SILA KLIK YA:)

Thursday 27 December 2012

Selamat Bertambah Usia Aisya!

27.12.1986

Emak.
Terima kasih untuk semua.
Kasihmu sayangmu cintamu.
Yang penuh berkah.
Yang tulus merasa.
Yang ikhlas menongkah.

Bapa.
Aku tahu aku anak degil.
Aku mohon dengan sangat.
Dengan sangat.
Ampunkan dosaku padamu.
Supaya Allah juga rahmati aku.
Selepas bapa memaafi.
Ampunkan aku bapa.

Abang Mujahid.
Sungguh kau tahu aku adik liar.
Punya perasaan dan cakap kesat.
Maafkan khilafku.
Selama aku menjadi adik perempuanmu.

Abang Muhajir.
Terima kasih.
terima kasih.
Untuk semua jasa dan budimu.
Allah memberkatimu sekeluarga.
Untuk segala kebaikanmu padaku.

Adik Akki, Beb dan Jo
Heh.
Kakak belum kerja.
Ada rezeki baru kakak belanja ya.
Doakan kakakmu.
Yang hanya satu di dunia :)

Adik Nora.
Tidak ada sepertinya dalam hidupku.
Yang tidak kusedari.
Sudah melewati hari gadis.
Kuatlah menjadi seorang wanita adikku.
Kakak sangat mencintaimu.

Dan suamiku.
Syukur syukur syukur.
Dipertemukan diri hina ini.
Kepadamu.
Semoga sabarmu selalu begitu.
Semoga hatimu selalu dihatiku.
Semoga hatiku selalu dihatimu.
Semoga kisah hati kita sehingga ke syurga.

Kau sudah melihat sendiri kan?
Betapa aku menangis saat aku takut tidak menjadi bidadarimu di syurga kelak.

Maafkan aku ini, isterimu yang selalu cengeng.
Jangan pernah bosan.
ALAF.