SILA KLIK YA:)

Thursday 6 October 2016

Kisah seorang guru perempuan 2

Assalamualaikum

1. Macam Doraemon
Aku ni jaranglah pakai tudung yang ada awning. Aku pegi mana-mana even mengajar selalunya pakai selendang, pashmina terutama. Senang nak pakai, zaszaszasss je. Dan buat aku lagi berkeyakinan. Yakin pasal apa aku pun tak tau. Hahaha. Satu lagi senang takyah gosok dan muka selalu nampak muda. Macam haramm teori nampak muda tu.

So pagi tadi tetiba aku pakai tudung mak aku sebab pashmina aku cuci dan pashmina lain aku tak tau mana. Mak ni memang rajin pakai tudung berawning. Mak mak kann. Aku belum jadi mak lagi. Kesiannya. Hahaha

Aku masuk kelas. Belek buku yang aku nak ajar pagi tu. Tiba-tiba aku terdengar bisikan murid:

'Barusan (1st time) cikgu Nono pakai tudung camtu)'

'Ha ah', bisik yang lain.

'Macam Doraemon',  bisikan seterusnya.

'Hoish. Kau ni jaga sikit mulut! ' Kawan dia marah.

Aku pura-pura je tak dengar. Lagipun aku tak tau camana nak respon sebenarnya. Takkan aku nak rotan. Nak marah dah kenapa memang muka aku besar dan bulat pipi kembang. Kau fahamlah kalau pakai tudung berawning jadi apa. Hahaha

Dramatik sebab yang berbisik bisik tu budak lelaki tahap dua ye. Hahaharam jadah budak sekarang 😂

2. Perut
Aku kalau pakai baju kurung ni, sometimes tak tersengaja mengkedepankan perut. Hahaha. Omg sangat jelek. Jadi suatu hari tu tengah aku mengajar tiba2 ada murid panggil nak mengadu macam biasalah budak2.

'Cikguuuu. Si Ahmad kannn. Dia cakapp... ', Filman terhenti di situ.

Aku buat bodo macam tak dengar, padahal tengah pasang telinga apa benda lagi diorang ni.

' Ehh. Bukan aku olok (ejek) cikgu Nono laa. Aku cakap aku suka tengok perut cikgu Nono. Aku nak makan apa dia makan supaya perut aku camtu jugak', balas Ahmad.

Walaupun diorang bisik2 aku still masih boleh dengar ye. Kenapalah murid cikgu baik hati sangat cakap kemain berlapik cover padahal tersirat adalah cikgu perut gendut. Hahaha. Ya Allah... Comel je budak2 kan. Dan jujur sangat.

So. Muka Doraemon perut buncit 😂 Takpelaa. Asalkan kau faham apa cikgu ajar.

3. Mata tertutup
Aku kadangkala ketawa terbahak kalau murid buat hal atau perkara yang lucu. Contohnya budak jatuh kerusi aku keetawa ye. Kejam tak kejam yang penting aku rasa lucu so ketawa ramai-ramai. Budak jatuh nak nangis pun tak jadi.

'Ehhh. Merah muka cikgu Nono. Hahahahah', kata Ahmad.

Sambil ketawa sambil perhatikan muka cikgu konsepnya.

'Cikgu Nono ni kalau ketawa mata tetutup kannn Filman', sambungnya.

'Ha ah. Comelkan',  tu aku yang sambung.

Hahaha.

Jadi. Tu je untuk cerita hari ni ❤