SILA KLIK YA:)

Friday 28 December 2012

Antara cita cita. Laki. Makbapak

Aku perempuan yang ada impian. Suka dengan wang. Suka shopping. Suka makan. Pointnya di sini aku mau cakap: aku ada impian.

Dari kecik aku tulis dibuku rekod aku, aku mau jadi wartawan. Kalaupun bukan, kerja itu ada kaitan dengan dunia dunia penyiaran. Sampailah aku ke universiti. Aku ambil masscomm. Dan. Graduated.

Selepas itu, aku kahwin. Kenapa terus kahwin?

Sebab satu: sayang pastinya. Sebab dua : makbapak selalu jadikan alasan aku tidak punya mahram untuk sambung belajar/kerja jauh jauh.
Sebab tiga: agama.

Sebelum aku kahwin aku fikir hidup ini hanya semudah tarik rambut mati laki aku.

Bagi aku, sudah kahwin aku mahu sambung master pastu phd pastu blablabla. Aku fikir aku akan dilepaskan oleh makbapak aku sebab laki sudah ambik alih aku dari diorang. Aku fikir husband aku akan sukacita biarkan aku jauh yang penting masih dalam satu negeri.

Semua fikiran meleset. Habis impian aku? Get lose dengan impian kau sha.

Makbapak kau sudahpun atur supaya kau jadi guru kafa. Ya. Ustazah. Mulia. Sangat mulia.

Laki ok aku sambung. Jangan jauh sangat. Ok. Aku boleh terima walaupun aku tahu risiko adalah amat tinggi untuk kami jarang bersama.

Habis impian aku?

Pergi MAMPUS dengan impian kau. Tiada siapa yang faham kau Aisha. Kau psiko dan gila. Kau perempuan. Ikut arahan makbapak dan laki. Kalau tidak, neraka jahannamlah tempat kau.

Kau spesis mahu diturut. Tidak mahu diatur. Kepala keras degil batu. Susah runding. Kencang. Hati batu. Lenturnya berbalik. Pointnya: kau susah dilembut.

Tapi.

Bila aku fikir balik. Dalam keadaan aku tenang dan sendiri. Ya. Ada baiknya juga begini.

Aku tahu. Makbapak sangat paranoid. Takut aku tidak punya kerja pada masa depan kelak. Hanya bergantung sama laki. Sedangkan aku degree. Omaigod. Biasa. Makbapak aku konservatif.

Aku tahu. Laki bini tidak boleh tidak mesti selalu dekat. Satu, proses anak. Dua, bini paling bagus masak untuk laki. Tiga, laki imamkan bini. Kalau jauh, mahu tidak kena escape semua itu. Pahala ada. Tapi. Tidak sebanding banyak kalau berdekat dekat lakibini.

Fikir sebelum apa apa. Aku dalam dilema. Antara cita. Laki. Makbapak.

Hidup ini risiko. Baibai.