SILA KLIK YA:)

Friday 11 March 2016

Berubah lepas kahwin 2

Assalamualaikum

sebelum masuk tahun kedua perkahwinan kami, asri adalah lain. bukan macam sekarang ya. panik kan statement ni? buahahaaaa

1. makan atas katil
aku dari kecil bawak ke tua ni suka makan atas katil. eh kalau boleh dapur gas tu ada sebelah katil je. menyampah pulak nak pegi makan menapak masuk dapur. patut lapar teruslah makan kan. nak jalan lagi kenapa kan? gitulah konsep hidupku.

tapi aku je camni. family aku tak. bapak memang tentunya mengamuk kalau aku dijumpai bawak makanan dalam bilik. sebab bapak ingat aku bawak masuk tak mau bagi dengan orang lain. sebab tu makan sorok-sorok. padahal beliau tak tau anak beliau ni suka makan atas katil sambil silang kaki santai tengok movie.

bezalaa dengan asri. laki aku ni macam manusia biasa yang lain. pembersih la konon tak makan atas katil. masa mula-mula tu dia tegur jugak. tapi kalau dah tiap hari dan jam bini dia buat  kau rasa dia mampu ke nak tegur lagi?? tak mampu nakk. akhirnya dia join sekali makan atas katil. sampai tahap meja belajar budak kecik yang kaki boleh lipat tu kami bawak berhidang atas katil. apa yang kami tak pernah makan semua sapu habis. maggi, nasik berlauk, ikan masin sambal belacan. pokok pangkalnya breakfast sampai dinner punn atas katil. ajaibnya memang jaaaaaarang berlaku sebarang tumpahan yaa. eh boleh kira dengan jari. eh macam sekali dua je tumpah. tu pun titik sambal kicap. kagum tak?

2. kentut
aku rasa macam bersalah kalau tak kentut dengan baik. kentut bunyi besar memang tak berbau ok. yang bau tu yang tak de bunyik. aku punya bunyi besar. mesti kau tak mampu bayangkan aku kentut kan sebab aku macam nampak sopan ayu kan. tapi percayalah. dan aku tak kesah kentut depan family atau laki. kecuali orang luar tu tak laa kan. terpaksa tahan sampai tahap perut kembung penuh angin yang nak keluar tapi tak dikeluarkan tu. sekali sampai rumah 5 minit kentut tak habis lagi.

tahun pertama perkahwinan tak dengar lagi kentut laki aku ni. eh masuk tahun kedua bukan main kentut kau bangg. besarnya... kalau kentut dia tak bunyi kau hati-hati. kemungkinan mati terhidu toksik sangat tinggi yaa. mintak ampun. sampai baad mood aku dibuat. boleh bawak bergaduh dengan kentut laki aku ni. tengok kan tengok.  berubah ikut perangai aku kan.

3. minum teguk botol
eh gelas dalam rumah macam tak de fungsi. dahlah aku ni jarang minum air panas macam teh, kopi tu. memang aku minum teguk je apa tempat air putih tu. kalau jug aku teguk jug. kalau botol aku teguk botol. kalau gelen ohh no problem teguk jugakk. eh kenapa kau nak susahkan hidup kau ni. nak minum pun susah kan. kena tuang air laa, lepas tu gelas tu nak cuci bagai. eh susahnya

macam biasa laaa. housemate aku ni kan suka tiru gaya hidup aku. kejap je dia sopan pastu zassssssss. minum teguk jugak. kihkihkihkihkih.

4. lipat kain
dulu masa remaja memang aku rajin lipat kain. entah lepas remaja ni macam eh susahlah. letak dalam bakul lepas sidai pastu nanti nak pakai ambik je. senangnya kann. aku dapati laki aku lagi senang nak jumpa anak seluar dia dengan cara camtu berbanding kalau aku lipat cantik-cantik. mesti tanya mana spender abang padahal depan mata jee. eh tumbuk baru tau!

so sekarang laki aku pun camtu jugak. dia dah lali dengan cara camtu. senang mudah dan tak membebankan.

5. cuci pinggan mangkuk/kain
aku suka kumpul pastu tunggu lah mood aku sampai barulah aku pegi cuci. rileklaa. kau nak pegi mana kelam kabut dalam hidup kau ni. kannn.

yang ni je laki aku tak mampu ubah. laju je dia cuci. of course aku rasa bersalah and tak suka. tapi aku nak buat camana. kalau tengah mood takde buat keja paksa diri, eh macam nak hempuk je pinggan mangkuk semua. macam nak koyak rabak je baju kain semua. sebab mood takda dan macam malas. nak baring main fb. kahkahkahkahkah. kena madu padan muka.

yang nombor 5 tu InshaAllah aku usaha supaya laki aku ikut jugak perangai aku. tenang la. terburu buru kenapa. buat stress otak je. jom tido