SILA KLIK YA:)

Tuesday 4 December 2012

Selamat Hari Lahir sayang

hai. saya lah asri. asri yang hari lahir pada 4 disember 198_. dan. bini saya comel. kbai

Selamat untukmu lelakiku. 

yang selama ini jenuh ku cari.
yang keluh kesahnya disembunyikan dariku 
supaya tidak dibebankan diriku.
yang sabarnya menggunung saat aku merinting gering.
yang jiwanya kuat dengan kasih sayang.
yang cintanya setiap hari kurasakan hamparnya.
yang hatinya tahu di mana perlu diletak. yah. dalam hatiku mestinya.

(koma) 

lelakiku. terima kasih kepadamu.

yang tidak kacau bilau saat masalah membadai
yang selalu cool jika aku bertukar jadi syaitannnnnnn
yang hati lembutnya diberi ketika aku memuntah marah
yang air matanya menyejukkan rongga-rongga darah menggelegakku. 

(koma)

lelakiku. terima kasih kepadamu.

yang sabar saat aku membuli
yang kental menjaga ketika aku dicucuk duri
yang tabah tika aku menarik rambut dan mencubit kuat. hik hik hik

(koma)

lelakiku.

jangan pernah berhenti cintai aku
jangan pernah mahu berubah
kerana
perempuan cerewet seperti aku
hanya aku seorang di dunia ini =.='

(titik)

selamat menempuh hidup sampai syurga bersama aku. jumpa lusa. jangan nakal banyak-banyak. nakal sikit bolehhhhhh. baiii ;)