SILA KLIK YA:)

Thursday 20 December 2012

Tajukkan saja.

Beberapa malam yang lalu. Aku dan asri meluah rasa. Tentang masa silam aku dan masa silam dia. Hoi. Ngilu. Menusuk. Kau sangka cerita cinta lalu itu sedap? Puih. Tahi. Cerita cinta aku. SEMUA. Aku cerita tanpa sekelumit rahsia. Dan. Begitu juga dia. Kalaupun dia menipu aku itu urusan dia dengan Tuhan.

Semua lelaki yang hadir samada dengan janji palsu atau kurang palsu atau datang dengan lagak alim atau gangster. Semua aku rungkai. Ngilu tahu? Dan bodo.

Kami menangis bersama dipenutup cerita. Berpeluk erat. Sobs. Sedih.

Kau berani? Cerita masa lalu kau yang buruk baik dosa pahala dengan laki bini kau? Yah. Aku tahu. Past is past. Jangan toleh tengok belakang lagi. But. Dalam past itu ada kenangan. Yang pahit. Yang haktuih. Yang arghhh. Aku benci. Sambil kau ketap gigi bila ingat balik.

Sebelum salah satu dari kau mati dulu, aku nasihatkan kau ceritalah semuanya. Kalau laki bini kau sedar dunia ini semua palsu dia akan terima semua dengan redha dan pasrah. Kalau dia x terima hakikat cerita kau, boleh tampar pipi dia. Tolak kepala dia. Dan cakap.

"Kau ingat ini syurga? X ada manusia yang x buat khilaflah bengong".

Dan senyum :)

Memang aku sangat syukur, punya usaha dan jodoh untuk asri. Yah,imamku yang nyata. Yang kala aku buka suara kisah laluku dia turut luka. Yang saat aku cerita sakit hatiku dia rasa siksa.

Yang penting, kami masih persoal 'apa itu cinta?'.

HAHAHAHAHA.

Aku mahu masak. Kbai :)