SILA KLIK YA:)

Tuesday 8 March 2016

Perbezaan sana dan sini

Assalamualaikum

ya kau janganlah hairan yaa. aku baru minum kopi ais tadi. mata belum menampakkan ciri-ciri tidur. marilah merepek sebab takde sapa nak dengar. terpaksalah merapu dalam ni. laki aku dah tidur. penat sebab dia keje tadi dan aku pulak offday.

tadi pegi gerai seafood makan nasik goreng masin. tapi malangnya tak masin dan ikan masinnya pun tulang belulang je dalam pinggan aku. aku ni bukan perempuan cerewet kalau makanan yaa. tapi kalau tiba-tiba aku tercerewet memang adalaaa yang tak kena. dan memang betul laa apa yang aku cerewetkan tu. dan aku biasanya akan diam membisu seribu bahasa tanpa kata sambil sedih.

eh kalau kau nak makan kau pernah tak fikirkan rasa makanan tu dulu. kau faham tak apa aku maksudkan ni? rasa yaa. bukan rupa. macam nasik goreng ikan masin tu of course rasa masin-masin and ada kepingan ikan masin yang kau akan tergigit bila makan. lepastu ada cili potong dan kau akan gigit sikit-sikit. tu la yang aku bayangkan sepanjang naik motor otw nak pegi makan tu. kau rasa apa aku rasa masa dapat makanan tak macam aku bayangkan. tulang ikan tu yang aku tak mampu nak hadam dalam otak ni. walaupun aku comel macam kucing tapi aku tak makan tulang ikan. oh tolonglah ok.

so. blacklist dah gerai makan tu.

dekat sini jugak ada gerai makan ya Allah burger besar tapi murah. Benjo rm2 tapi besar gedebak. takda gambar. nanti kalau laki aku beli aku ambik gambar. aku jarang makan burger ni. kalau makan pun order yang daging atau special. gila rakus. eh eh bahasa. tapi memang best burger dia. dekat je dengan masjid puchong batu 13 ni. lorong berapa tah aku tak ingat. lepas makan burger bolehlah pegi ngaji ke buat ceramah ke. kannn.

sini karipap tepung tebal. first aku makan karipap dalam hati terheran jugakla. eh diorang ni tak reti ke buat karipap. tebal nak mamp ni kenapa. heran sampai habis lima biji. tu lagi la heran ajaib kan. hahaha

kampung aku sabah karipap kita rangup belaka. siap ada gelembung udara kau. kalau kau buat takde gelembung kau dikira fatal. gitulah agaknya. kami juga ada karipap inti mee. tawau panggil 'jalan kotek'. ya betull. jalan kotek. kau jangan cakap aku melucah sebab tu memang nama diberikan kepada kuih tu sejak aku kecik lagi. ada kawan aku jual pusing kampung sambil teriak 'jaaaaaaalan koteeeeek'...' jalan koteeeek'. kahkahkahkahkah. kelakar pulak kalau aku ingat balik. kenapalah boleh jadi nama macamtu kan.

sini goreng pisang mahal nak mamp. kuah cicah memang janganlah diharapkan. kau makanlah pisang goreng tu kering berminyak begitu sahaja. kita tawau makan dengan sambal kicap. ada jugak makan dengan sambal belacan tomato. oh ya. kami ada goreng pisang muda tauu. kita org panggil 'sanggar peppek'. ya Allah kenapa macam lucah lagi nama makanan aku ni. tapi betul nama makanan tu macam tu. 'peppek'  tu maksudnya pukul dalam bahasa Bugis. sebutan huruf 'e'  yang pertama adalah pepet dan kedua adalah taling. kau faham tak apa aku ajar ni. tolonglah faham ok.
sanggar peppek ni kau makan cicah sambal belacan tomato memang sedap nak mamp. tiada tandingan.

itu makanan.

ni aku naak cerita kawan aku ramai non muslim. aku memang dah biaasa bergaul dengan diorang. dari kecil kawan dengan kadazan dusun murut. eh biasalah siap share minum makan. no hal. cuma aku tak biasa gaul dengan cina india. tak de kawan India pun. cina apatah lagi dipandang sepi padahal masa kecik aku berjiran dengan cina. diorang ada kedai dan pelihara seekor babi. macam hitam tak silap aku warna babi tu. sebab tu kami pulaukan tak kawan sebab ada pelihara babi. padahal tu makanan dia kan. lantak diala nak pelihara. macam kau jugak pelihara kambing sebab kau makan. pelihara lembu sebab kau makan padahal lembu tu suci bagi sesetengah orang India. so sampai sekarang aku macam terbawak ketidakbiasaan kawan dengan cina india ni. tapi aku cuba jugaklah. try bawak cerita sikit-sikit. kampung tak aku? hahahahaa

so. setakat ni je la dulu aku merepek. esok lusa sambung lagi.