. Semua kita sudah tahu. Tapi kenapa selalu lupa? Kan.

Kematian demi kematian mengingatkan kita kepada kematian. Berita kematian nasihat paling menginsafkan. Bagi yang mahu berfikir. Sebab ada jgk orang dengar berita kematian masih gelak whatever katanya.

Paling seram, ada netizen fb tu cadangkan supaya semua pusat tahfiz diharamkan. Aku tengok anak dia bukannya mangsa. Tapi mengapakah dia yang terlebih royan? InshaAllah aku yakin parents yang terlibat redha dengan qada Qadar Allah. Didoakan mereka tabah. Ada yang sampai anak 3 orang sekaligus Allah ambik. Well, Allah punya. Allah ambik balik kita hamba mesti redha. Sakit tak sakit mesti jugak kena redha. Itulah iman. Waw, ustazah.

Aku kali terakhir diuji kematian keluarga adalah semasa sekolah menengah. Pak cik aku meninggal. Masalahnya aku tak kenal pak cik aku tu. Semoga Allah merahmati dan mengampuni arwah. So mak aku yang hiba, sebab adik beliau. Kami diam-diam baca Yasin. Sebab adik beradik kami tak pernah jumpa arwah.

So. Biasanya kita lebih terkesan dengan kematian orang terdekat dan kita kenal rapat sahaja. Tapi ni 1st time aku terkesan dengan kematian orang yang aku tak kenal. Mungkin sebab sangat menyayat hati. Aku tengok rakaman anak-anak tahfiz tu, ya Allah macam nak meletup dada tahan tangis. Masa tengok ni aku depan students. I is malu nangis depan orang. Tak dapat bayangkan tengah tidur, bangun api depan mata. Sayat hati sebab kanak-kanak :(

Tapi. Yalah. Semuanya berhikmah. Kanak-kanak, hafaz AlQuran. Belum baligh lagi. Syurgalah tempat mereka InshaAllah.

Jangan main-main dengan hafiz hafizah ni. Aku pernah jugak kejap masuk hafaz Quran. Tapi baru berapa juzuk, aku dah keluar sebab nak sambung belajar. Nangis ustazah. Sebab kononnya aku antara harapan yang akan cepat habiskan Quran. Masa tu belum ada lagi yang habis. Kononnya lagi aku ni antara yang kuat menghafaz & mengingat. Laju je dapat Saba' (bacaan baru).

Seronok? Takda tempat yang lebih seronok selain daripada tempat ni. Paling seronok time ustazah cek bacaan. Rasa nak lompat tinggi bila bacaan lancar pastu dapat yang baru.

Tapi bukan takdir aku jadi seorang hafizah. Mak bapak kecewa jugak agaknya. Ada sebab lain jugak aku keluar selain daripada sambung study. Tapi biarlah rahsia. Muehehee.

Dalam madrasah kita makan guna talam. Nasik lauk pauk semua campur. Setalam ada 4-5 orang. Rambang je sapa antara 4-5 orang tu. Ni adalah antara saat paling mencabar bagi aku. Aku ni makan lambat selambatnya. Memang lambat melampau. So, kalau dalam geng talam tu ada yang makan laju selaju usain bolt, apa yang jadi pada diriku ini?

Ingat lagi masa tu lauk ayam goreng. Ayam ni pun ada part kesukaan kita kan. Aku memang taksub sikit dengan kepak. Kepak tu mestilah ada besar ada kecik. Tapi sebab aku ni lambat selalulah dapat yang kecik. Memang berontak habis wei dalam hati. Dasar rakus. Makan je kau ingat kann.

Lagi satu, ni masih isu talam ni. Aku tak boleh makanan tu ada cili. Aku makan cili tapi tak pegang cili. Cepat perih ke pedir nama dia tu (betul ke ni). Yang rasa pedas panas je tangan tu. Kalau dalam talam nasik dan sayur dengan kuah melimpah pastu ada sambal cili. Memang rasa nak nangiss kuat-kuat. Tak boleh makan pakai sudu wei. Tak sunnah. Kadang-kadang sampai sanggup tak makan. Lepastu lapar padan muka kau cerewet lagi.

Memang takda tv, radio dan alat komunikasi. Telefon pun ustazah yang pegang. Orang call ustazah dulu yang sambut. Lepas beberapa bulan pujuk laki ustazah supaya belikan kami radio. Adalah buat hiburkan hati yang bersifat duniawi ni.

Madrasah kami tu rumah dua tingkat yang diubahsuai. Tingkat atas jadi tiga bilik, dua bilik air. Kiranya untunglaa siapa dapat bilik utama. Bilik air dalam. Aku ni kalau ada paling luar di situlah aku diletakkan. So, faham situasi tahfiz yang terbakar tu. Memang kalau ada apapa berlaku di tangga, kami yang tingkat atas tak boleh buat apa. Tingkap pun ada jeriji besi. Bolehla lompat dari tingkat atas ke bawah tu. Tapi tingginya tu faham-fahamlah.

Isu keselamatan memang tak berapa dititikberatkan. Bukan tajaan kerajaan memanglah macam tu. Kena ada usaha lain macam ibu bapa atau masyarakat yang derma. Memang sangat perlu ya derma di tahfiz ni.

Kalau masa hari raya korban dapatlah daging dan tulang. Kenangan manis betul masa raya korban aku pernah tak balik. Cuti kejap je, jadinya malas nak pack barang. So, aku masak daging yang entah resepi apa benda. Aku campur je segala bahan. Lepastu hantar rumah ustazah. Yakin je aku. Wakakakaka. Nasib baik ustazah & laki beliau puji. Siap tanya resepi. Masalahnya aku pun lupa aku taruk apa dalam makanan tu.

Banyak sungguh kenangan manis dalam madrasah. Walaupun tak lama aku dalam tu, tapi banyak hal jugak aku buat. Makan maggi kari mentah (maggi haram dalam madrasah), nyanyi kuat-kuat, main getah dalam madrasah, main hujan di laman belakang, pegi beraya sampai malam baru balik, pegi lepak bandar bawak budak niqab ramai-ramai. Balik madrasah ustaz tunggu dengan rotan. Hahahaa.

Haih. Kenangan ❤