SILA KLIK YA:)

Thursday 17 March 2016

Kisah perfume murah dan kucing

assalamualaikum

kelmarin dulu malam aku nak beli perfume murah dekat giant tu. alaa. yang murah around rm20-rm30. the reason aku suka perfume murah sebab murah semestinya dan kau bolehlah sembur banyak tanpa rasa bersalah. kan kalau perfume mahal aku rasa macam eh sayangnya nak sembur sebab mahal. itu aku punya konsep la. sebab tujuan utama nak pakai perfume utk wangi dan tak berbau bawang. so kenapa perlu membandingkan harga. gitu. fokuskan kpd tujuan asal perfume tercipta, supaya kau tak berbau.

tapi. masa masuk giant tu laki aku cakap takyah la beli sebab dia nak belikan yg avon. alaa. avon pun murah kan. sebab dia cakap avon tu aku pakai masa the first time bertemu dulu. entah kenapa aku terhasut dan tak beli perfume giant malam tu. sekali dah balik menyesal macam nak nangis. dah lama perfume aku habis. pun giant punya jugak. terpaksa beli Pucelle buatan Indonesia tu sebab nak wangi dengan cara murah.

tapi aku pernah sembur-sembur dekat office dan officemate macam cakap oii apakah ini bau perfume kuat sangat. lol kesian aku. fahamlah kalau cologne kan. menusuk nusuk je wangiannya. yang aku heran aku tak sangka aku yakin je sembur-sembur dekat office. entah diorang tau ke atau tak kewujudan Pucelle yang maha famous masa aku sekolah menengah tu. hahahaa

so semalam laki aku cakap nak singgah masa balik kerja sebab aku offday so dia pergi sendiri. tengok hujan semalam. kesian laki aku. aku pulak dah tunggu perfume murah aku sampai. sedih lagi. tapi tak laa sampai marah ke apa. just sad. then laki cakap semalam jomlah pegi lepas hujan stop. padahal dia baru balik keja kan. kenapa kau baik sangat bang. tolong jangan baik camni dengan perempuan lain ya. aku sediakan karipap panas dua biji sementara menunggu lauk masak. goreng ayam kunyit,  nasik panas, kubis tumis. simple kan tapi menarik perhatian sampai tahap laki aku mengadu sakit perut sebab telampau tegang, makan banyak sangat.

so, semalam sampai giant terus terburu-buru masuk. pegi area perfume-perfume terus grab yang aku ingin-inginkan tu. sekali tengok eh macam ada perfume baru. restock agaknya sebab tu takda masa kami pegi malam sebelum ni. hidu sana hidu sini akhirnya pilih yang baru restock tu. vampy kiss color purple. satu lagi tu color biru. takpa, hujung bulan aku pegi beli lagi. even laki aku cakap dia nak beli avon tu, belilah bang. biar banyak perfume bini abang ni. supaya abg makin ghairah. eh kau cakap apa ni aisya. astaghfirullah. vampy kiss tau wangi manis dan yang blue color tu hermm macam bau body spray elianto warna pink. lebih kuranglaa.

ok dah bayar. then terburu-buru jugak bukak sebab tak sabar nak spray-spray. masa bukak tengah turun ekskalator yang rata tu. eh kenapakah aku explain ekskalator yang takda kaitan ni. bukak then sembur yeayyy. eh eh apahal tak da ni. pusing-pusing kepala botol pun still tak boleh keluar perfume masa sembur. ergh. kenapakah banyak sangat dugaan. asri pun seretlah aku pegi kaunter pelanggan sebab aku macam sedih sangat kenapa perfume murah je pun, tak yah laa. asri marah. bukan marah tengking ke apa, just tegas bagitau aku kena tukar sebab resit masih ada. oklah aku akur. nasib boleh tukar. kitorg siap dengar supervisor dari walkie talkie tu cakap "cepat tukar sebelum customer tu mengamuk!!" aku ketawa sebab mesti kebiasaannya customer mengamuk sebab tu dia cakap camtu. padahal benda boleh settle aku nak mengamuk apakah jadahnya kan. kejap je tunggu. memang terbaik Giant Bandar Puteri Puchong punya service. check kepala botol yang baru ok dah.

then masa balik dekat lorong kampung tiba-tiba asri cakap eh ada bunyi anak kucing sambil menonong bawak moto laju -laju. singahh bang singgahhh. tengok dekat tong sampah hijau yang besar tu, atas sampah ada kitten putih ya Allah comel dan kesian sbb baru hujan mesti sejuk. aku ambik nak bawak balik tapi asri marah aku. dia suka kucing mongmong je. aku macam sangat sedih sampai nangis dekat tong sampah tu. drama tak aku? tapi entahlah kalau kuucing hati aku yang kuat ni tiba2 boleh jd tauhu. gitu. so, selamatlah putih dan dinamakan tongtong sempena dia dijumpai dekat tong sampah.