SILA KLIK YA:)

Monday 7 March 2016

Berubah lepas kahwin

Assalamualaikum

tajuk macam tu bukanlah maksudnya berubah perasaan ke hati ke. rasanya hati aku tu sama je dari dulu sampai kini. sorry aku ada selit sleng Malaya sikit dalam blog. jangan kau baccat baca ya.

berubah yang aku maksudkan dari segi minat. aku memang minat menulis dan layan perasaan. macam feeling blues cenggitu. sebelum kawin aku kalau dengar lagu eh macam semua lagu cinta sedih tu ditujukan untuk aku. eh macam lirik tu ditulis untuk aku. eh eh perasan nak mampus. ya Allah kasarnya bahasa.

tapi betul yaa. sebab tu dah kawen aku dah stop dengar lagu. masa awal dulu laki aku tak tau bini dia ni ada sawan perasan kalau dengar lagu. tengah aku cek laptop ada folder lagu laki aku copy dari henfon dalam laptop tu. amboi. banyak jugaklah lagu cinta cinta. termasuklah lagu kenangan lalu kan. apalagi.  meroyan sebelum beranakla bini dia kann. padahal si kawan ni dengar je pun lagu-lagu tu. takdela macam aku yang dengar sambil menyelam sedalam dalamnya lirik lagu tu. psiko ke aku ni. sampai sekarang yee aku macamni.

tapi kelebihannya, of course ada kelebihan yaa. kalau aku dengar lagu ketuhanan aku cepat insaf. merecik je dalam hati aku keinsafan. terus rasa nak pakai burqa dan mengaji bertarannum. lepastu esok kalau tak dengar lagu ketuhanan perangai kalah syaitan. ketawa macam puntianak mengilai ngilai. cakap kasar dengan suami dan mak bapak. maki orang yang aku tak suka. ehh. perangai padahal dah 30an. bila la kau nak berubah kan. lepas ni aku kena download lagu ketuhanan banyaklah kalau camni.

lepastu. aku pandai pulak kaitkan orang dengan lagu. misalnya ada kawan cerita kisah dia tak berapa dilayan oleh bf dia. aku kebetulan tengah dengar lagu by Kertas-Kekasih yang tak di anggap. aku printscreen lirik then sent dekat kawan aku tu. mau si kawan tak terkejut eh ye ke aku ni tak dianggap oleh kekasihku. eh ye kee.  ya Tuhanku. kalau difikirkan semula kenapa aku pegi send dekat dia kan. mestilah dia sedih satu malam memikirkan kekasih dia tak anggap dia kekasih. ya Allah kenapalah aku ni makin psiko.

kau nak tau kepsikoan aku selanjutnya. aku tak dengar lagu yang pernah dinyanyikan atau di jadikan kegemaran oleh ex boifren aku. tak mungkin.  nehi nehi nehiii! memang kalau dah tak suka termasuk lagu yang kau suka pun aku tak suka! gitulah kaedah kehidupan akak dik. sungguh menakjubkan kan. akhirnya kedapatan jugaklah perangai mereng aku ni dengan laki aku. kalau kebetulan pegi lepak kedai makan tetiba keluar lagu yang aku tak suka eh kemain dia angkat-angkat kening sambil sengih ejek aku. siap cakap tu lagu kegemaran aku. ada jugak yang mati kena tumbuk ngan aku nih.

eh. camanalah aku nak ubah perangai aku yang satu ni. meronta nak dengar lagu tapi tu laa. emosi ni cepat je nak terbang terbuai ikut lagu. bongoklaa. eh ya Allah bahasa aku. sori sori.

ke baik dengar lagu Arab je lepas ni. tak paham so camana nak emosi. kan.